NEW
Font size
WorksheetsRBT tahun 4
Total questions: 12
Worksheet time: 6mins
Manakah antara berikut penyebab berlaku gangguan dalam bengkel?
Menyimpan alatan ditempat yang dikhaskan
Membawa masuk beg ke dalam bengkel
Membuka dan menutup tingkap
Menutup suis apabila keluar
Siti ingin menebuk lubang pada kayu. Apakah alatan yang sesuai digunakan ?
Gerudi tangan
Kikir parut
Tukul Warington
Pita pengukur
Untuk memasang kit model kita hendaklah merujuk kepada dokumen yang dinamakan...
Buku teks
Buku Manual
Buku latihan
Buku Nota
Alatan ini digunakan untuk mengetuk paku kecil ...
Apit -G
Tukul Warington
Tukul Kuku Kambing
Pembaris keluli
1. Apakah yang perlu dilakukan oleh bahan yang mudah terbakar seperti thinner dan cat?
I. Dijauhkan daripada api.
II. Disimpan di tempat yang panas.
III. Dibiarkan terdedah di tempat terbuka.
IV. Disimpan di tempat khas yang bertutup.
I dan II
I dan IV
. II dan III
III dan IV
1. Yang manakah antara alatan tangan berikut digunakan untuk kerja-kerja mengukur dan menanda?
I. Pembaris keluli.
II. Sesiku L.
III. Tukul Warrington.
IV. Pensel tukang kayu.
I, II dan III
II, III dan IV
I, II dan IV
I, III dan IV
1. Bagaimanakah cara menyimpan alatan tangan yang betul?
I. Di panel alatan.
II. Di dalam almari.
III. Di atas meja kerja.
IV. Di dalam kotak alatan.
I, II dan III
I, II dan IV
I, III dan IV
II, III dan IV
1. Berdasarkan Organisasi bengkel RBT, Apakah tugas
Ketua Kumpulan?
Menjalankan tugas mengikut jadual.
Membantu tugas-tugas yang dijalankan oleh fomen.
Menjalankan tugas yang diarahkan oleh guru.
Memastikan aktiviti dapat dijalankan dengan lancar dalam kumpulan masing-masing.
Mengapakah alatan tangan perlu disimpan semula dengan baik pada panel alatan?
Supaya alatan tidak rosak
Supaya alatan dapat dijual semula.
Supaya tidak berlaku kemalangan
Supaya alatan mudah dicari apabila ingin digunakan semula.
Apakah tujuan jadual tugas perlu disediakan?
Supaya alatan tangan tidak rosak.
Supaya bengkel sentiasa dalam keadaan tenang.
Supaya bengkel dalam keadaan kemas dan teratur.
Supaya murid-murid dapat menyiapkan kerja dengan cepat.
Apakah tugas fomen?
Memberikan kebenaran kepada murid untuk masuk bengkel.
Memastikan murid-murid melakukan kerja-kerja di bengkel.
Membantu guru memastikan keadaan bengkel teratur.
Memberikan tugasan kepada murid-murid.
Mengapakah tingkap dan pintu perlu dibuka semasa di dalam bengkel?
Supaya keadaan bengkel lebih kemas.
Supaya keselamatan murid-murid lebih terjamin.
Supaya dapat cahaya dan pengudaraan yang mencukupi.
Supaya murid-murid lain dapat melihat kerja yang dilakukan.
