Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Peribahasa Menengah 2 Bahagian 3

Total questions: 10

Worksheet time: 3mins

Name
Class
Date
1.

Sebelum Suhailah berhijrah ke negara Sepanyol, dia telah membuat kajian tentang adat resam dan cara pemerintahan di sana kerana __________.

a)

di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung

b)

lain padang lain belalangnya, lain lubuk lain ikannya

2.

Jamal tidak patut membuat rancangan bercuti di Eropah kerana berita mengenai bonus sebanyak enam bulan itu hanya desas-desus sahaja.

a)

harapkan guruh di langit, air di tempayan dicurahkan

b)

burung terbang dipipiskan lada

3.

Kursiah berasa sedih apabila dia melihat adiknya yang baru berusia dua tahun itu didera oleh makciknya.

a)

carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga

b)

cubit paha kanan, paha kiri pun terasa juga

4.

Sebelum mereka memulakan expedisi itu, mereka haruslah berbincang dan mencapai persetujuan agar ___________.

a)

kusut di hujung, bawa ke pangkal

b)

sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan

c)

ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni

5.

Dahlia menjawab soalan abangnya dengan kasar kerana abangnya telah bertanya dengan kata-kata yang tidak sedap didengar.

a)

bagaimana bunyi gendang, begitulah tarinya

b)

cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar

c)

cubit paha kanan, paha kiri pun terasa juga

6.

Hairul tidak harus terlalu bermegah dengan pangkat tinggi yang baru disandangnya di syarikat itu kerana _________.

a)

berapa tinggi terbang bangau, akhirnya hinggap di belakang kerbau juga

b)

seperti buah padi, makin berisi makin rendah; jangan seperti lalang, makin lama makin tinggi

7.

Pena Tok Man masih berguna dan masih boleh berbakti kepadanya walaupun ia dibeli 40 tahun dahulu.

a)

jika asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau

b)

tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan

8.

Faris tidak patut memarahi anaknya yang terlanggar bingkai gambar itu kerana _________________.

a)

cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar

b)

laut mana yang tidak berombak, bumi mana yang tidak ditimpa hujan

9.

Yusnita yakin bahawa selagi dia bekerja keras dan bersabar dalam usahanya menacapai cita-citanya, dia tentu akan berjaya akhirnya.

a)

genggam bara api biar sampai jadi arang

b)

belakang parang pun jikalau diasah nescaya tajam

c)

bagai menelan mestika embun

10.

Idris tetap berjasa kepada masyarakat di sekelilingnya setelah dia bermastautin di Kanada.

a)

jika asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau

b)

hidup kayu berbuah, hidup manusia berjasa

c)

tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan