wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

sains fullchapter ting1 2019

Total questions: 60

Worksheet time: 4hrs 43mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut, yang manakah definisi sains yang terbaik?

a)

Sains ialah kajian tentang objek di alam semesta

b)

Sains ialah fenomena semula jadi yang berlaku di sekeliling kita.

c)

Sains ialah pengetahuan yang diperoleh daripada kajian tentang manusia.

d)

Sains ialah pengetahuan yang melibatkan pemerhatian dan kajian yang sistematik terhadap fenomena semula jadi.

2.

Apakah contoh bahan kimia yang bersifat mengakis?

a)

Asid sulfurik pekat

b)

Petrol

c)

Etanol

d)

Ammonia

3.

Antara kuantiti fizik berikut, yang manakah unit S.I.?

a)

Kilometer

b)

Kelvin

c)

Gram

d)

Minit

4.

Antara yang berikut, pilih pertukaran unit kuantiti asas yang betul?

a)

2.3 kg → 23000 g

b)

55 g → 0.055 kg

c)

670 mm → 0.067 m

d)

550 cm → 55 m

5.

Ketumpatan besi adalah 7.9 g/cm³. Berapakah jisim bagi 20 cm³ besi?

a)

99 g

b)

170 g

c)

158 g

d)

198 g

6.

Apakah fungsi bagi membran sel yang terdapat di dalam sel haiwan dan sel tumbuhan?

a)

Mengawal semua aktiviti sel.

b)

Menghasilkan tenaga untuk tindak balas.

c)

Menyimpan bahan-bahan terlarut untuk kegunaan sel.

d)

Mengawal pergerakan bahan ke dalam dan ke luar sel.

7.

Antara berikut, yang manakah perbandingan yang benar antara sel haiwan dan sel tumbuhan?

a)

Kedua-dua sel mempunyai kloroplas.

b)

Kedua-dua sel mempunyai dinding sel.

c)

Kedua-dua sel mempunyai sitoplasma.

d)

Kedua-dua sel mempunyai vakuol yang bersaiz besar.

8.

Apakah contoh organisma multisel?

a)

Amoeba

b)

Hydra

c)

Chlamydomonas

d)

Paramecium

9.

Pernyataan yang manakah bukan menerangkan proses respirasi sel?

a)

Berlaku di dalam haiwan sahaja.

b)

Membebaskan gas karbon dioksida dan tenaga.

c)

Merupakan proses pengoksidaan glukosa kepada tenaga.

d)

Berlaku pada bila-bila masa.

10.

Antara pernyataan berikut, yang manakah menunjukkan proses respirasi sel dan proses fotosintesis saling melengkapi?

a)

Oksigen digunakan dalam proses fotosintesis.

b)

Oksigen digunakan untuk mengoksidakan glukosa dalam proses respirasi.

c)

Karbon dioksida yang dibebaskan oleh proses fotosintesis digunakan oleh organisma.

d)

Oksigen yang dibebaskan oleh proses respirasi digunakan oleh tumbuhan.

11.

Apakah sistem badan yang terlibat dalam mekanisme pembetulan apabila badan kita mengeluarkan peluh yang banyak?

a)

Sistem perkumuhan

b)

Sistem pencernaan

c)

Sistem peredaran darah

d)

Sistem respirasi

12.

Antara berikut, yang manakah membantu dalam proses kawal atur suhu badan?

a)

Otak

b)

Peparu

c)

Perut

d)

Hati

13.

Aiman sedang berjemur di bawah sinaran cahaya matahari. Antara berikut, yang manakah merupakan mekanisme pembetulan yang dihadapi oleh Aiman?

a)

Otot rangka mengecut dan mengendur dengan aktif.

b)

Bulu roma menegak.

c)

Salur darah mengembang.

d)

Kurang berpeluh.

14.

Antara organisma berikut, yang manakah mengekalkan suhu badan dengan menjelirkan lidahnya semasa cuaca panas?

a)

Kucing

b)

Beruang

c)

Anjing

d)

Cicak

15.

Apakah nama proses yang melibatkan kehilangan air ke persekitaran oleh tumbuhan?

a)

Penyejatan

b)

Transpirasi

c)

Respirasi

d)

Fotosintesis

16.

Organisma manakah yang dipadankan dengan jenis pembiakan aseks yang betul?

a)

Organisma: Kulat

Pembiakan aseks: Pembentukan spora

b)

Organisma: Hydra

Pembiakan aseks: Pembiakan vegetatif

c)

Organisma: Planaria

Pembiakan aseks: Belahan dedua

d)

Organisma: Kentang

Pembiakan aseks: Penunasan

17.

Antara pernyataan berikut, yang manakah bukan berkaitan dengan pembiakan seks?

a)

Melibatkan sel pembiakan.

b)

Berlaku kepada manusia.

c)

Berlaku kepada tumbuhan berbunga.

d)

Berlaku kepada organisma ringkas (Hydra)

18.

Yis dan Hydra membiak secara ___________.

a)

belahan dedua.

b)

pertunasan.

c)

penjanaan semula.

d)

pembentukan spora.

19.

Bahagian ______ lobak merah induk akan berkembang menjadi lobak merah baharu.

a)

akar

b)

daun

c)

batang

d)

pucuk

20.

Antara berikut, yang manakah bukan kepentingan pembiakan?

a)

Pembiakan menghasilkan individu baharu.

b)

Pembiakan menambahkan bilangan organisma sesuatu spesies.

c)

Pembiakan menggalakkan berlakunya kepupusan spesies

d)

Pembiakan menurunkan maklumat genetik kepada generasi baharu.

21.

Rajah menunjukkan sistem pembiakan perempuan.

Antara A, B, C dan D, di manakah ovum dikeluarkan semasa fasa subur?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

22.

Rajah menunjukkan sistem pembiakan perempuan.

Antara A, B, C dan D, di manakah persenyawaan sperma dan ovum berlaku?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

23.

Rajah menunjukkan sistem pembiakan perempuan.

Antara A, B, C dan D, di manakah proses penempelan embrio berlaku?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

24.

Antara zarah-zarah dalam bahan berikut, yang manakah bergerak secara bebas dan rawak?

a)

merkuri

b)

kuprum

c)

hidrogen

d)

wap air

25.

Yang manakah gas nadir?

a)

Xenon

b)

Neon

c)

Sulfur

d)

Litium

26.

Antara kumpulan berikut, yang manakah terdiri daripada sebatian sahaja?

a)

gula, tanah,berlian

b)

garam, ubat gigi, sabun

c)

plastik, klorin, petrol

d)

oksigen, hidrogen, nitrogn

27.

Antara alat optik berikut, yang manakah menggunakan cermin satah?

a)
b)
c)
d)
28.

Yang manakah pernyataan berikut yang BENAR tentang JIRIM?

a)

jirim tidak wujud sebagai gas

b)

benda bukan hidup adalah bukan jirim

c)

jirim tidak mempunyai isipadu

d)

jirim memenuhi ruang

29.

Lapisan atmosfera manakah berlakunya pembakaran meteorit?

a)

eksosfera

b)

mesosfera

c)

termosfera

d)

troposfera

30.

Lapisan atmosfera manakah berlakunya hujan, awan dan salji?

a)

eksosfera

b)

mesosfera

c)

termosfera

d)

troposfera

31.

Lapisan atmosfera manakah terdapat lapisan ozon dan penerbangan kapal terbang berlaku?

a)

stratosfera

b)

mesosfera

c)

termosfera

d)

troposfera

32.

Fenomena yang manakah merupakan kesan penyerakan cahaya?

a)

pembentukan pelangi

b)

langit kebiruan

c)

pembentukan cahaya putih

d)

langit kegelapan pada waktu malam

33.

Apakah maksud simbol amaran berbahaya tersebut?

a)

merengsa

b)

mudah terbakar

c)

mudah meletup

d)

radioaktif

34.

Antara berikut yang manakah dijumpai di dalam sel pipi manusia dan sel bawang?

a)

sitoplasma

b)

dinding sel

c)

vakuol

d)

kloroplas

35.

Yang manakah merupakan fenomena semulajadi?

a)

penciptaan komputer

b)

pelangi terbentuk selepas hujan

c)

gempa bumi

d)

seorang lelaki menanam pokok di cerun bukit untuk mengelakkan hakisan tanah

36.

Antara berikut yang manakah organisma multisel?

a)
b)
c)
d)
37.

Antara organ berikut, yang manakah terlibat dalam homeostasis untuk kawal atur kandungan air?

a)
b)
c)
d)
38.

Antara faktor berikut yang manakah merangsang pembukaan STOMA?

a)

udara

b)

cahaya

c)

makanan

d)

kelembapan

39.

Maklumat menerangkan tentang pergerakan zarah-zarah dalam X dan Y.

X: Zarah-zarah bergerak dengan laju dan secara rawak

Y: Bergetar pada kedudukannya sendiri

Yang manakah mungkin bagi X dan Y?

a)

X - Ais

Y- Oksigen

b)

X- Sirap

Y- karbon dioksida

c)

X-Wap air

Y-Guli

d)

X- Batu

Y-Hidrogen

40.

Antara campuran berikut yang manakah boleh diasingkan melalui penurasan?

a)

air dan pasir

b)

air dan minyak

c)

air dan larutan gula

d)

sulfur dan serbuk besi

41.

Yang manakah ujian pengesahan untuk oksigen?

a)

kayu uji berbara menyala semula

b)

kayu uji bernyala terpadam dan bunyi'pop' kedengaran

c)

air kapur menjadi keruh

d)

kertas litmus biru menjadi merah

42.

Yang manakah ujian pengesahan untuk hidrogen?

a)

kayu uji berbara menyala semula

b)

kayu uji bernyala terpadam dan bunyi'pop' kedengaran

c)

air kapur menjadi keruh

d)

kertas litmus biru menjadi merah

43.

Yang manakah ujian pengesahan untuk gas karbon dioksida?

a)

kayu uji berbara menyala semula

b)

kayu uji bernyala terpadam dan bunyi'pop' kedengaran

c)

air kapur menjadi keruh

d)

kertas litmus biru menjadi merah

44.

Mengapakahpenggunaan semburan aerosol boleh membahayakan atmosfera?

a)

mengandungi kloroflurokarbon

b)

mengandungi hidrokarbon

c)

mengandungi klorin

d)

mengandungi metana

45.

Antara proses berikut yang manakah akan terjejas jika jantung tidak berfungsi dengan baik?

a)

peristalsis

b)

pembiakan

c)

peredaran darah

d)

perkumuhan

46.

Maklumat menunjukkan satu peringkat organisasi sel. Yang manakah contoh bagi Y?

a)

kulit

b)

jantung

c)

sel darah putih

d)

sistem perkumuhan

47.

Manakah antara berikut ialah ciri batu sedimen?

a)

Terbentuk daripada penyejukan magma

b)

Mengandungi pelbagai mineral

c)

Mengandungi fosil haiwan dan tumbuhan.

d)

Terbentuk apabila terdedah kepada tekanan dan suhu yang tinggi

48.

Manakah antara berikut ialah ciri batu igneus?

a)

Terbentuk daripada penyejukan magma

b)

Mengandungi pelbagai mineral

c)

Mengandungi fosil haiwan dan tumbuhan.

d)

Terbentuk apabila terdedah kepada tekanan dan suhu yang tinggi

49.

Manakah antara berikut ialah ciri batu metamorfik?

a)

Terbentuk daripada penyejukan magma

b)

Mengandungi pelbagai mineral

c)

Mengandungi fosil haiwan dan tumbuhan.

d)

Terbentuk apabila terdedah kepada tekanan dan suhu yang tinggi

50.

Rajah menunjukkan sebuah keluarga sedang melakukan aktiviti. Apakah yang terjadi pada suhu badan mereka selepas bersenam?

a)

meningkat

b)

menurun

c)

tidak berubah

51.

Antara aktiviti berikut manakah boleh menurunkan suhu badan?

a)

membaca buku

b)

minum air

c)

berlari

d)

mendaki gunung

52.

Mengapakah badan kekurangan oksigen semasa melakukan aktiviti kecergasan?

a)

karbon dioksida diserap oleh badan

b)

kadar bekalan oksigen menjadi sedikit

c)

kadar pertukaran oksigen dan karbon dioksida menjadi perlahan

d)

kadar penggunaan oksigen oleh sel melebihi kadar bekalan oksigen kepada sel

53.

Aktiviti manakah menunjukkan kadar denyutan nadi paling laju?

a)
b)
c)
d)
54.

Rajah menunjukkan tumbuhan menjalankan transpirasi. Bagaimanakah transpirasi boleh menyejukkan tumbuhan?

a)

air diserap oleh tumbuhan

b)

menyerap haba semasa cuaca panas

c)

menyingkirkan haba dalam tumbuhan semasa air menyejat

d)

air berlebihan dalam tumbuhan dibebaskan ke udara

55.

Antara faktor berikut yang manakah diperlukan untuk percambahan biji benih?

a)

cahaya

b)

air

c)

suhu sesuai

d)

mineral

56.

Rajah menunjukkan beberapa jenis pil pencegah kehamilan.

Bagaimanakah pil pencegah kehamilan mencegah kehamilan pada wanita?

a)

menghentikan penempelan embrio

b)

mencegah penghasilan ovum

c)

membunuh sperma yang memasuki uterus

d)

menghalang sperma daripada berenang

57.

Rajah menunjukkan alat IUCD

Bagaimanakah alat tersebut mencegah kehamilan pada wanita?

a)

menghentikan penempelan embrio

b)

mencegah penghasilan ovum

c)

membunuh sperma yang memasuki uterus

d)

menghalang sperma daripada berenang

58.

Yang manakah benar tentang gamet pembiakan perempuan (OVUM)?

a)

sel paling besar dalam badan perempuan

b)

berbentuk sfera

c)

dihasilkan oleh testis

d)

boleh bergerak sendiri

59.

Maklumat di bawah menerangkan bahan P.

Zarah-zarah P adalah sukar dimampatkan

Apakah bahan mewakili P?

a)

ais

b)

minyak masak

c)

oksigen

d)

karbon dioksida

60.

Mengapakah elektrik, cahaya dan bunyi tidak dianggap sebagai jirim?

a)

bergerak ke semua arah

b)

tidak memenuhi ruang

c)

tidak mempunyai jisim

d)

tidak boleh menyerap haba