WorksheetsSMKE Akidah T4
Total questions: 47
Worksheet time: 24mins
Kepercayaan dan perbuatan karut yang dianggap mempunyai hubungan dengan Agama Islam sedangkan pada hakikatnya bertentangan dengan konsep tauhid dan syariah Islam.
Sihir
Nifak
Syirik
Khurafat
Mengapakah Allah S.W.T mengenakan hukuman yang amat berat kepada orang yang melakukan zina, liwat dan musahaqah?
Pengajaran kepada masyarakat
Meruntuhkan institusi perkahwinan
Pengajaran kepada orang yang melakukannya
Perbuatan tersebut berleluasa dalam masyarakat
Seorang ahli perniagaan telah menggunakan harta kekayaannya ke jalan maksiat. Apakah akibat perbuatannya di sisi Allah S.W.T?
Mulhid
Munafik
Kufur Nikmat
Kufur Hakikat
Kenyataan yang paling tepat mengenai bahaya dadah kepada individu ialah
masyarakat menjadi mundur
menggugat keamanan negara
menjatuhkan maruah umat Islam
menjurus kepada kegiatan jenayah
Pilih kenyataan yang tidak benar mengenai syirik
Melemahkan keimanan terhadap Allah S.W.T
Menyekutukan Allah S.W.T pada zat-Nya
Menyekutukan Allah S.W.T dengan perkataan
Mempercayai kepada sesuatu selain Allah S.W.T
#Mendalami ilmu agama
#Banyak berzikir dan berfikir tentang kekuasaan Allah S.W.T
#Rajin beribadat sunat seperti Qiamullail dan tilawah al-Quran
Pernyataan di atas merujuk kepada...
ciri-ciri kewujudan iman
syarat-syarat orang beriman
ciri-ciri orang yang bertambah iman
bukti iman bertambah dan berkurang
Berikut ialah akibat perbuatan syirik jali kecuali
rosak akidah
berdosa besar
menjadi murtad
mendapat azab di akhirat
Antara pernyataan berikut yang manakah merujuk kepada murtad?
Mengisytiharkan dirinya keluar daripada agama Islam
Melakukan perkara yang dilarang oleh Allah S.W.T
Berniat meninggalkan ajaran Islam
Berminat dengan agama lain
Hukuman terhadap orang yang melakukan qazaf (menuduh seseorang yang baik melakukan zina tanpa empat orang saksi lelaki yang adil) ialah
dipenjara
dibuang daerah
40 kali sebatan
80 kali sebatan
Antara hikmah diharamkan qazaf ialah
menjamin kesihatan fizikal
menjamin hubungan sosial yang baik
menggalakkan sifat suka berterus terang
menggalakkan sifat suka tolong-menolong
Berikut ialah ciri-ciri mukmin yang mencapai tahap kemanisan iman kecuali
mengerjakan ibadat wajib
mengasihi sesama manusia kerana Allah S.W.T
membenci kekufuran kerana takut kepada azab neraka
mencintai Allah S.W.T dan Rasul-Nya melebihi segala-galanya
Pilih pernyataan yang benar mengenai munafik
Menyamakan Allah S.W.T dengan sesuatu pada zat, sifat dan perbuatan
Mengingkari ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW
Berpura-pura melahirkan keimanan tetapi hati tetap kufur
Berpaling daripada agama Islam
Akibat munafik terhadap individu ialah
melemahkan perpaduan
menghalang pembangunan
mengganggu ketenteraman jiwa
menghilangkan sikap kerjasama
Berikut ialah akibat sihir terhadap individu kecuali
membatalkan akidah
mengelakkan kegagalan
membazirkan harta, tenaga dan masa
menghilangkan pergantungan kepada Allah S.W.T
Antara yang berikut yang manakah syarat-syarat taubat?
Berhenti melakukan maksiat dengan serta merta
Menyesal terhadap maksiat yang dilakukan
Berazam tidak akan mengulanginya lagi
Membanyakkan amal ibadat
Akidah seseorang boleh terpesong dengan cara
menziarahi tempat ajaran sesat
memohon hajat di kubur keramat
melawat rumah ibadat agama lain
menghadiri pengebumian orang bukan Islam
Pernyataan dibawah tepat mengenai sihir kecuali
bertujuan mengelirukan manusia
mengkhianati amanah yang diberikan
ilmu yang dikaitkan dengan bantuan syaitan
boleh memecahbelahkan pasangan suami isteri
Antara yang berikut yang manakah akibat perbuatan sihir terhadap individu?
Merosakkan harta awam
Mencetuskan pergaduhan
Membazirkan harta,tenaga dan masa
Menghilangkan pergantungan kepada Allah S.W.T
Antara yang berikut yang manakah benar mengenai syirik khafi?
Menunjuk-nunjuk kehebatan diri
Meminta hajat daripada kubur keramat
Mengaku Nabi Isa a.s sebagai anak Tuhan
Memakai tangkal azimat untuk melindungi diri
Antara yang berikut yang manakah amalan yang boleh meningkatkan iman?
Menunaikan solat fardhu
Mentaati kedua ibu bapa
Sentiasa membaca al-Quran
Sentiasa menghadiri majlis ilmu
#Selalu meninggalkan solat dengan sengaja
#Sering mencuri
Pernyataan di atas merujuk kepada ciri-ciri...
kafir
fasik
mulhid
munafiq
Pilih penyataan yang benar mengenai syirik
Menolak hukum Allah S.W.T
Mempercayai perkara-perkara karut
Berpura-pura beriman kepada Allah S.W.T
Menyekutukan Allah S.W.T dengan makhluk
#Tekanan hidup
#Disebat 40 kali sebatan
Pernyataan di atas merujuk kepada...
mencuri
minum arak
menuduh zina
menagih dadah
#Meyakini bahawa alam ini terjadi dengan sendirinya
#Hidup bebas tanpa peraturan agama
Pernyataan di atas merujuk kepada...
syirik
murtad
mulhid
kufur nikmat
#Menyesal terhadap maksiat yang dilakukan
#Berhenti melakukan maksiat
Pernyataan di atas merujuk kepada...
kaifiyat taubat
contoh taubat
hikmah taubat
syarat-syarat taubat
Semua yang berikut perbuatan dosa besar kecuali
melawan cakap ibu
menipu dalam peperiksaan
melihat aurat bukan mahram
menceritakan keburukan kawan
Contoh kufur nikmat ialah...
melakukan pembaziran
mengagumi diri sendiri
menunjuk-nunjuk kehebatan diri
menyatakan solat fardhu merugikan masa
Puan Maimun menyuruh anaknya mandi bunga untuk mendapatkan jodoh
Perbuatan di atas merujuk kepada amalan...
syirik
khurafat
sihir
nifak
Antara yang berikut yang manakah tidak terbatal imannya?
Musyrik
Murtad
Munafik
Fasik
#Menyembah patung berhala
#Menyembah pokok
Perbuatan di atas ialah contoh...
kufur hakikat
kufur nikmat
syirik khafi
syirik jali
#Kadar jenayah meningkat
#Mengganggu ketenteraman hidup
#Negara tidak stabil
Pernyataan di atas benar mengenai kesan....
menipu
mencuri
memfitnah
menghasut
Pernyataan berikut adalah akibat terhadap mereka yang dituduh berzina kecuali...
menjatuhkan maruah
menghadapi tekanan jiwa
memusnahkan masa depan
menghadapi pelbagai penyakit fizikal
Nazmi enggan menunaikan puasa bulan Ramadhan kerana menganggapnya memenatkan dan sia-sia.
Nazmi mesti bertaubat kerana dia telah melakukan...
kufur hakikat
kufur nikmat
khurafat
riddah
Pilih pernyataan yang paling tepat mengenai kesan perbuatan riddah...
Menghalang usaha pembangunan masyarakat Islam
Menjadi takbur dan berani melakukan kezaliman
Menyebabkan hubungan suami isteri terbatal
Menyekat akal berfikir secara logik
Antara yang berikut yang manakah bukan tanggungjawab anak terhadap ibu bapa...
Menjaga kebajikan mereka
Mentaati perintah mereka dalam semua perkara
Menunaikan wasiat mereka jika mereka meninggal dunia
Berbuat baik kepada mereka meskipun berlainan pegangan agama
Antara yang berikut yang manakah contoh riddah melalui perbuatan?
Meyakini agama lain lebih baik daripada agama Islam
Menyatakan niat untuk meninggalkan Islam
Mengisytiharkan diri keluar daripada agama Islam
Menganut agama lain selain daripada agama Islam
Meminta bantuan syaitan atau jin untuk kepentingan diri.
Pernyataan di atas menerangkan tentang...
sihir
nifak
syirik
khurafat
Antara yang berikut yang manakah padanan yang betul antara istilah dan ciri-cirinya?
I dan II
II dan III
III dan IV
I dan IV
#Membazir wang, masa dan tenaga
#Terdedah kepada kegiatan jenayah
Pernyataan di atas merujuk kepada akibat...
berzina
mencuri
minum arak
makan harta anak yatim
Antara berikut yang manakah bukan rukun taubat?
Menginsafi balasan Allah SWT
Menyesal terhadap maksiat yang dilakukan
Berhenti melakukan maksiat dengan segera
Berazam tidak akan mengulangi lagi kesalahan
Semua yang berikut ialah golongan yang imannya boleh bertambah dan berkurang kecuali...
Mukmin
Ahlulbait
Nabi dan Rasul
Salafus Soleh
Pilih pernyataan yang benar mengenai syirik.
Menolak hukum Allah SWT
Mempercayai perkara-perkara karut
Berpura-pura beriman kepada Allah SWT
Menyekutukan Allah SWT dengan makhluk
# Berasa riak dan bangga diri
# Menunjuk-nunjuk kehebatan diri
Pernyataan di atas merujuk kepada contoh...
syirik
kufur
riddah
khurafat
# Meyakini bahawa alam ini terjadi dengan sendirinya
# Hidup bebas tanpa peraturan agama
Pernyataan di atas merujuk kepada...
syirik
kufur nikmat
mulhid
murtad
Semua yang berikut ialah akibat perbuatan menipu kecuali...
membatalkan iman
dimurkai Allah SWT
memutuskan silaturrahim
tidak dipercayai oleh orang lain
# Umat Islam akan ditindas
# Akan menerima balasan neraka di akhirat kelak
# Memberi peluang kepada musuh menghapuskan agama dan umat Islam
Pernyataan di atas merujuk kepada akibat...
Lari dari medan perang
Mencuri dan merompak
Makan harta anak yatim
Mengumpat dan memfitnah
Pilih pernyataan yang benar mengenai kufur.
Berpaling daripada agama Islam
Berpura-pura melahirkan keimanan
Mengingkari ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW
Menyamakan Allah SWT dengan sesuatu pada zat, sifat dan af’al-Nya
