wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SAINS TAHUN 5 KEMANDIRIAN SPESIES HAIWAN

Total questions: 10

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Telur ayam dapat ditetaskan dengan suatu cara tertentu.

Jika anda ingin menternak ayam tetapi anda tidak mempunyai ibu ayam, tentukan langkah yang betul untuk menetaskan telur ayam.


I. Telur ayam dikutip dan diletakkan ke dalam akuarium atau bekas yang besar.


II. Tunggu sehingga beberapa hari dan telur akan mula merekah dan anak ayam akan menetas.


III. Telur ayam diletakkan di dalam sarang untuk mengekalkan haba.


IV. Mentol dipasang di atas telur dan dibiarkan terbuka supaya telur dapat dieram dengan baik.


(ID=0.43) (IK=0.40) (Mengaplikasi)

a)

I, II, III dan IV

b)

I, III, IV dan II

c)

III, I, IV dan II

d)

III, I, II dan IV

2.

Rajah 1 menunjukkan statistik penetasan penyu di Perak dari tahun 2002 hingga tahun 2006.

Pada pendapat anda, mengapakah bilangan penetasan penyu pada tahun 2003 adalah paling tinggi berbanding tahun-tahun yang lain?


(ID=0.86) (IK=0.60) (Menganalisis)

a)

Ramai individu menjalankan perniagaan telur penyu pada tahun 2003.

b)

Masyarakat sekitar tidak membeli dan makan telur penyu pada ketika itu.

c)

Program konservasi penyu tidak banyak diadakan di Perak pada masa itu.

d)

Pantai di Malaysia sangat cantik sehingga menarik perhatian penyu untuk bertelur

3.

Rajah 2 menunjukkan

haiwan reptilia yang tinggal di kawasan pantai dan laut.

Berikan sebab mengapa haiwan tersebut perlu bertelur dalam kuantiti yang banyak?


(ID=0.43) (IK=0.56) (Mengaplikasi)

a)

Supaya lebih banyak anaknya yang dapat hidup

b)

Haiwan tersebut mempunyai banyak organ pembiakan

c)

Telur haiwan tersebut cepat rosak jika dalam kuantiti yang sedikit

d)

Air laut yang masin boleh membuatkan telur haiwan tersebut rosak

4.

Haiwan Y adalah seekor haiwan yang besar, tidak bertaring dan lambat bergerak.

Jadi, cara yang bagaimanakah perlu haiwan Y gunakan untuk mempertahankan dirinya dan anaknya daripada ancaman musuh?


(ID=0.57) (IK=0.56) (Menganalisis)

a)

Menyerang musuh apabila berasa terancam.

b)

Membawa anak di dalam kantung

c)

Membawa anak di dalam mulut.

d)

Bergerak di dalam kumpulan.

5.

Rajah 3 menunjukkan bilangan telur ular yang berjaya ditetaskan pada Januari - Jun 2018.

Apakah kesimpulan yang dapat anda buat berdasarkan graf di atas?


I.Ular A dan C menjaga telur mereka dengan baik sepanjang masa.


II.Ular B boleh diancam kepupusan jika perkara ini berterusan berlaku.


III.Ular C mempunyai telur yang berlendir dan membentuk perlindungan tambahan kepada telur.


IV. Ular B tidak bertelur dengan banyak.


(ID=0.57, IK=0.68)

a)

I dan II

b)

III dan IV

c)

II dan III

d)

I, II dan III

6.

Rajah 4 menunjukkan peta pokok yang menunjukkan cara-cara haiwan yang bertelur untuk memastikan kemandirian spesies mereka. Apakah X?


(ID=0.57, IK=0.48)

a)

Menyembunyikan telur-telur di bawah batu

b)

Melindungi telur-telur di dalam kantung di badannya

c)

Melarikan diri sepantas mungkin jika diganggu musuh.

d)

Menendang musuh-musuh yang mengganggu anak-anaknya.

7.

Anda ialah seorang pencinta alam sekitar. Melalui pembacaan anda, anda mendapati bahawa semakin banyak barangan pakaian diperbuat daripada haiwan X dan haiwan X juga sudah tidak lagi menjaga telurnya.


Berdasarkan pengetahuan anda, ramalkan kesan yang akan berlaku kepada haiwan X selepas 5 tahun.


(ID=0.57, IK=0.88)

a)

Haiwan X masih boleh dijumpai di dalam hutan

b)

Populasi haiwan X semakin meningkat dan bertambah banyak

c)

Undang-undang tentang pemburuan haiwan akan semakin longgar

d)

Haiwan X hanya boleh dilihat di dalam zoo kerana spesiesnya sudah semakin pupus.

8.

Rajah 5 menunjukkan seekor singa dan seekor harimau bintang.


Antara yang berikut, apakah kaedah untuk memastikan kemandirian spesiesnya?


(ID=0.14 IK=0.72)

a)

Berhibernasi

b)

Membawa anak di dalam mulut

c)

Memberi anak makan makanan yang diburu

d)

Membawa anak-anak mereka di dalam kantung

9.

Haiwan F dan Haiwan G mempunyai cara yang tersendiri untuk memastikan kemandirian spesiesnya.


Antara yang berikut yang manakah merupakan Haiwan F dan Haiwan G?


(ID=0.57 IK=0.88)

a)

Haiwan F: Ikan Tilapia

Haiwan G: Buaya

b)

Haiwan F:Buaya

Haiwan G: Ikan Tilapia

c)

Haiwan F: Gajah

Haiwan G: Burung

d)

Haiwan F: Burung

Haiwan G: Gajah

10.

Rajah di atas menunjukkan aktiviti bagi dua jenis haiwan.


Apakah kesimpulan yang paling tepat tentang aktiviti haiwan-haiwan ini?


(ID=0.57 ,IK=0.36)

a)

Haiwan tersebut sedang bersaing sesama sendiri.

b)

Haiwan tersebut sedang memberi makan kepada anaknya

c)

Haiwan tersebut berusaha untuk mengelakkan kepupusan

d)

Haiwan tersebut mempunyai cara pembiakan yang berbeza