NEW
Font size
WorksheetsBahasa Seni Visual - Rupa & Bentuk
Total questions: 15
Worksheet time: 5mins
Antara yang berikut, yang manakah bukan teknik perkembangan rupa?
Kolaj
Pengurangan
Tindanan
Penambahan
Apakah fungsi rupa pada karya seni di bawah?
Menghasilkan corak
Menghasilkan jalinan
Menghasilkan lambang
Menghasilkan bentuk
Apakah ciri-ciri rupa yang tepat?
Tidak mempunyai jisim
Rupa bersifat tiga dimensi
Pertemuan garisan dengan permulaannya
Mempunyai kontur
Antara yang berikut, yang manakah merupakan ciri rupa organik?
I Melengkung dan bersudut
II Mempunyai sempadan tepat
III Kelihatan hidup
IV Direka secara spontan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Antara yang berikut, yang manakah bukan ciptaan yang dihasilkan daripada dahan rupa?
Garisan pada kertas kosong
Logo restoran
Corak baju
Lencana persatuan
Apakah jenis rupa yang bersifat bebas dan tidak mempunyai sudut?
Rupa positif
Rupa negatif
Rupa organik
Rupa geometri
Huruf yang diolah daripada rupa dikenali sebagai .............................
abjad
tulisan
tipografi
rupa positif
Apakah perbezaan yang paling nyata antara rupa dan bentuk?
Rupa boleh dihasilkan secara ilusi, manakala bentuk tidak boleh dihasilkan secara ilusi
Rupa tidak mempunyai satah, manakala bentuk mempunyai satah
Rupa tidak mempunyai warna, manakala bentuk mempunyai warna
Rupa bersifat dua dimensi, manakala bentuk bersifat tiga dimensi
Apakah bahan yang sesuai digunakan untuk membina bentuk konkrit?
I Tanah liat
II Pen dakwat
III Cat Minyak
IV Plaster
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Media yang sesuai untuk menghasilkan bentuk ilusi ialah.....
surat khabar
kertas kadbod
tanah liat
pensel warna
Apakah jenis-jenis bentuk yang terdapat di sekeliling kita?
Catan dan lukisan
Konkrit dan ilusi
Konkrit dan arca
Catan dan ilusi
Bentuk ilusi bermaksud ....................
bentuk 2D yang hanya boleh dilihat tetapi kesannya tidak dapat disentuh
bentuk 3D yang boleh dilihat dan dapat disentuh
bentuk yang hanya boleh disentuh
bentuk 3D yang boleh dilihat sahaja
Manakah antara berikut, teknik untuk menghasilkan bentuk ilusi?
I Teknik kolaj
II Teknik lorekan
III Teknik ton warna
IV Teknik lipat dan potong
I, II dan III
I, II dan IV
I, III dan IV
II, III dan IV
Kraf origami ialah contoh bentuk yang menggunakan teknik............
potongan
anyaman
lorekan
lipatan
Manakah antara berikut merupakan contoh bentuk alam semula jadi?
Ukiran kayu
Tembikar
Rumah
Batu
