NEW
Font size
WorksheetsPendidikan Islam F2
Total questions: 26
Worksheet time: 14mins
1. Antara yang berikut yang manakah huruf izhar halqi
ق,ط,ب,ج,د
ء,ه,ع,ح,غ,خ
ي,و,م,ن
م,ب
رَبَّنَا لَا تُزِغۡ قُلُوبَنَا بَعۡدَ إِذۡ هَدَيۡتَنَا وَهَبۡ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحۡمَةًۚ إِنَّكَ أَنتَ ٱلۡوَهَّابُ [ آل عمران:8-8]
Apakah faedah yang diperolehi daripada ayat 8 surah Ali Imran?
Kasih sayang Allah meliputi seluruh alam.
Hanya Allah tempat manusia bergantung.
Umat Islam perlu berdoa agar diberikan hidayah.
Setiap manusia perlu memelihara keamanan negara
1. Bagaimanakah solat Jemaah boleh mengukuhkan institusi kekeluargaan?
Dapat menghayati keindahan masjid bersama-sama
Dapat merapatkan hubungan antara ibu bapa dan anak
Diganjarkan dengan 27 kali ganda.
Dapat mengeratkan hubungan dengan imam
Bezakan makmum muwafik dan makmum masbuk.
Makmum muwafik tidak sempat membaca alfatihah bersama imam.
Makmum masbuk sempat membaca alfatihah dengan imam pada rakaat pertama.
Makmum masbuk wajib menambah bilangan rakaat.
Jika sempat rukuk dan tomakninah makmum masbuk dikira mendapat satu rakaat.
Berikut ialah syarat wajib solat jumaat, kecuali
Musafir
Sihat tubuh badan
Baligh
Berakal
Yang manakah bukan merupakan hikmah solat Jumaat.
Menzahirkan syiar Islam pada hari Jumaat
Dapat mengeratkan silaturrahim sesama muslim
Dapat bertanya khabar rakan semasa khutbah
Mengetahui isu semasa
Surah Ali Imran ayat ke 8 ini merupakan doa yang perlu kita panjatkan kepada Allah s.w.t untuk memperoleh hidayah. Pilih pernyataan yang benar berkenaan hidayah yang bertepatan dengan ayat Al-Quran tersebut.
Hanya diperoleh dengan cara berdoa
Merupakan petunjuk dan rahmat daripada Allah s.w.t
Seseorang itu akan kekal dalam hidayah yang diberikan Allah s.w.t
Bagaimanakah anda mengaplikasikan hukum nun sakinah tersebut di dalam bacaan Al-Quran anda?
Menyatakan bunyi nun secara jelas dan nyata
Menggabungkan bunyi nun dengan huruf selepasnya tanpa dengung
Menggabungkan bunyi nun dengan huruf selepasnya serta dengung
Surah Ali-Imran ayat 103 menerangkan mengenai kepentingan bersaudara. Anda mempunyai kawan rapat berbangsa Cina, Tan. Namun, dia telah berpindah ke London kerana ibu bapanya telah bertukar tempat kerja. Bagaimanakah anda ingin memastikan hubungan persaudaraan anda dengan Tan berkekalan?
Menziarahi Tan di London
Bersangka baik terhadapnya
Mengirim surat untuk bertanya khabar
Hadis ini selari dengan tuntutan Allah s.w.t dalam surah Ali-Imran ayat 103 mengenai kepentingan bersaudara. Nilai jawapan yang paling tepat tentang hikmah persaudaraan dalam Islam.
Membentuk keluarga bahagia dan masyarakat yang bersatu padu
Meyakini bahawa akan ada individu yang membantu kita jika ditimpa musibah
Memudahkan pihak berkuasa untuk menjaga keamanan negara
Bezakan antara makmum muwafiq dan makmum masbuk
Makmum muwafiq sempat membaca surah Al-Fatihah dengan sempurna, manakala makmum masbuk tidak sempat membaca surah Al-Fatihah dengan sempurna
Makmum muwafiq tertinggal tiga rukun panjang, manakala makmum masbuk sempurna rukun solatnya
Makmum muwafiq menyempurnakan rakaat selepas imam memberi salam, manakala makmum masbuk menyempurnakan rakaat bersama-sama imam
Amir sampai di Masjid Putra ketika imam sedang memulakan solat Maghrib. Ketika berada di dalam masjid, dia baru teringat bahawa dia belum mengambil wudhu’ dan segera ke bilik wudhu’. Usai mengambil wudhu’, dia mendapati imam sedang sujud pada rakaat pertama. Amir pun terus mengangkat takbiratul ihram dan mengikuti pergerakan imam tersebut.
Tentukan tindakan yang perlu dilakukan oleh Amir untuk menyempurnakan solat jemaahnya.
Amir tidak perlu menggantikan rakaat yang tertinggal kerana rukun solatnya telah sempurna.
Amir menggantikan rakaat selepas imam meberikan salam.
Amir menggantikan rakaat sebelum imam memberikan salam.
Pilih jawapan yang paling tepat mengenai syarat wajib solat Jumaat.
Bermastautin
Didirikan di masjid
Dilakukan secara berjemaah
Ali dan Ahmad menetap di Selangor. Mereka ingin menziarahi rakannya, Amin yang berada di Kedah. Mereka bercadang untuk mengambil tiket bas pada hari Jumaat pukul 5:00 pagi. Namun, Ahmad terpaksa menangguhkan perjalanannya ke pukul 12 tengah hari kerana dia mempunyai temujanji dengan pensyarahnya.
Berdasarkan penilaian yang telah dilakukan mengenai situasi di atas, apakah hukum solat jumaat bagi Ahmad?
Wajib
Harus
Sunat
Berikut sebab diharuskan bertayamum. Pilih jawapan yang betul.
Tiada debu tanah
Sakit di bahagian lutut
Sejuk yang memudaratkan kesihatan
