NEW
Font size
WorksheetsPERNIAGAAN TINGKATAN 4 BAB 1
Total questions: 9
Worksheet time: 5mins
Pernyataan berikut berkaitan dengan peranan kerajaan dalam mengawal harga barang.
"Kerajaan memberi subsidi gula untuk mengawal harga gula yang meningkat secara mendadak"
Apakah kaedah perniagaan ini?
A Secara percuma
B Pada harga kos
C Pada harga di bawah kos
D Secara sumbangan masyarakat
Bentuk pemilikan perniagaan boleh di kategorikan mengikut ciri-ciri aspek
A Pemilik, corak kawalan dan struktur pengurusan
B Pemilik, jumlah tenaga kerja, dan struktur kewangan
C Modal, struktur pengurusan dan perancangan keuntungan
D Modal, corak kawalan dan lokasi kedai/premis perniagaan
Susunkan langkah-langkah pendaftaran penubuhan perniagaan milikan tunggal selepas langkah mengisi boring carian nama.
I Mengisi Borang A
II Membuat Pembayaran
III Mendapat Borang D
IV Menghantar kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia
A I, II, III dan IV
B I, IV, II dan III
C IV, I, III dan II
D IV, I, II dan III
"KEDAI DOBI LOLA"
Mengapakah Siti memilih untuk membuka perniagaan tersebut?
A Perniagaan tidak berterusan
B Diuruskan secara berseorangan
C Saiz kecil dan mudah diuruskan
D Pemilik menanggung liabiliti tidak terhad
Antara yang berikut, yang manakah merupakan ciri Perniagaan Shah dan Rakan-Rakan?
I Mempunyai bilangan ahli sebanyak 20 orang
II Modal tambahan dapat diperoleh dengan menerbikan syer
III Susah untuk ditubuhkan kerana perlu mematuhi banyak peraturan
IV Surat ikatan perkongsian merupakan perjanjian perkongsian yang sah
A I dan II
B I dan IV
C I dan III
D III dan IV
Maklumat berikut menunjukkan tiga buah syarikat yang terdapat di Malaysia
· Kurnia Insurans Malaysia Berhad
· Tenaga Nasional Berhad
· Public Bank Berhad
Antara yang berikut, pernyataan manakah yang merupakan kelebihan bagi milikan perniagaan di atas?
I Tidak banyak peraturan perlu dipatuhi
II Dikenakan kadar cukai syarikat yang rendah
III Pemegang syer menanggung liabiliti terhad
IV Lebih banyak modal dapat dikumpulkan melalui terbitan syer
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D I dan IV
En. Kamal ingin mengusahakan sebuah perniagaan. Beliau membeli hak kebenaran daripada francaisor untuk menjalankan perniagaan. Apakah kelebihan yang boleh dinikmati oleh Encik Kamal dengan membuka bentuk perniagaan tersebut?
A Tidak perlu mengawal kualiti barang yang dijual
B Mendapat sokongan pengurusan daripada francaisor
C Kerugian perniagaan akan ditanggung oleh francaisor
D Dapat menjual barang dan perkhidmatan di pasaran tempatan
Apakah kekurangan bagi perniagaan bersaiz sederhana?
I Sukar untuk ditubuhkan
II Melibatkan pengkhususan kerja yang rumit
III Pekerja kurang mendapat peluang naik pangkat dalam organisasi
IV Tiada sumber yang mencukupi untuk melatih pekerja
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Syarikat PKW ialah syarikat yang mempunyai bilangan pekerja sebanyak 400 orang dan jumlah jualan tahunan sebanyak RM80 juta. Namun, syarikat ini tetap menghadapi cabaran. Apakah cabaran yang mungkin dihadapi oleh syarikat tersebut?
A Bebanan kerja
B Masalah aliran tunai
C Ketidakpastian pasaran
D Kos overhead yang tinggi
