wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Latihan Mekanikal

Total questions: 31

Worksheet time: 29mins

Name
Class
Date
1.

Reka bentuk mekanikal ialah

a)

membina peranti baharu menggunakan sistem mekanikal bagi melakukan tugas yang dikehendaki

b)

membina alatan yang cantik dan terkini supaya lebih menarik

c)

mereka projek menggunkan besi yang tahan karat agar dapat digunakan dalam tempoh masa yang lama

d)

menghasilkan rekaan mekanikal yang mempunyai satu komponen yang tidak bergerak

2.

Sistem mekanikal ialah

a)

komponen yang memudahkan sesuatu kerja

b)

alatan yang mempunyai komponen mekanikal

c)

sistem yang dapat mengurangkan tenaga mekanikal manusia dalam melakukan pekerjaan

d)

sistem yang memanjangkan tempoh sesuatu kerja

3.

Apakah fungsi alatan ini?

a)

Memindahkan barang

b)

Memindahkan kuasa

c)

Penghubung komponen

d)

Digunakan dalam mesin gerudi

4.

Apakah fungsi alatan ini?

a)

Memindahkan barang

b)

Memindahkan kuasa

c)

Penghubung komponen

d)

Digunakan dalam mesin gerudi

5.

________________ ialah komponen yang digunakan untuk memindahkan kuasa.

a)

Pautan

b)

Gear

c)

Roda

d)

Gelongsor

6.

__________________ berfungsi sebagai penghubung sesuatu komponen atau bahan bagi melengkapkan sesuatu sistem.

a)

Gear

b)

Gelongsor

c)

Pautan

d)

Takal

7.

Penggunaan __________________ menyebabkan beban akan menjadi ringan dan mudah untuk diangkat.

a)

Tali sawat

b)

Tuil

c)

Rantai

d)

Takal

8.

_______________ dapat mengurangkan geseran bagi mengerakkan sesuatu komponen.

a)

Galas bebola

b)

Aci sesondol

c)

Bindu

d)

Gear

9.

Fungsi _______________ adalah untuk memegang dan mencengkam mata gerudi.

a)

Tali sawat

b)

Gerudi

c)

Aci sesondol

d)

Bindu

10.

Tiga kriteria penilaian yang boleh dianalisis untuk melihat kesesuaian komponen yang digunakan untuk membina gajet ialah:


I Reka bentuk komponen

II Jenis bahan yang digunakan

III Warna yang dipilih

IV Kemasan

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

11.

Contoh-contoh kemasan yang boleh digunakan pada sesuatu gajet ialah:


I Cat sembur

II Stiker

III Cat minyak

IV Warna air

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

12.

Hendal basikal digunakan untuk mengawal haluan basikal ke kiri, ke kanan dan ke hadapan. Hendal dapat digerakkan dengan bebas kerana menggunakan ________________________.

a)

Tuas

b)

Takal

c)

Galas bebola

d)

Gelongsor

13.

Komponen mekanikal yang digunakan pada pencengkam brek ialah

a)

Rantai

b)

Aci engkol

c)

Gear

d)

Tuas

14.

Sistem mekanikal yang berfungsi apabila pedal basikal dikayuh ialah

a)

Takal dan tali sawat

b)

Rantai dan gear

c)

Tuil dan tuas

d)

Gelongsor dan pautan

15.

Kemasan dilakukan pada model atau produk bagi menutup kelemahan rupa permukaan produk. Kemasan juga dapat menambah nilai ______________ agar produk kelihatan cantik.

a)

pasaran

b)

komersial

c)

estetika

16.

Dua jenis ujian yang boleh dilakukan ke atas prototaip ialah:


I ujian makmal

II ujian ketahanan

III ujian parameter

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan III

17.

Gambar menunjukkan proses membentuk sesuatu produk melalui proses peleburan dan menuangnya di dalam acuan yang disediakan. Kaedah pembuatan ini dikenali sebagai

a)

Acuan (Moulding)

b)

Tuagan (casting)

c)

Pemesinan (Machining)

d)

Pembentukan (Forming)

18.

Gambar menunjukkan proses pembuatan kunci menggunakan kaedah pembuatan _________________

a)

Pemesinan (Machining)

b)

Tuangan (casting)

c)

Pembentukan (forming)

d)

Acuan (Moulding)

19.

Antara bahan yang boleh digunakan untuk membuat model 3D menggunakan kaedah acuan dan tuangan ialah


I Plastik

II Plaster of paris

III campuran epoxy resin dan epoxy harderner

IV Kertas

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

20.

Bahan mencetak yang diguanakan pada pen 3D antaranya ialah


I PLA

II ABS

III IPU

IV TPU

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

21.

Sukatan epoxy resin dan epoxy harderner ialah

a)

30-70

b)

50-50

c)

40-60

d)

60-40

22.

Model _________________ dihasilkan untuk melihat rupa bentuk sebenar sesuatu objek

a)

berfungsi

b)

dinamik

c)

statik

23.

___________________ adalah satu kajian sains yang digunakan untuk menjelaskan cas-cas elektrik yang statik.

a)

Electrostatic

b)

Electroplanting

c)

saduran

24.

Cadangan penambahbaikan kepada sesuatu sistem boleh dilakukan dari aspek


I Rupa bentuk

II Bahan

III Kekuatan

IV Kemasan

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

25.

sistem mekanikal yang paling ringkas menggunakan sekurang-kurangnya...

a)

2 jenis komponen mekanikal

b)

3 jenis komponen mekanikal

c)

4 jenis komponen mekanikal

26.

berapakah komponen mekanikal yang anda pelajari dalam bab reka bentuk mekanikal?

a)

9

b)

10

c)

11

d)

13

e)

12

27.

Sistem mekanikal adalah beberapa komponen berfungsi sebagai _____________bagi menyelesaikan sesuatu tugas yang telah ____________________.

a)

a)penghantar, diprogramkan

b)

b)diprogramkan, penghantar

c)

c)hantar, program

d)

d)menghantar, memprogramkan

28.

Nyatakan jenis komponen mekanikal berikut

a)

BINDU

b)

GELONGSOR

c)

ACI ENGKOL

d)

GALAS BEBOLA

29.

Sistem yang berkaitan dengan daya, beban dan fulkrum merupakan komponen mekanikal?

a)

GELONGSOR

b)

TUIL / TUAS

c)

PAUTAN

30.

Namakan komponen mekanikal yang terdapat pada gambar di atas.

a)

BINDU

b)

TALI SAWAT

c)

GEAR

d)

ACI ENGKOL

31.

Dengan menggunakan ____________ beban menjadi ringan dan mudah untuk diangkat.

a)

Gelongsor

b)

Rantai

c)

Gear

d)

Takal