Font size
WorksheetsUNIT 11: BAHASA MELAYU BAHASA KEBANGSAAN
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Nyatakan nilai-nilai yang boleh anda pelajari daripada lagu "Bahasa Jiwa Bangsa".
Perpaduan
Kesetiaan
Keangkuhan
Kebanggaan
Pada pendapat anda, mengapakah seseorang rakyat Malaysia perlu berbangga menggunakan bahasa Melayu?
Bahasa Melayu menjadi lambang negara Malaysia.
Bahasa Melayu sukar untuk difahami.
Bahasa Melayu sangat puitis dan indah.
Hanya sedikit buku ilmiah dalam bahasa Melayu.
Apakah dua peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan?
Bahasa pentadbiran
Bahasa agama
Bahasa ilmu
Bahasa pasar
Apakah institusi yang telah ditubuhkan untuk menunjukkan bahasa kebangsaan menjadi bahasa ilmu pada tahun 1970?
Universiti Malaya
Universiti Kebangsaan Malaysia
Universiti Malaysia Terengganu
Universiti Putra Malaysia
Mengapakah penggunaan bahasa kebangsaan dianggap penting di negara kita?
Mendaulatkan institusi raja
Menghalang penyebaran pengaruh luar
Memupuk semangat patriotik
Meningkatkan jati diri
Apakah bahasa kebangsaan negara kita seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957?
Inggeris
Melayu
Istana
Mandarin
Perkara 152 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia menyatakan bahawa ....................
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
agama Islam sebagai agama Persekutuan
prinsip kewarganegaraan sama rata
kebebasan beragama dibenarkan
Nyatakan dua usaha kerajaan untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Penyata Razak 1956 menjadikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar di sekolah kebangsaan.
Pada tahun 1970, Universiti Malaya telah ditubuhkan.
Pada tahun 1990, bahasa kebangsaan mula digunakan di pasar.
Pada tahun 2012, kerajaan memperkenalkan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI)
Sebagai seorang rakyat Malaysia, apakah cadangan anda untuk memperkasakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan?
Menggunakan bahasa Melayu yang baku semasa bertutur
Menggunakan bahasa rojak dalam pertuturan
Melibatkan diri dalam pertandingan-pertandingan bahasa
Bertutur menggunakan kata-kata yang kesat
Apakah dua peranan Dewan Bahasa dan Pustaka yang ditubuhkan pada tahun 1956?
Menghasilkan pelbagai istilah
Menterjemah karya asing
Memupuk perpaduan
Menerbitkan buku
