WorksheetsLatih tubi BM UPSR 7
Total questions: 30
Worksheet time: 15mins
“Janganlah _______ kecil hati dengan kata-kata Datuk Bendahara,” kata Temenggung kepada Laksamana Hang Tuah.
tuan hamba
tuanku
engkau
awak
Pak Jabit menggunakan sebatang galah untuk _______ buah rambutan itu.
memotong
mengait
mencocok
mencucuk
“Mengapakah dinda bermuram _______?” tanya Sultan Mahmud kepada isterinya
sedih
masam
durja
marah
Oleh sebab _______ berkunjung ke Thailand, Zul sudah fasih berbahasa Thailand.
kerap
jarang
pernah
suka
Akim bersorak sungguh kuat _______ suaranya serak ketika menonton perlawanan bola sepak itu.
sampai
hingga
lalu
kemudian
_______, sungguh tinggi bangunan baharu milik Dato’ Bedah itu!
Alamak
Wah
Amboi
Eh
“Kami akan mengadakan kenduri malam esok. _______ datang ke rumah,” kata Pak Badar kepada rakan-rakan sekerjanyan.
Silalah
Jemputlah
Haraplah
Tolonglah
Azmi gagal mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR _______ disebabkan oleh pergolakan yang berlaku dalam keluarganya.
patut
harus
mungkin
sungguh
Juri memilih Ah Keong sebagai juara petandingan pidato itu _______ diumumkan sebagai juara keseluruhan pertandingan itu.
demikian
sekali gus
serentak
sering kali
Sarasvathy bukan sahaja memiliki suara yang _______ malahan dia juga seorang pemain gitar yang hebat.
merdu
tinggi
nyaring
serak
_______ yang berlaku di negara mereka memaksa rakyat Palestin berhijrah ke negara-negara lain seperti Mesir dan Lubnan.
Haru-biru
Hura-hara
Kelam-kabut
Porak-peranda
“Amin sudah berpindah ke Muar. Sudah lapan tahun dia menetap di _______,” kata Mariam kepada lelaki yang mencari Amin.
sana
sini
situ
sisi
_______ ringgit diperuntukkan untuk membina sekolah rendah baharu di kampung itu.
Berjuta-juta
Beribu-ribu
Berpuluh-puluh
Beratus-ratus
Mak Cik Kiah mendapat kad undangan berbentuk buku tulis _______ sahabat lamanya.
dari
di
daripada
pada
Walaupun perompak itu _______ pedangnya, namun Sarjan Hassan tidak berasa gentar.
mengacu-acu
mencucuk-cucuk
mengagah-gagah
melibas-libas
Encik Wira mengatakan kepada anak-anaknya bahawa mereka akan berpindah ke kawasan _______ baharu pada minggu hadapan.
tempat
penempatan
petempatan
setempat
Nukman menggunakan _______ untuk memastikan garisan pada kayu yang hendak dipotongnya itu lurus.
jejari
kekisi
sesiku
lelabah
Walapun bekerja sebagai seorang kerani namun Puan Salbiah mengambil upah untuk membuat _______ hantaran perkahwinan untuk menambah pendapatan mereka sekeluarga
karangan
hiasan
susunan
gubahan
Cikgu Ramasamy menggalakkan kami menggunakan kalam yang sesuai semasa mata pelajaran pendidikan seni.
Pilih perkataan seerti bagi 'kalam'.
warna
kertas
pensel
pembaris
Sikap Rahimi yang sopan santun itu disukai oleh ramai orang.
Pilih perkataan berlawan bagi 'sopan'.
senyap
kesat
bising
kasar
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
I dan II
II dan III
III dan IV
I dan IV
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
I dan II
II dan III
III dan IV
I dan IV
Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.
Harga barangan yang ditawarkan dalam sesi lelongan awam itu menarik minat ramai orang.
Berapakah harga barangan yang ditawarkan dalam sesi lelongan awam itu?
Adakah sesi lelongan awam itu menarik minat ramai orang?
Mengapakah sesi lelongan awam itu menarik minat ramai orang?
Bagaimanakah sesi lelongan awam itu dijalankan?
Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.
Mengapakah Encik Shukri tidak berhenti memberi sumbangan terhadap keluarganya?
Encik Shukri memang suka memberi sumbangan kepada keluarganya.
Encik Shukri mengatakan itu adalah tanggungjawabnya terhadap keluarga untuk terus membantu mereka.
Encik Shukri tidak tahu untuk memberi sumbangan kepada mana-mana pihak selain keluarganya.
Encik Shukri memang seorang yang pemurah kerana dia memberi sumbangan kepada orang ramai dan keluarganya.
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
“Sebagai pengawas sekolah, kalian mestilah sentiasa menepati masa,” kata Cikgu Shahrin kepada para pengawas sekolah.
Cikgu Shahrin berkata kepada para pengawas sekolah agar mereka sentiasa menepati masa sesuai dengan tugas mereka sebagai pengawas sekolah.
Cikgu Shahrin dan para pengawas sekolah diminta agar sentiasa menepati masa.
Para pengawas sekolah memberitahu Cikgu Shahrin yang mereka sentiasa menepati masa.
Para pengawas sekolah meminta agar Cikgu Shahrin sentiasa menepati masa seperti mereka.
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
Rata-rata murid terkejut mendengar berita perpindahan Cikgu Azwani ke sekolah lain.
Berita perpindahan mengejut Cikgu Azwani ke sekolah lain mengejutkan ramai murid.
Cikgu Azwani terkejut mendengar berita perpindahannya ke sekolah lain daripada ramai murid.
Ramai murid ke sekolah lain kerana terkejut mendengar berita perpindahan itu.
Berita perpindahan Cikgu Azwani ke sekolah lain mengejutkan ramai murid.
Pilih ayat yang betul.
Keseluruhan penduduk-penduduk kampung akan diberi pampasan yang setimpal.
Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa keputusan UPSR akan diumumkan pada esok hari.
Hadiah yang besar itu bagi Zaiton.
Majlis menandatangi perjanjian itu disaksikan oleh Perdana Menteri Malaysia.
Pilih ayat yang betul.
I Harga ikan bilis dinaikkan dari RM3.50 sekilo kepada RM4.50 sekilo.
II Azizi memiliki ijazah di bidang pendidikan tekninal dan kerujuteraan.
III Para ibu bapa dipelawa untuk menyaksikan sukan tahunan sekolah minggu depan.
IV Sikap berdiam diri Kasmah tidak disenangi oleh rakan-rakannya.
I dan II
II dan III
III dan IV
I dan IV
Kehidupan nelayan di kampung itu ibarat _______ kerana mereka tidak mempunyai sumber pendapatan lain.
jongkang pecah, yu yang kenyang
kais pagi makan pagi, kais petang makan petang
berdiri sama tinggi, duduk sama rendah
tua-tua keladi, semakin tua semakin menjadi
Guru Besar berjanji akan menyiasat kejadian buli itu kerana tidak mahu _______.
orang lain yang makan nangka, orang lain terkena getahnya
kerana nila setitik, rosak susu sebelanga
murai berkicau hari siang
hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong
