wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PHYSICS FORM 5

Total questions: 30

Worksheet time: 14mins

Name
Class
Date
1.

Panjang gelombang ialah....

a)

sesaran maksimum zarah dari kedudukan keseimbangan.

b)

bilangan ayunan lengkap dalam satu saat.

c)

jarak di antara dua titik sefasa yang berturutan.

d)

jarak yang dilalui oleh suatu gelombang dalam satu tempoh masa dalam arah perambatan.

2.

Gelombang boleh dibahagikan kepada dua kumpulan utama iaitu:

a)

gelombang mekanikal

b)

gelombang elektromagnet

c)

gelombang resonans

d)

gelombang mikro

3.

Antara berikut, yang manakah contoh gelombang elektromagnet?

a)

gelombang bunyi

b)

gelombang cahaya

4.

Apakah maksud muka gelombang?

a)

Puncak bertemu puncak menghasilkan puncak yang lebih tinggi.

b)

Garis atau permukaan satah yang menyambungkan semua titik.

c)

Garis atau permukaan satah yang menyambungkan semua titik yang bergetar pada fasa yang sama dan berada pada jarak yang sama dari sumber gelombang.

d)

Gelombang yang arah getarannya selari dengan arah perambatan gelombang.

5.

Pembelauan gelombang ialah...

a)

perubahan laju perambatan suatu gelombang yang merambat merentasi dua medium yang berlainan.

b)

apabila dua atau lebih gelombang bertindih dan menghasilkan satu gelombang paduan.

c)

penyebaran gelombang ketika melalui suatu celah atau penghalang.

6.

Kenyaringan bunyi bergantung kepada...

a)

frekuensi.

b)

frekuensi asli.

c)

amplitud.

d)

panjang gelombang.

7.

Ketika gelombang air bergerak dari kawasan yang dalam ke kawasan yang cetek, gelombang itu mengalami perubahan yang berikut:

a)

laju gelombang

b)

panjang gelombang

c)

frekuensi

d)

arah perambatan

8.
  1. Membunuh sel barah
  2. Pensterilan alat pembedahan
  3. Pengawalan serangga perosak.


Senarai di atas ialah kegunaan suatu spektrum elektromagnet. Apakah spektrum elektromagnet tersebut?

a)

Sinar-X

b)

Sinar Inframerah

c)

Sinar ultraungu

d)

Sinar gamma

9.

Pilih spektrum elektromagnet yang mempunyai frekuensi yang paling tinggi.

a)

Gelombang radio

b)

Sinar inframerah

c)

Sinar-X

d)

Gelombang mikro

10.

Bunyi dengan frekuensi yang sentiasa berubah secara rawak dan spontan dikenali sebagai....

a)

hingar

b)

sonar

c)

frekuensi audio

d)

desibel

11.

Namakan alat yang ditunjukkan dalam gambar di atas.

a)

Osiloskop Sinar Katod

b)

Tangki riak

c)

Penjana Van de Graaff

12.

Nyatakan hubungan antara arus elektrik dengan beza keupayaan.

a)

Semakin bertambah beza keupayaan, semakin bertambah arus elektrik yang mengalir.

b)

Semakin berkurang beza keupayaan, semakin bertambah arus elektrik yang mengalir.

c)

Semakin bertambah beza keupayaan, semakin berkurang arus elektrik yang mengalir.

13.

Pilih medan elektrik yang dihasilkan di antara cas positif dan cas negatif.

a)
b)
c)
d)
14.

Pilih semua rumus yang betul untuk menghitung beza keupayaan, arus dan rintangan berkesan bagi litar sesiri.

a)

I = I1 = I2 = I3

b)

I = I1 + I2 + I3

c)

V = V1 + V2 + V3

d)

R = R1 + R2 + R3

15.

Gitar mengalami satu perubahan tenaga apabila dimainkan. Pilih perubahan tenaga yang betul bagi gitar.

a)

Tenaga bunyi → Tenaga elektrik

b)

Tenaga elektrik → Tenaga bunyi

c)

Tenaga kinetik → Tenaga bunyi

d)

Tenaga elektrik → Tenaga kinetik

16.

Kuasa elektrik ialah......

a)

kadar tenaga output yang dipindahkan untuk digunakan.

b)

tenaga untuk menggerakkan cas mengalir melalui sesuatu alat elektrik.

c)

kadar pertukaran tenaga elektrik kepada bentuk tenaga yang lain di dalam suatu litar elektrik.

17.

Antara pernyataan berikut, yang manakah benar tentang arus elektrik?

a)

Arus terdiri daripada pengaliran elektron dari terminal positif ke terminal negatif.

b)

Arus merupakan kadar pengaliran cas elektrik.

c)

Arus berubah secara songsang dengan beza keupayaan.

d)

Arus merupakan kuantiti skalar.

18.

Rintangan sesuatu dawai akan bertambah apabila.....

a)

diameter dawai adalah besar.

b)

dawai itu adalah pendek.

c)

dawai itu menjadi panas.

d)

dawai itu dibuat daripada kuprum.

19.

Nilai beza keupayaan yang merentasi suatu litar didapati kurang daripada nilai d.g.e. sel di dalam litar itu, kerana....

a)

rintangan berkesan litar terlalu kecil.

b)

sel itu disambung secara sesiri di dalam litar tersebut.

c)

sebahagian d.g.e. daripada sel telah digunakan untuk menentang rintangan dalam sel itu.

d)

perintang di dalam litar telah rosak.

20.

Sumber tenaga yang boleh diperbaharui untuk menjana tenaga elektrik ialah....

a)

arang batu

b)

diesel

c)

gas asli

d)

suria

21.

Kekuatan yang dihasilkan oleh suatu elektromagnet boleh bertambah apabila........

a)

bilangan lilitan di dalam solenoid dikurangkan.

b)

menggunakan suatu konduktor yang berintangan tinggi.

c)

menggunakan bekalan arus ulang-alik.

d)

menggunakan besi lembut sebagai terasnya.

22.

Antara berikut, yang manakah merupakan kaedah untuk menentukan daya saling tindak antara konduktor pembawa arus dengan medan magnet?

a)

Peraturan genggaman tangan kanan

b)

Peraturan tangan kanan Fleming

c)

Peraturan tangan kiri Fleming

d)

Hukum Lenz.

23.

Antara peralatan berikut, yang manakah bekerja dengan menggunakan prinsip aruhan elektromagnet?

a)

Loceng elektrik

b)

Mikrofon gegelung bergerak

c)

Suis geganti

d)

Motor arus terus

24.

Pilih semua faktor yang mempengaruhi kekuatan elektromagnet.

a)

Bilangan lilitan di dalam gegelung atau solenoid.

b)

Magnitud arus yang mengalir di dalam konduktor.

c)

Bahan yang digunakan sebagai teras solenoid.

d)

Kekuatan magnet magnadur.

25.

Peraturan tangan kiri Fleming menggunakan tiga jari iaitu ibu jari, jari telunjuk dan jari hantu. Jari telunjuk menunjukkan...

a)

arah daya.

b)

arah medan magnet.

c)

arah arus.

d)

arah gerakan.

26.

Kehilangan kuasa semasa penghantaran tenaga elektrik disebabkan oleh...

a)

diameter kabel penghantar yang besar.

b)

beza keupayaan yang tinggi dalam penghantaran.

c)

kesan pemanasan akibat daripada rintangan kabel.

d)

cara penjanaan tenaga elektrik.

27.

Arah dan corak medan magnet boleh ditentukan menggunakan tiga cara iaitu:

a)

Kompas

b)

Peraturan tangan kanan Fleming

c)

Peraturan genggaman tangan kanan

d)

Skru Maxwell

28.

Elektromagnet ialah....

a)

suatu medan magnet yang diwakili oleh garis-garis medan.

b)

suatu magnet sementara yang terhasil apabila wujud aliran arus elektrik.

c)

suatu medan lastik yang dihasilkan daripada penggabungan medan-medan magnet.

d)

suatu penghasilan arus elektrik dalam suatu konduktor di bawah aruhan suatu medan magnet yang berubah-ubah.

29.

Antara berikut, yang manakah merupakan cara untuk meningkatkan kecekapan sebuah transformer?

a)

Menggunakan teras yang berlapis dan berlamina.

b)

Menggunakan gegelung yang berdiameter kecil di dalam transformer.

c)

Menggunakan gegelung primer dan gegelung sekunder dililit jauh antara satu sama lain.

d)

Keluli digunakan sebagai bahan teras transformer.

30.

Antara berikut, yang manakah benar tentang transistor?

a)

Transistor digunakan sebagai rektifier dalam proses rektifikasi.

b)

Arus tapak sentiasa lebih besar daripada arus pengeluar.

c)

Perubahan yang kecil dalam arus tapak mengakibatkan perubahan arus yang besar dalam arus pengumpul.

d)

Arus boleh mengalir di dalam litar pengumpul tanpa bergantung kepada litar tapak.