wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PLC Zon Senggarang 29April2019 di SK Seri Rengit

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Professional Learning Community (PLC) merujuk kepada:

a)

Para pendidik yang komited dan bekerja secara kolaboratif serta berterusan dalam membuat inkuiri atau kajian tindakan untuk mencapai prestasi murid yang lebih baik.

b)

Budaya di mana mengajar bukan dianggap kerja masing-masing.

c)

PdPc yang lebih transparen untuk mendapatkan maklumbalas dan melaksanakan penambahbaikan.

d)

Menggunakan kemahiran dan pengetahuan guru.

2.

Tujuan PLC ada tiga:

a)

Meningkatkan amalan pembelajaran, Positif hasil pelajar dan Pertingkatkan pembelajaran pelajar

b)

Meningkatkan amalan pembelajaran, Pertingkatkan pembelajaran pelajar dan Positif hasil pelajar

c)

Positif hasil pelajar, pertingkatkan pembelajaran pelajar dan meningkatkan amalan pembelajaran

d)

Pertingkatkan pembelajaran pelajar, meningkatkan amalan pembelajaran dan positif hasil pelajar

3.

Prinsip asas PLC:

a)

Fokus kepada pencapaian, budaya kolaboratif dan memastikan kemenjadian murid

b)

Pengajaran PAK 21, memastikan pembelajaran murid dan kemenjadian murid dalam akademik

c)

Memastikan pembelajaran murid, budaya kolaboratif dan fokus kepada pencapaian

d)

Pembelajaran berpusatkan murid, murid bertanya soalan dan kemenjadian murid dalam sahsiah

4.

Enam dimensi PLC ialah:

a)

Menyelesaikan masalah secara lebih baik, Meningkatkan keyakinan, Menyokong kekuatan serta menampung kelemahan ahli kumpulan yang lain, Membolehkan guru mencuba idea-idea baru, Menyokong guru-guru baru dan Menambah himpunan idea serta bahan dan juga cara mengajar (method).

b)

Setiap murid akan belajar, Fokus kepada pembelajaran, Kolaboratif, Pentaksiran untuk pembelajaran (formartif), Kegagalan tidak diterima dan Muris sebagai pembelajar aktif

c)

Murid boleh belajar, Fokus pengajaran, Bersendiri, Pentaksiaran tentang pembelajaran (sumatif), Kegagalan satu kemungkinan dan Guru sebagai pemudahcara

d)

Kongsi kepimpinan, Kongsi nilai dan visi, Pembelajaran kolektif dan aplikasi, Kongsi amalan peribadi, Struktur dan Hubungan

5.

Bagaimana kesepaduan 6 dimensi PLC boleh mencapai kecemerlangan murid?

a)

Pentadbir dan guru berperanan menentukan hala tuju dan matlamat pelajar.

b)

Saling mempengaruhi antara satu sama lain secara berterusan.

c)

Guru berkolaboratif mencari pengetahuan, kemahiran dan strategi.

d)

Masa bertemu guru untuk PLC dirancang.

6.

Satu kumpulan guru yang ada isu serta masalah, mempunyai objektif yang sama, rancang dan pilih strategi, Aktiviti kolaboratif yang sesuai, Pendekatan proses dalam pelaksanaan, Objektif tercapai dan Berkongsi amalan terbaik. Ini merujuk kepada….

a)

Objektif PLC

b)

PDCA

c)

Kerangka PLC

d)

Strategi PLC

7.

Strategi utama PLC ialah:

a)

Kolaboratif

b)

Komunikasi

c)

Motivasi

d)

Autonomi

8.

Elemen kritikal dan strategi dalam PLC merujuk kepada:

a)

2 strategi utama dan 10 strategi popular

b)

3 strategi utama dan 13 strategi popular

c)

4 strategi utama dan 15 strategi popular

d)

5 strategi utama dan 20 strategi popular

9.

Sekumpulan guru membaca dan membincang artikel atau buku setiap bulan.

a)

Kumpulan belajar

b)

Kelab buku

c)

Menggunakan protocol perbincangan

d)

Kritikan video pengajaran guru

10.

Berjalan di sekeliling sekolah dan memerhatikan pengajaran guru lain dan aktiviti bilik darjah dengan menggunakan protokol atau fokus yang spesifik.

a)

Bimbingan Rakan Sebaya Guru atau Pembimbing Instruksi

b)

Belajar menggunakan Rancangan Pengajaran Harian

c)

Jelajah pembelajaran

d)

Sesi Perkongsian Guru

11.

Secara kolektif mengkaji dan membincangkan data agregat murid. Tujuannya adalah untuk mencari pola atau tema agar dapat membuat keputusan tentang penambahbaikan dalam bidang kurikulum atau mengkategorikan kembali dalam kumpulan yang berbeza

a)

Pemetaan kurikulum

b)

Pentaksiran serentak

c)

Kumpulan rakan kritikal

d)

Analisis data

12.

Satu kumpulan guru yang bersama-sama membincangkan suatu masalah. Seorang guru member deskripsi tentang suatu masalah. Guru-guru yang lain pula meminta penjelasan dan mengemukakan cadangan.

a)

Pasukan melintang dan menegak

b)

Induksi guru baru / pementoran

c)

Unit atau projek antara pelbagai bidang

d)

Kumpulan penyelesai masalah

13.

Melibatkan staf dalam aktiviti untuk membangunkan gambaran masa depan organisasi. Bagaimanakah keadaan bilik darjah dan sekolah lima tahun dari sekarang?

a)

Panduan berasaskan prinsip

b)

Aktiviti nilai

c)

Aktiviti visi

d)

Strategi & Tradisi yang Dikongsi Bersama

14.

Menggunakan rakaman video sesuatu pengajaran untuk membuat analisa dan memberi idea, pendapat, pandangan dan makluman dengan tujuan untuk meningkatkan kefahaman guru atau membantu ahli panitia dalam pembelajaran (PdPc) murid.

a)

Definisi kritik

b)

Definisi video kritik dalam konteks PLC

c)

Objektif video kritik

d)

Langkah pelaksanaan video kritik

15.

Satu situasi yang membolehkan guru berkongsi pengalaman pengajaran dan pengetahuan pedagogi dalam bilik darjah tanpa sebarang paksaan. Ini merujuk kepada...

a)

Pembimbing rakan sebaya guru (Peer Coaching)

b)

Belajar menggunakan Rancangan Pengajaran Harian (Lesson Study)

c)

Jelajah Pembelajaran (Learning Walk)

d)

Sesi Perkongsian Guru (Teacher Sharing Session)