wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Tatabahasa

Total questions: 20

Worksheet time: 36mins

Name
Class
Date
1.

Kereta yang dipandu laju itu tidak dapat dikawal lalu ____________ ke tepi jalan.

a)

A. terjatuh

b)

B. tergolek

c)

C. terbabas

d)

D. terhempas

2.

Kami berteduh di perhentian bas kerana hujan ____________ .

a)

A. laju

b)

B. deras

c)

C. lebat

d)

D. kuat

3.

Adik bongsu saya berasa ____________ kerana dia tidak terpilih untuk menyertai pertandingan bercerita.

a)

A. sedih

b)

B. gusar

c)

C. terharu

d)

D. bimbang

4.

Sarina mengucapkan terima kasih kepada kawan-kawannya yang datang ____________ sambutan hari jadinya.

a)

A. meraikan

b)

B. menghidupkan

c)

C. menghangatkan

d)

D. meriuhkan

5.

Cikgu Anis sedang ____________ buku latihan murid-muridnya di dalam bilik guru.

a)

A. membuat

b)

B. menyemak

c)

C. melakar

d)

D. melukis

6.

Puan Nor ____________ wang di bank untuk tabung pendidikan anaknya.

a)

A. menyimpan

b)

B. mengeluarkan

c)

C. memasukkan

d)

D. meminta

7.

Guru Besar ____________ mereka yang dilantik menjadi pengawas supaya dapat menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab.

a)

A. merayu

b)

B. menyuruh

c)

C. mendesak

d)

D. mengharap

8.

Rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas layak ____________ dalam pilihan raya.

a)

A. memilih

b)

B. melabur

c)

C. mengundi

d)

D. menyambut

9.

Lantai yang baru dicuci oleh pekerja hotel itu……………………. dan berkilat.

a)

A. lancar

b)

B. kasar

c)

C. kesat

d)

D. licin

10.

Kebanyakan kayu pondok yang usang itu telah ………………….dimakan oleh anai – anai.

a)

A. reput

b)

B. rosak

c)

C. musnah

d)

D. pecah

11.

Adam mengumpul surat khabar………………….untuk dijual ke kedai kitar semula.

a)

A. usang

b)

B. buruk

c)

C. lapuk

d)

D. lama

12.

Adik terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan kerana mengalami………………nafas.

a)

A. penuh

b)

B. sesak

c)

C. sempit

d)

D. lengang

13.

“Murid – murid perlu berusaha dengan bersungguh – sungguh untuk memperoleh kejayaan yang………………..,” kata Guru Besar.

a)

A. hebat

b)

B. manis

c)

C. cemerlang

d)

D. mundur

14.

Kavitha pandai memasak. Hidangan yang dimasak oleh Kavitha sangat……………. dan lazat.

a)

A. masin

b)

B. tawar

c)

C. pahit

d)

D. enak

15.

Nasi lemak di gerai Mak Kiah sudah…………………….

a)

A. kelat

b)

B. payau

c)

C. basi

d)

D. lemau

16.

Guru disiplin yang baharu itu kelihatan sangat…………………

a)

A. liar

b)

B. kejam

c)

C. ganas

d)

D. garang

17.

Kami merancang untuk melawat tempat – tempat ………………… di negeri Melaka jika ada kesempatan.

a)

A. berdarah

b)

B. berkesan

c)

C. bersejarah

d)

D. beringat

18.

Bakul yang ………………….dengan buah – buahan itu akan dibawa ke pasar untuk dijual.

a)

A. kosong

b)

B. banyak

c)

C. penuh

d)

D. lebih

19.

“Ibu, duit ………………….. hilang,” kata Umair kepada ibunya.

a)

A. kita

b)

B. kami

c)

C. saya

d)

D. mereka

20.

Darus dan Intan bersahabat karib. ______________ tinggal sekampung.

a)

A. Dia

b)

B. Kita

c)

C. Kami

d)

D. Mereka