wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ TEKNOLOGI HIJAU

Total questions: 50

Worksheet time: 45mins

Name
Class
Date
1.

Apakah nama singkatan bagi kementerian yang bertanggungjawab terhadap Teknologi Hijau di Malaysia?

a)

CETREE

b)

MOSTI

c)

KeTTHA

d)

MOE

2.

Dasar Teknologi Hijau telah mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2009.

Apakah tumpuan utama dasar tersebut dalam bidang Tenaga?

a)

Memastikan penggunaan tenaga yang selamat dan bersih

b)

Tidak bergantung kepada bahan api fosil

c)

Penjanaan elektrik secara hidro

d)

Mempromosikan penggunaan tenaga dari gas asli

3.

Apakah sumber penyumbang terbesar penjanaan elektrik di Malaysia?

a)

Gas petroleum

b)

Hidro

c)

Biojisim

d)

Arang batu

4.

Siapakah pengguna elektrik terbesar di Malaysia?

a)

Pengguna awam

b)

Perindustrian

c)

Komersial

d)

Badan kerajaan

5.

Apakah yang dimaksudkan dengan Gas Rumah Hijau?

a)

Gas yang menyejukkan bumi

b)

Gas yang menghijaukan bumi

c)

Gas yang memanaskan bumi

d)

Gas yang dipantulkan semula ke bumi

6.

Apakah syarat untuk produk mendapat Label Tenaga Hijau?

a)

Gas rumah hijau yang dibebaskan adalah rendah

b)

Gas rumah hijau yang dibebaskan sama dengan oksigen

c)

Gas rumah hijau yang dibebaskan sama dengan karbon dioksida

d)

Gas rumah hijau yang tidak merbahaya dibebaskan

7.

Mengapakah enjin yang mendapat taraf EEV (Kenderaan Cekap Tenaga) boleh dikategorikan enjin yang menyokong usaha Teknologi Hijau?

a)

Menjimatkan tenaga

b)

Pelepasan karbon yang rendah

c)

Menggunakan elektrik sepenuhnya

d)

Cekap dan laju

8.

Bagaimana penggunaan Pengangkutan Hijau dapat mencegah pencairan salji di kutub utara dan selatan?

a)

Menambahkan pelepasan gas CFC

b)

Menambahkan ketebalan atmosfera

c)

Mengurangkan gas oksigen dibebaskan

d)

Mengurangkan pembebasan gas rumah hijau

9.

Namakan agensi kerajaan yang memperkenalkan dan melaksanakan penarafan alatan eletkrik rumah mengikut SYSTEM ENERGY STAR.

a)

Tenaga Nasional

b)

Suruhanjaya Tenaga

c)

Majlis Rekabentuk Malaysia

d)

MIMOS

10.

Mengapakah bekalan air memerlukan penambahan fluorida?

a)

Bahan pepejal dalam air boleh termendap

b)

Menguatkan gigi

c)

Meningkatkan sistem pertahanan badan

d)

Membunuh mikroorganisma dalam air

11.

Antara berikut adalah fungsi kitar semula kecuali ..................

a)

mengawal suhu bumi

b)

mengelakkan kepupusan flora dan fauna

c)

menjana pendapatan

d)

mengelakkan bencana alam

12.

Antara berikut, yang manakah BUKAN kelebihan biodiesel berbanding diesel petroleum?

a)

Membebaskan kurang gas rumah hijau

b)

Tidak mengandungi logam berat

c)

Semua kenderaan diesel boleh menggunakan biodiesel

d)

Tidak bersifat toksik selepas pembakaran

13.

Apakah sumber tenaga boleh diperbaharui yang paling banyak digunakan di Malaysia?

a)

Solar

b)

Angin

c)

Petroleum

d)

Hidro

14.

Namakan proses mencampurkan daun yang mereput, baja dan nutrien dalam menyuburkan tanah pertanian.

a)

Pengurangan jirim

b)

Penghasilan pemangkin

c)

Penghasilan kompos

d)

Penambahan jisim

15.

Mengapakah penggunaan Emel, Messenger atau sidang video dapat mengurangkan Jejak Karbon?

a)

Menambah bil elektrik

b)

Mengurangkan tenaga elektrik

c)

Mengurangkan tenaga manusia

d)

Mengurangkan penggunaan kenderaan

16.

Antara berikut, yang manakah BUKAN ciri Komputer Hijau?

a)

Perkakasan jimat tenaga

b)

ROM dan RAM yang laju

c)

Perisian yang interaktif

d)

Binaan perkakasan mesra alam

17.

Apakah punca penyusutan lapisan ozon di stratosfera?

a)

Pembebasan karbon dioksida

b)

Penggunaan biogas berlebihan

c)

Unsur klorin di dalam CFC

d)

Pembebasan metana daripada pereputan

18.

Antara berikut, yang manakah bahan penyejukan dalam alat penyaman udara yang paling mesra alam?

a)

HFC

b)

CFC

c)

HCFC

d)

Freon

19.

Antara jenis mentol berikut, yang manakah paling menjimatkan tenaga elektrik?

a)

LED

b)

Berpendaflour

c)

Pijar

d)

Halogen

20.

Antara berikut, kenderaan manakah yang TIDAK menggunakan langsung bahan api fosil?

a)

Kenderaan NGV

b)

Kenderaan hibrid

c)

Kenderaan biodiesel

d)

Kenderaan hidrogen

21.

Apakah yang dimaksudkan dengan Sisa Domestik?

a)

Sisa dari ubatan

b)

Sampah rumah & sisa makanan

c)

Sisa bahan radioaktif

d)

Sisa bahan kosmetik

22.

Pengurusan sisa pepejal yang baik menjadi penyumbang utama kepada penjimatan di sektor ..........................

a)

Teknologi Maklumat

b)

Penempatan

c)

Perhutanan

d)

Tenaga

23.

Sektor apakah yang menguruskan sisa kumbahan di Malaysia?

a)

Water Resources

b)

Dewan Bandaraya

c)

Indah Water

d)

Majlis Kerajaan Tempatan

24.

Biodegradasi atau Biorosot merujuk kepada bahan yang .....................

a)

mengurangkan pembebasan karbon dioksida

b)

boleh diuraikan oleh mikroorganisma

c)

mampu menjana tenaga

d)

menghasilkan gas oksigen

25.

Antara berikut, yang manakah sumber tenaga hijau yang paling berpotensi di Malaysia pada masa kini?

a)

Solar

b)

Angin

c)

Geoterma

d)

Hidrogen

26.

Pada masa kini, berapakah peratus kecekapan untuk menjanakan tenaga elektrik dengan menggunakan teknologi pada rajah?

a)

12%

b)

22%

c)

52%

d)

100%

27.

Tujuan Protokol Montreal (1987) adalah untuk mengurangkan penggunaan .......................

a)

DDT

b)

Bahan api fosil

c)

Tenaga nuklear

d)

Klorofluorokarbon (CFC)

28.

Penggunaan baja organik secara berlebihan dalam sektor pertanian boleh menyebabkan ..........................

a)

Hujan asid

b)

Eutrofikasi

c)

Pencemaran udara

d)

Kesan rumah hijau

29.

Antara kaedah berikut, yang manakah TIDAK dapat mengurangkan Kesan Rumah Hijau?

a)

Memasang penapis pada cerobong asap

b)

Berkongsi kenderaan

c)

Menggunakan insinerator untuk pembakaran

d)

Penggunaan bahan api fosil

30.

Apakah bahan yang boleh digunakan untuk membersihkan tumpahan minyak di laut?

a)

Biodiesel

b)

Nafta

c)

Karbon dioksida kering

d)

Minyak kelapa sawit

31.

Kenderaan elektrik (EV) adalah sangat mesra alam kerana .................

a)

menggunakan bateri ion litium

b)

mengurangkan daya geseran

c)

tidak membebaskan asap

d)

kurang kos penyelenggaraan

32.

Antara kenderaan di Malaysia berikut, yang manakah menggunakan 100% kuasa elektrik?

a)

ETS

b)

Kereta hibrid

c)

Grab car

d)

Kenderaan NGV

33.

Antara berikut, yang manakah BUKAN ciri Teknologi Hijau?

a)

Mesra pengguna

b)

Mesra tanaman

c)

Mesra alam

d)

Mesra tenaga

34.

Negeri manakah mempunyai teknologi kincir angin seperti dalam rajah?

a)

Negeri Sembilan

b)

Sarawak

c)

Perlis

d)

Sabah

35.

Siapakah yang melancarkan Dasar Teknologi Hijau di Malaysia?

a)

Tun Dr Mahathir

b)

Dr Haji Wan Junaidi

c)

Datuk Seri Dr Subramaniam

d)

Datuk Seri Najib

36.

Negeri manakah yang mempunyai Visi untuk menjadi Negeri Bandar Teknologi Hijau menjelang 2020?

a)

Perlis

b)

Pulau Pinang

c)

Melaka

d)

Selangor

37.

Antara berikut, yang manakah punca UTAMA pelepasan gas karbon monoksida?

a)

Pembalakan hutan

b)

Asap kilang

c)

Pembakaran terbuka

d)

Asap kenderaan bermotor

38.

Asap kilang boleh menyebabkan hujan asid. Pada tempoh yang manakah hujan asid memberikan kesan yang paling maksima?

a)

180 saat pertama

b)

1200 saat pertama

c)

1200 - 1380 saat

d)

Lebih daripada 1400 saat

39.

Rajah menunjukkan alat pemanas air solar. Apakah kelebihan alat tersebut?

a)

Menjanakan tenaga elektrik

b)

Memanaskan air untuk kegunaan lain

c)

Mendidihkan air minuman

d)

Menyingkirkan haba dalam rumah

40.

Antara berikut, yang manakah BUKAN inovasi teknologi hijau terkini?

a)

Plastik dari kulit pisang

b)

Air laut yang boleh diminum

c)

Botol yang mengeluarkan cahaya

d)

Mengecaj telefon semasa berjalan

41.

Telefon pintar yang telah rosak atau tidak berfungsi masih boleh dikitar semula.

a)

Betul

b)

Salah

42.

Sinar ultraungu (UV) penting untuk menyihatkan badan manusia.

a)

Betul

b)

Salah

43.

Unit bekalan kuasa sesebuah komputer juga menjadi faktor sama ada komputer tersebut Hijau atau pun tidak.

a)

Betul

b)

Salah

44.

Ink digital merupakan salah satu cara untuk mengurangkan penebangan pokok di bumi.

a)

Benar

b)

Palsu

45.

Asap kenderaan adalah juga faktor penyumbang kepada penncairan ais di kutub-kutub bumi

a)

Benar

b)

Palsu

46.

Kebanyakan Sistem Tenaga Baharu menggunakan konsep perubahan dari SUMBER TENAGA KEUPAYAAN ke TENAGA KINETIK ke TENAGA ELEKTRIK

a)

Benar

b)

Palsu

47.

Air berpotensi boleh dibangunkan menjadi sumber bahan api enjin kerana mempunyai unsur Hidrogen

a)

Benar

b)

Palsu

48.

Untuk menjamin kelestarian alam sekitar, Kerajaan Malaysia menggalakkan Prosedur Penilaian Kesan Alam Sekitar atau EIA dalam Akta Kualiti Alam Sekitar 1985

a)

Benar

b)

Palsu

49.

Di Malaysia telah terdapat Unit pengukuran untuk memastikan sesebuah bangunan mempunyai Taraf Teknologi Hijau atau pun Tidak iaitu GBI (green building index)

a)

Benar

b)

Palsu

50.

Kerjaya dalam bidang Teknologi Hijau sedang berkembang pesat.

a)

Benar

b)

Palsu