wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Tatabahasa Tahun 6 2019

Total questions: 25

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Mak cik Sabila menumbuk beberapa ................. bawang putih menggunakan lesung batu.

a)

ulas

b)

butir

c)

papan

d)

gugus

2.

"Saya akan kembalikan ........... kepada saudara sekiranya kereta yang saudara sewa tidak mengalami kerosakan,"kata pengusaha kereta sewa itu.

a)

wang kopi

b)

wang upah

c)

wang belanja

d)

wang cagaran

3.

Puan Anis ......... gulai kari ayam kampung di dalam periuk itu dengan senduk kayu.

a)

menumis

b)

menggaul

c)

mengacau

d)

mengukus

4.

Amin memasukkan ......... biji ketupat daun palas ke dalam periuk besar itu.

a)

seluruh

b)

separuh

c)

beberapa

d)

sebahagian

5.

Para penumpang berasa .......... kerana feri yang mereka naiki dipukul ombak besar.

a)

resah

b)

rimas

c)

gerun

d)

curiga

6.

Haziq lari .......... apabila dikejar oleh anjing liar ketika berjoging di taman itu.

a)

kacau-bilau

b)

kelam-kabut

c)

simpang-siur

d)

lintang-pukang

7.

Tali ampaian itu menjadi ........... apabila Nik Hafiza menyidai beberapa helai seluar jean yang baru dibasuhnya.

a)

labuh

b)

landai

c)

lendut

d)

longlai

8.

Fazli Fizul ......... sahaja sedangkan kawan-kawannya sibuk mengemas Dewan Bestari untuk program solat hajat.

a)

bermuka dua

b)

berpeluk tubuh

c)

bermandi peluh

d)

bersengkang mata

9.

Hang Tuah menyampaikan perkhabaran gembira daripada tuanku Sultan Melaka kepada seluruh rakyat jelata.

Apakah yang dilakukan oleh Hang Tuah terhadap perintah Sultan Melaka itu?

a)

Menjunjung duli

b)

Menjunjung titah

c)

menjunjung panji

d)

menjunjung khabar

10.

Encik Hazimi masih terikat dengan perjanjian syarikat tempat dia bekerja sekarang.Pilih perkataan sinonim bagi terikat

a)

terhad

b)

terbatas

c)

terkawal

d)

tertakluk

11.

Pemuda yang tidak siuman itu menjerit-jerit di tepi jalan. Pilih perkataan antonim bagi tidak siuman

a)

gila

b)

waras

c)

terencat

d)

meroyan

12.

Adib dan adiknya menggunakan .......... kayu untuk membakar lemang.

a)

sepohon

b)

seberkas

c)

sejambak

d)

serumpun

13.

Majlis sambutan Hari Guru di Sekolah Kebangsaan Selancar 2 berjalan dengan lancar mengikut ........... yang dirancang.

a)

susun atur

b)

atur cara

c)

budi bicara

d)

reka letak

14.

Aina sedang ........... lencana kain pada poket baju adiknya.

a)

menjahit

b)

menyulam

c)

menyemat

d)

memasng

15.

Hanya .......... penduduk Selancar 4 yang terlibat dengan Program Rumahku Syurgaku itu.

a)

separuh

b)

segenap

c)

setengah

d)

segelintir

16.

Tin bekas minuman bergas itu .......... apabila dipijak oleh adik berulang kali.

a)

relai

b)

lesut

c)

retak

d)

kemik

17.

Tanah bendang .......... kerana musim kemarau yang melanda sudah hampir tiga bulan.

a)

pecah-belah

b)

punah-ranah

c)

kering-kontang

d)

kontang-kanting

18.

Kabus ........... yang menyelubungi puncak gunung itu menyebabkan aktiviti pendakian menjadi semakin sukar.

a)

tebal

b)

sejuk

c)

besar

d)

gelap

19.

Aisyh Umairah menjadi .......... ketika memilih kain batik sutera di butik itu.

a)

lupa daratan

b)

lipas kudung

c)

serkap jarang

d)

rambang mata

20.

Adam sedang .......... air dari anak sungai yang berhampiran dengan kebunnya.

a)

mengangkat

b)

mencedok

c)

mengaut

d)

menadah

21.

Ammar menekan loceng bas apabila .......... tiba di pasar tani.

a)

jauh

b)

jarang

c)

hampir

d)

nyaris

22.

Nenek .......... akan cucunya yang telah lama tidak pulang ke kampung.

a)

gembira

b)

rindu

c)

segan

d)

hormat

23.

Pencemaran air di sungai itu bertambah .......... kerana tidak mendapat kerjasama daripada penduduk.

a)

buruk

b)

sarat

c)

remeh

d)

tegang

24.

Kerajaan menasihati semua .......... bas sekolah supaya memastikan keselamatan murid-murid yang menaiki bas mereka.

a)

pengusaha

b)

perusahaan

c)

pengusahaan

d)

mengusahakan

25.

Peserta perkhemahan perlu mempunyai ........... diri dalam menjalani aktiviti-aktiviti lasak.

a)

pertahanan

b)

ketahanan

c)

penahanan

d)

bertahan