NEW
Font size
WorksheetsLatih tubi BM UPSR 5
Total questions: 30
Worksheet time: 15mins
Walaupun _______ dia yang diumumkan sebagai pemenang pertandingan bercerita itu tetapi Azis _______ berasa kecewa.
tetapi … tidak
tidak … bukan
bukan … tidak
bukan … tetapi
“Tun Perpatih Putih berhajat menghadap _______,” sembah Tun Perak kepada Sultan Mahmud Shah.
menjolok
menebas
tuanku
baginda
“_______ dan _______ Sultan Johor akan berangkat ke Kanada minggu,” kata Perdana Menteri kepada sekumpulan wartawan.
hamba … baginda
beta … tuanku
Saya … tuanku
patik … tuanku
Kerja-kerja _______ kawasan taman permainan itu akan dilakukan oleh pihak Majlis Bandaraya Shah Alam.
diperindahkan
memperindahi
memperindahkan
memperindah
Tentera dihantar ke sempadan _______ mempertahankan kedaulatan negara.
dan
lalu
sambil
untuk
Tok Itam menggaul bancuhan akar-akar kayu itu hingga sebati _______ memberikan air bancuhan akar-akar kayu itu kepada Mariam untuk diminum.
tambahan pula
seterusnya
selain itu
di samping itu
Kami menaiki _______ untuk menyeberangi sungai itu semasa aktiviti ikhtiar hidup di tapak perkhemahan itu.
kapal layar
seludang
bot laju
feri
“Bermula _______ hari ini, semua murid tidak dibenarkan membawa telefon bimbit ke sekolah,” kata Guru Besar kepada murid-murid semasa berucap di perhimpunan sekolah.
pada
ke
dari
daripada
“_______, telur itikku habis dimakan ular itu!
Cis
Amboi
Alamak
Eh
Kami pergi ke _______ pantai untuk bersiar-siar.
sisi
dalam
tepi
tengah
“Aminah, _______ hidangkan makanan ini kepada tetamu kita,” kata Puan Orked.
harap
jemput
tolong
sila
Beberapa tahun yang lalu, manusia _______ bercita-cita untuk menjelajahi planet Marikh.
pernah
akan
telah
mesti
Perut kami berasa _______ ketika melalui longgokan sampah sarap yang dihurungi lalat dan berbau sangat busuk.
muak
jijik
geli
mual
Semua penduduk dinasihatkan agar tidak mempercayai bulat-bulat kata pemaju itu kerana rancangan memberi pampasan yang tinggi itu hanya _______ semata-mata.
andaian
persepsi
hiburan
pancingan
Usaha Dr. Supian menyediakan _______ memang berbaloi apabila diumumkan sebagai penyelidik terbaik dalam seminar itu.
kertas kajian
kertas tebal
kertas kerja
kertas pasir
_______ polis telah berjaya menumpaskan _______ perompak malam tadi.
Segerombolan … sepasukan
Sepasukan … sepasukan
Segerombolan … segerombolan
Sepasukan … segerombolan
Perlawanan akhir hoki piala dunia antara pasukan Malaysia dengan pasukan India telah ditonton oleh _______ penonton dari seluruh dunia melalui televisyen.
sekalian
jutaan
ratusan
banyak
Sultan Kelantan _______ pingat kebesaran kepada Encik Nik Mahmud kerana kejayaannya mengharumkan nama negeri Kelantan dalam bidang dikir barat.
menganugerahi
memberikan
menganugerahkan
menghadiahi
Saya telah mengepos surat itu pagi tadi.
Pilih perkataan seerti bagi 'mengepos'.
memberi
menghantar
menghulurkan
mengirim
Kapal persiaran yang dinaiki oleh Encik Ravi telah berlabuh di Pulau Phuket malam tadi.
Pilih pekataan berlawan bagi 'berlabuh'.
belayar
berangkat
berlepas
berjalan
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
III dan IV
I dan IV
I dan II
II dan III
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
I dan II
II dan III
III dan IV
I dan IV
Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.
Kuala Lumpur dilanda banjir kilat petang semalam akibat hujan lebat.
Bilakah Kuala Lumpur dilanda banjir kilat?
Mengapakah Kuala Lumpur dilanda banjir kilat petang semalam?
Di manakah banjir kilat yang berlaku di Kuala Lumpur petang semalam?
Benarkah Kuala Lumpur dilanda banjir kilat petang semalam?
Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.
Benarkah kartun animasi Kampung Boy masih popular hingga sekarang?
Ya, kartun animasi Kampung Boy masih popular hingga sekarang.
Kartun animasi Kampung Boy dijangka akan terus popular hingga masa depan.
Kartun animasi Kampung Boy masih popular kerana jalan ceritanya yang menarik.
Kartun animasi Kampung Boy sudah popular sejak dahulu lagi.
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
“Aktiviti kokurikulum minggu ini ditangguhkan ke minggu depan kerana ujian pertengahan tahun dijalankan pada minggu ini,” umum Cikgu Azwan kepada murid-murid.
Murid-murid mengumumkan kepada Cikgu Azwan bahawa aktiviti kokurikulum minggu ini ditangguhkan ke minggu depan kerana ujiana pertengahahan dijalankan.
Cikgu Azwan mengumumkan kepada murid-murid ujian pertengahan tahun pada minggu ini ditangguhkan dengan aktiviti kokurikum pada minggu depan.
Cikgu Azwan mengumumkan kepada murid-murid bahawa aktiviti kokurikulum ditangguhkan ke minggu depan kerana ujian pertengahan tahun dijalankan minggu ini.
Cikgu Azwan mengumumkan ujian pertengahan tahun dan aktiviti kokurikulum ditangguhkan ke minggu depan.
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
Kehebatan Encik Ricky membaik pulih motosikal lama itu mendapat pujian daripada Perdana Menteri.
Encik Ricky yang hebat itu telah dipuji oleh Perdana Menteri kerana membaik pulih motosikal lama itu.
Perdana Menteri memuji kehebatan Encik Ricky membaik pulih motosikal lama itu.
Perdana Menteri dan Encik Ricky dipuji kerana membaik pulih motosikal lama itu dengan hebat.
Encik Ricky memuji Perdana Menteri kerana hebat dalam membaik pulih motosikal lama itu.
Pilih ayat yang betul.
Rumahnya terletak jauh di pendalaman Sarawak.
Orang yang sedang melakar berita itu kakak saya.
Buah mangga itu rasanya sangat payau kerana masih muda.
Saya suka bercuti di kampung kerana udaranya sedap.
Pilih ayat yang betul.
I Ibu baru pulang dari membeli ikan di pasar.
II Gadis yang di tepi tasik setiap pagi itu ialah Siti Nurbaizura.
III Hadiah ini diberikan untuk murid yang terbaik sahaja.
IV Bangunan KLCC sangat tinggi di Malaysia.
I dan IV
I dan II
II dan III
III dan IV
Saloma kesal dengan sikap Rabiatul yang tidak mempedulikannya lagi kerana sudah mendapat kawan yang lebih kaya. Sikap Rabiatul boleh dikatakan _______.
sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi
sudah jatuh ditimpa tangga
seperti murai tercabut ekor
tempat jauh lagikan dikenang, inikan pula tempat bermain
Puan Mei Ling tidak kisah dengan pertengkaran anak-anaknya semasa di rumah kerana _______.
seperti Belanda mendapat tanah
ditelan mati emak, diluah mati bapa
cubit paha kanan, paha kiri pun terasa sakit
carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga
