wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

T3: Bab 8 Keradioaktifan

Total questions: 13

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Antara tokoh-tokoh yang berikut, siapakah yang mula-mula menemukan sinar radioaktif?

a)

Wilhelm Conrad Rontgen

b)

Antoine Henri Becquerel

c)

Marie Sklodowska Curie

d)

Pierre Curie

2.

Salah seorang daripada pengkaji awal bahan radioaktif iaitu Marie Sklodowska telah mati akibat kesan sampingan daripada kajian yang dilakukannya. Apakah penerangan yang tepat untuk sebab-sebab kematiannya?

a)

Telah termakan makanan yang tercemar dengan bahan radioaktif

b)

Menderita penyakit kanser darah kesan pendedahannya secara langsung dengan bahan radioaktif

c)

Mati akibat letupan bahan radioaktif di dalam reaktor

d)

Mati terhidu asap yang dibebaskan oleh bahan radioaktif

3.

Mengapakah atom dalam rajah di bawah dikatakan neutral?

a)

Mempunyai bilangan neutron dan proton yang sama

b)

Mempunyai bilangan elektron dan proton yang sama

c)

Mempunyai neutron di dalam nukleus yang bersifat neutral

d)

Mempunyai elektron yang terletak di luar nukleus

4.

Mengapakah sinaran ultra ungu berbahaya kepada manusia?

a)

Menyebabkan kanser kulit sekiranya terdedah secara berlebihan

b)

Merencat pertumbuhan sel-sel kulit

c)

Menyebabkan kecacatan embrio dalam kandungan

d)

Menyebabkan kerosakan retina mata

5.

Antara yang berikut, yang manakah bukan langkah berjaga-jaga yang perlu diambil semasa mengendalikan bahan radioaktif?

a)

Pekerja perlu mengikuti latihan pengendalian bahan radioaktif

b)

Pekerja perlu memakai dosimeter iaitu topi yang melindungi mereka dari sinar radioaktif

c)

Bahan radioaktif yang bertahap tinggi perlu dikendalikan oleh lengan robot

d)

Bahan radioaktif perlu disimpan di dalam bekas plumbum atau konkrit yang tebal

6.

Antara berikut, yang manakah membentuk ion positif?

a)

Bilangan proton-10, Bilangan elektron -12

b)

Bilangan proton-15, Bilangan elektron-15

c)

Bilangan proton-23, Bilangan elektron -21

d)

Bilangan proton-19, Bilangan elektron -21

7.

Sinaran mengion manakah yang mempunyai kuasa pengionan yang paling tinggi?

a)

Sinar -X

b)

Sinar gama

c)

Sinar beta

d)

Sinar alfa

8.

Antara berikut, yang manakah sumber sinaran mengion semula jadi?

a)

Supernova

b)

Terapi sinaran

c)

Mesin sinar - X

d)

Stesen jana kuasa nuklear

9.

Mengapakah plumbum sesuai digunakan sebagai bekas sisa radioaktif?

a)

Mudah didapati

b)

Takat lebur yang tinggi

c)

Dapat menahan sinaran radioaktif

d)

Mempunyai separuh hayat yang panjang

10.

Antara berikut, padanan manakah yang betul tentang bahan radioaktif dan kegunaannya?

a)

Kobalt-60 - mengawet makanan

b)

Karbon-14- memusnahkan sel kanser

c)

Iodin-131 - merawat kelenjar tiroid

d)

Fosforus -32- Mengawal ketebalan kepingan logam

11.

Apakah sinaran yang dipancarkan semasa proses pereputan radioaktif?

a)

Sinar -X

b)

Sinar beta

c)

Ultraungu

d)

Inframerah

12.

Antara berikut, yang manakah sumber sinaran latar belakang buatan manusia?

a)

Letupan supernova

b)

Uranium dalam tanah

c)

Ujian senjata nuklear

d)

Karbon-14 daripada sinar kosmik

13.

Apakah bahan radioaktif yang digunakan untuk menganggarkan usia fosil purba?

a)

Kobalt -60

b)

Karbon -14

c)

Natrium -24

d)

fosforus -32