wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

latihan us2

Total questions: 30

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

semua yang berikut adalah golongan yang imannya boleh bertambah dan berkurang kecuali

a)

mukmin

b)

ahlu bait

c)

nabi dan rasul

d)

al-salafus soleh

2.

Berikut adalah bukan nama lain bagi ahli sunnah wal jamaah

a)

Al jamaah

b)

ahlu hadis

c)

ahlu hikmah

d)

as-salafus soleh

3.
  • mendidik dan memelihara anak-anak
  • mengekalkan kerukunan rumahtangga
  • menghubungkan silaturrahim antara keluarga


pernyataan di atas merujuk kepada________

a)

tanggungjawab isteri

b)

tanggungjawab suami

c)

tanggungjawab bersama

d)

tanggungjawab ibu bapa

4.

pilih pernyataan yang benar tentang syarat-syarat ijab?

a)

sebutan difahami oleh pengantin lelaki dan 2 saksi

b)

sebut nama bakal isteri atau ganti namanya

c)

dilafazkan oleh pengantin lelaki

d)

dilafazkan oleh wali atau wakil

5.

kabul hendaklah dilafazkan oleh suami atau _________

a)

bapa

b)

datuk

c)

wakil wali

d)

wakil suami

6.

manakah antara berikut bukan syarat saksi perkahwinan?

a)

berakal

b)

beragama islam

c)

memahami lafaz akad

d)

memiliki kelulusan tinggi

7.

melakukan upacara tepung tawar semasa walimatulurus mengandungi insur

a)

membazir

b)

khurafat

c)

maksiat

d)

bidaah

8.

Berikut adalah cara untuk memelihara akidah supaya tidak terpengaruh dengan ajaran sesat

a)

Mempelajari asas akidah dengan ulamak yang muktabar

b)

Mencintai Allah dan Rasul lebih daripada yang lain

c)

Melaksanakan segala perintah Allah Taala

d)

Mengasihi sesama manusia kerana Allah Taala

9.

· Beriktikad bahawa pelaku dosa besar adalah kafir

· Mengkafirkan golongan Islam yang tidak sealiran dengan mereka

· Membataskan sumber syariat Islam hanya kepada al Quran sahaja


Pernyataan di atas adalah berkaitan dengan golongan

a)

Ahli Sunnah Waljamaah

b)

Khawarij

c)

Syiah Imamiyyah

d)

Bahai

10.

Mengapakah Islam mengharuskan seseorang lelaki melihat bakal isterinya

a)

Supaya berpuas hati dengan pilihan yang dibuat

b)

Dapat membuat keputusan yang cepat

c)

Dapat menilai dengan calon yang lain

d)

Dapat mengelak berlaku penipuan

11.

Yang berikut adalah pernyataan mengenai Ibnu Khaldun

a)

Pernah memegang jawatan sebagai Ketua Hakim Negara

b)

Mencipta bahan-bahan sejarah untuk kajian sejarawan selepasnya

c)

Mengemukakan idea-idea tentang pembinaan sesebuah tamadun

d)

Belajar kesusasteraan arab dengan al-Syeikh Muhammad

12.

o Encik Ali beriktikad bahawa Mirza Ghulam Ahmad diturunkan sebuah kitab suci yang bernama Al-Tazkirah.

o Beliau percaya Nabi Isa meninggal dunia dan dimaqamkan di Srinagar, India.


Pernyataan di atas merujuk kepada ajaran ___________

a)

Bahai

b)

Syiah

c)

Taslim

d)

Qadiani

13.

Pilih pernyataan yang benar mengenai ajaran Taslim

a)

Menghapuskan jihad

b)

Solat 9 rakaat sahaja 3 kali sehari

c)

Beriktikad bahawa alam bersifat qadim

d)

Solat secara niat tanpa rukun qauli dan fi’li

14.

Golongan penyokong Saidina Ali yang berjuang menentang Muawiyah bin Abi Sufian tetapi mereka tidak menerima Majlis Tahkim.


Pernyataan di atas merujuk kepada ______________

a)

Ahli Sunnah waljamaah

b)

Khawarij

c)

Taslim

d)

Syiah

15.

Syiah Zaidiah beriktikad bahawa pelaku dosa besar _______________

a)

berada di antara keimanan dan kekufuran

b)

masih lagi mukmin tetapi fasiq

c)

murtad yang asi

d)

kafir

16.

· Tanda persetujuan pihak lelaki untuk mengambil perempuan sebagai isteri.

· Pihak lelaki harus memberi hadiah kepada pihak perempuan.


Pernyataan di atas merujuk kepada

a)

mahar

b)

merisik

c)

meminang

d)

mas kahwin

17.

Semua yang berikut merupakan rukun nikah, kecuali

a)

wali

b)

imam

c)

bakal isteri

d)

bakal suami

18.

Pilih jawapan yang tepat mengenai pegangan kumpulan khawarij.

a)

Mengharuskan perkahwinan mut’ah

b)

Berpegang teguh dengan hadis dhaif

c)

membataskan sumber syariat hanya kepada al-Quran sahaja

d)

beriktikad bahawa saidina Ali dan imam mereka sebagai tuhan

19.

Pilih penyataan yang benar menerangkan syarat isteri yang dirujuk.

a)

masih dalam tempoh idah

b)

dijatuhkan dengan talak tiga

c)

belum disetubuhi oleh suami

d)

perceraian secara fasakh atau khuluk

20.

Antara berikut yang manakah karya Ibnu Khaldun?

a)

Al-Um

b)

Al-Faraid

c)

Al-Muwata’

d)

Al-Muqadimah

21.

Antara yang berikut yang manakah bukan adab rakyat terhadap pemimpin?

a)

Membantu pemimpin memajukan negara

b)

Mentaati pemimpin dalam semua perkara

c)

Menasihati pemimpin dengan cara yang baik

d)

Memberi sokongan padu untuk kepentingan negara

22.

· Mirza Ghulam Ahmad

· Maulana Muhammad Sodiq Bin Barakatullah


Pernyataan di atas merujuk ajaran

a)

Taslim

b)

Qadiani

c)

Bahai

d)

Ayah Pin

23.

Haji Muhammad bin Syafie


Pengasas bagi ajaran sesat

a)

Qadiani

b)

Taslim

c)

Bahai

d)

Ayah Pin

24.

Zaid bin Ali Zainul Abidin ialah pengasas syiah

a)

Zaidiyah

b)

Imamiah

c)

Batiniah

d)

Bahai

25.

Berikut adalah syarat bagi suami apabila hendak berkahwin kecuali

a)

Islam

b)

lelaki

c)

mahram nasab

d)

tidak beristeri empat

26.

Berikut adalah pandangan Ahli Sunnah Waljamaah

a)

Al-Quran tidak bersifat qadim

b)

Orang Islam tidak dapat melihat Allah

c)

Qada dan qadar bukan ketentuan Allah

d)

Orang mukmin dapat melihat Allah di syurga

27.

Antara adab bernegara yang perlu diamalkan oleh rakyat ialah

a)

menjaga nama baik negara.

b)

memenuhi kehendak peribadi.

c)

mewujudkan hubungan silaturahim.

d)

memberi maklumat penting kepada negara lain.

28.

Kemajuan sesebuah negara bergantung kepada

a)

Rakyat berusaha menubuhkan tabung harapan

b)

Rakyat yang bersatu-padu dan saling bekerjasama

c)

Semua rakyat berdisiplin dan beradab terhadap negara

d)

Sikap rakyat terlalu bergantung kepada bantuan kerajaan

29.

Orang yang berhak mengahwinkan anak gadisnya tanpa persetujuan dengan syarat bakal suaminya adalah sekufu ialah

a)

wali mujbir.

b)

wali hakim.

c)

saudara lelaki.

d)

wali bukan mujbir.

30.

Penyataan manakah yang menerangkan tentang hak isteri yang diceraikan talak satu atau dua?

a)

Boleh menerima lamaran daripada lelaki lain

b)

Boleh berkahwin dengan lelaki pilihannya

c)

Dilarang keluar tanpa izin suami

d)

Berhak mendapat nafkah zahir