Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH TINGKATAN 1 (BAB 3)

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Apakah urutan Zaman Prasejarah yang betul?

a)

Logam – Mesolitik – Neolitik – Paleolitik

b)

Paleolitik – Mesolitik – Neolitik – Logam

c)

Paleolitik – Mesolitik – Logam – Neolitik

d)

Mesolitik – Neolitik – Paleolitik – Logam

2.

Apakah penemuan yang dijumpai di Gua Tambun, Perak ?

a)

Mikrolit

b)

Pisau Tembeling

c)

Lukisan Gua

d)

Tembikar

3.

Maklumat berikut berkaitan lokasi penemuan Zaman

Prasejarah di Asia Tenggara.


'Penemuan fosil dan sisa tulang yang berusia antara 94,000 hingga 12,000 SM yang dinamakan Homo Floresiensis'


Lokasi penemuan tersebut ialah

a)

Lenggong, Malaysia

b)

Ban Chiang, Thailand

c)

Gua Padah-Lin, Myanmar

d)

Gua Liang Bua, Pulau Flores Indonesia

4.

Senarai berikut merupakan lokasi zaman Prasejarah di dunia.


· Catal Huyuk

· Gobekli Tepe


Lokasi tersebut terletak di?

a)

Iran

b)

Turki

c)

Britain

d)

Perancis

5.

Mengapakah gua dipilih sebagai tempat kediaman oleh manusia Zaman Paleolitik?

I. Boleh bercucuk tanam

II. Tempat kediaman yang banyak kemudahan

III. Selamat daripada binatang buas

IV. Melindungi diri daripada cuaca buruk

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

6.

Peralatan manusia Zaman Paleolitik dan Neolitik diperbuat daripada

a)

batu

b)

kayu

c)

tembikar

d)

besi dan tembaga

7.

Senarai berikut merujuk kepada Zaman Prasejarah.


· Zaman Paleolitik

· Zaman Mesolitik


Apakah persamaan antara masyarakat kedua-dua zaman tersebut?


I. Mencari hasil hutan

II. Memburu binatang liar

III. Membuat tembikar tanah

IV. Menjalankan perdagangan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

8.

Ciri-ciri kehidupan manusia pada Zaman Prasejarah dapat dilihat pada

I. Makanan

II. Tempat berniaga

III. Peralatan diguna

IV. Organisasi sosial

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

9.

Berikut merupakan kawasan penanaman padi pada Zaman Prasejarah kecuali?

a)

Hulu Langat, Selangor

b)

Hulu Tembeling,Pahang

c)

Jenderam Hilir, Selangor

d)

Lembah Nenggiri, Ulu Kelantan

10.

Nilai yang dapat kita contohi daripada manusia zaman prasejarah ialah?

a)

Jujur

b)

Kreatif

c)

Amanah

d)

Taat setia