wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pendidikan Syariah Islamiah : Pembubaran Perkahwinan (SMAPUTRA)

Total questions: 33

Worksheet time: 21mins

Name
Class
Date
1.

Yang manakah antara berikut merupakan pernyataan yang benar tentang Muta'h?

a)

Mengeluarkan perbelanjaan untuk kebaikan isteri

b)

Kewajipan suami terhadap isteri dan anak

c)

Harta yang dibayar oleh suami kepada isteri yang diceraikan atas kehendak suami

d)

Harta yang wajib dibayar kerana perkahwinan

2.

"Saya ceraikan kamu dengan bayaran RM2000" adalah contoh lafaz

a)

Fasakh

b)

Khuluk

c)

Rujuk

d)

Talak

3.

Berikut merupakan kesan fasakh terhadap hubungan suami isteri kecuali

a)

Fasakh boleh mengurangi jumlah talak dari suami

b)

Suami tidak boleh rujuk semula kecuali denganakad yang baharu

c)

Isteri tidak berhak mendapat mut'ah jika dia yang memohon fasakh

d)

Talak suami tidak boleh berlaku semasa isteri dalam idah fasakh

4.

Hukum asal Khuluq ialah?

a)

Harus

b)

Makruh

c)

Haram

d)

Sunnat

5.

*Talak satu dan dua

*Boleh dirujuk dalam temph iddah

*Tidak perlu akad yang baru


Kenyataan di atas merujuk kepada?

a)

Talak Bain Sughra

b)

Talak Baik Kubro

c)

Talak Bidie

d)

Talak Rajie

6.

"Kita berbaik semula"


Lafaz tersebut berkaitan dengan?

a)

Talak

b)

Khuluq

c)

Rujuk

d)

Akad nikah

7.

Jenis-jenis iddah berikut adalah benar kecuali?

a)

Iddah Quru'

b)

Iddah perempuan kematian suami

c)

Iddah perempuan mengandung

d)

Iddah perempuan yang diceraikan

8.

Tempoh bagi iddah bagi isteri yang kematian suami ialah?

a)

3 bulan

b)

3 kali suci

c)

3 bulan 10 hari

d)

4 bulan 10 hari

9.

Membatalkan perkahwinan melalui kuasa hakim

a)

Talak

b)

Khuluq

c)

Fasakh

d)

Nusyuz

10.

Keadaan yang membolehkan isteri mendapat hak mut'ah

a)

Perceraian secara Khuluq

b)

Perceraian secara fasakh

c)

Perceraian dengan sebab nusyuz

d)

Perceraian dengan sebab suami

11.

Ali berhasrat untuk menceraikan isterinya kerana tiada persefahaman lagi setelah berbagai usaha dilakukan.


Apakah hukum talaq bagi situasi di atas

a)

Haram

b)

Sunat

c)

Makruh

d)

Harus

e)

Wajib

12.

Suami mentalaqkan isterinya yang tidak menjaga percakapan serta tidak menunaikan hak-hak Allah.

Apakah hukum bagi perceraian ini?

a)

Wajib

b)

Sunat

c)

Haram

d)

Harus

13.

Berikut ialah sebab yang membolehkan isteri menuntut fasakh kecuali?

a)

Suami menghidap penyakit berjangkit yang berbahaya

b)

Suami gagal dikesan lebih dari 4 bulan

c)

Suami seorang yang tidak taat kepada Allah

d)

Suami yang membayar mahar secara hutang

14.

Pilih pernyataan yang benar mengenai tempoh iddah

a)

Tiada iddah bagi isteri yang belum disetubuhi

b)

Tidak ada iddah bagi isteri hamil yang diceraikan

c)

Iddah bagi oerempuan yang telah putus haid ialah 4 bulan 10 hari

d)

Iddah kematian suami ialah 3 bulan

15.

Syarat sah rujuk

-Dalam tempoh idah

-Suami akil baligh

-Talak rujie'

-Isteri sebenar yang ditalak

-X


Berdasarkan rajah di atas, X ialah

a)

Tanpa diikat dengan syarat

b)

Terdapat 2 orang saksi

c)

Dipersetujui oleh isteri

d)

Isteri bukan dalam keadaan haid

16.

Perkahwinan akan terfasakh dengan sendirinya apabila.....

a)

Berlaku kecacatan atau keaiban

b)

Fasakh kerana tidak sekufu atau setaraf

c)

Suami tidak mampu atau cuai memberi nafkah

d)

Selepas berlaku akad ternyata isteri adalah mahram

17.

وَالۡمُطَلَّقٰتُ يَتَرَ بَّصۡنَ بِاَنۡفُسِهِنَّ ثَلٰثَةَ قُرُوۡٓءٍ


Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid)


Ayat di atas berkaitan dengan tempoh idah bagi isteri yang...

a)

Haid

b)

Mengandung

c)

Belum disetubuhi

d)

Kematian suami

18.

Salmah diceraikan oleh suaminya dengan talak 1 atas permintaannya.


Apakah hak yang boleh dituntut oleh Salmah semasa idah?

a)

Berhak mendapat bayaran mut'ah

b)

Berhak mendapat nafkah tempat tinggal dan pakaian

c)

jika sedang menyusukan anak,berhak mendapat upah menyusu

d)

Jika mengandung berhak mendapat nafkah tempat tinggal dan pakaian

19.

Perpisahan antara suami dan isteri dengan bayaran tertentu.

Pernyataan di atas merujuk kepada......

a)

Talak

b)

Fasakh

c)

Khuluk

d)

Ta'liq

20.

Aminah telah diceraikan oleh suaminya ketika dia sedang mengandung.

Apakah nafkah yang boleh dituntut oleh Aminah semasa dalam tempoh idah?

a)

Makan dan minum sahaja

b)

Tempat tinggal dan pakaian sahaja

c)

Makan,minum dan tempat tinggal sahaja

d)

Makan, minum,tempat tinggal dan pakaian

21.

Apakah maksud nusyuz dari segi bahasa?

a)

batal

b)

kembali

c)

derhaka

d)

laknat

22.

Apakah hukum nusyuz?

a)

makruh

b)

haram

c)

harus

d)

wajib

23.

Antara yang berikut,yang manakah contoh perbuatan yang dianggap nusyuz?

a)

isteri keluar rumah dengan izin suami

b)

membenarkan lelaki yang tidak disukai oleh suami memasuki rumah semasa ketiadaan suami

c)

suami bertindak kasar terhadap isteri

d)

memisahkan isteri dari tempat tidur

24.

Antara yang berikut, yang manakah cara mendidik isteri yang nusyuz dengan betul?

a)

menengking isteri dengan bahasa yang kasar

b)

mengugut isteri untuk bercerai

c)

membawa ke mahkamah syariah

d)

memisahkan isteri daripada tempat tidur

25.

Apakah kesan terhadap isteri yang melakukan nusyuz?

a)

suami bertindak kasar terhadap isteri

b)

hubungan antara kedua-dua keluarga akan terjejas

c)

hilang giliran bermalam bersama sama suaminya bagi yang bermadu

d)

kehidupan rumah tangga akan harmoni

26.

Berikut yang manakah boleh mencegah nusyuz

I. menjalankan tanggungjawab suami isteri dengan sempurna

II. sentiasa bertengkar apabila masalah berlaku

III. suami dan isteri tidak peka terhadap keperluan masing-masing

IV. suami dan isteri menghayati ajaran agama dengan sempurna

a)

II dan III

b)

I dan II

c)

III dan IV

d)

I dan IV

27.

Puan Salma enggan menunaikan kewajipan terhadap suaminya.Perbuatan berikut merujuk kepada...

a)

lian

b)

zihar

c)

khuluk

d)

nusyuz

28.

Yang manakah bukan akibat nusyuz

a)

Kehilangan hak keadilan

b)

Membawa fitnah kepada diri

c)

Hidup tidak tenang

29.

Berikut adalah ciri-ciri yang perlu dimiliki isteri untuk mengelakkan nusyuz kecuali

a)

Sentiasa reda dengan kemampuan suami

b)

Enggan mendengar kata

30.

Yang manakah bukan langkah yang perlu diambil kepada isteri yang nusyuz

a)

Memberi nasihat

b)

Asingkan tempat tidur

c)

Memukul isteri hingga tercedera parah

31.

Nusyuz ialah perbuatan yang diharamkan oleh syarak.Yang manakah langkah-langkah mengelakkan isteri nusyuz

a)

Memisahkan tempat tidur

b)

Memberi didikan agama yang cukup

c)

Memukul bertujuan untuk mengajar

33.

Pada pendapat anda,mengapakah nusyuz berlaku?

a)

Kurang pengetahuan tentang agama Islam

b)

Keimanan tidak tetap kerana sering melakukan kemungkaran

c)

Tidak mempunyai rasa tanggungjawab

33.

Pada pendapat anda,mengapakah nusyuz berlaku?

a)

Kurang pengetahuan tentang agama Islam

b)

Keimanan tidak tetap kerana sering melakukan kemungkaran

c)

Tidak mempunyai rasa tanggungjawab