wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Latihan Bahasa Melayu UPSR 1

Total questions: 30

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

__________ telah berkenan untuk mencemar duli dalam majlis santapan di raja bersempena dengan sambutan Hari Guru.

a)

Beta

b)

Baginda

c)

Beliau

d)

Tuan hamba

2.

Murid-murid Tahun Enam Bestari sedang berbincang __________ kerja masa cuti yang ________ diberikan oleh guru mereka.

a)

akan ……. sedang

b)

dalam …… akan

c)

tentang ….. telah

d)

terhadap …. telah

3.

“Sementara kita beristirahat, biar ________ meninjau kawasan ini,” kata Datuk Panglima Sunan lalu meninggalkan rakan-rakannya.

a)

tuan hamba

b)

patik

c)

beliau

d)

hamba

4.

Khairul Ikram menyelamatkan budak perempuan yang hampir ______ itu dengan menariknya ke tepi sungai.

a)

lelah

b)

letih

c)

rimas

d)

lemas

5.

Encik Badri __________ anaknya, Izwan kerana terlibat dalam kes ponteng sekolah.

a)

bermarah

b)

memarahkan

c)

memarahi

d)

kemarahan

6.

Puan Waheeda ___________ kelapa untuk dimasak pengat.

a)

menyagat

b)

menyayat

c)

mengeruk

d)

mengikis

7.

__________ persiapan majlis perkahwinan kakak telah diuruskan dengan sempurna oleh bapa.

a)

Semua

b)

Separuh

c)

Sebilangan

d)

Sesetengah

8.

Penolong Kanan Pentadbiran memberikan taklimat dengan __________ tentang prestasi akademik murid-murid tahun enam kepada ibu bapa.

a)

panjang akal

b)

panjang tangan

c)

panjang lebar

d)

panjang masa

9.

Cef itu menggunakan se __________ halia untuk menyedapkan lagi masakannya.

a)

kaki

b)

kuntum

c)

helai

d)

ulas

10.

Fatimah __________ emaknya semasa melintasi jalan di hadapan pasar besar itu.

a)

mengekori

b)

ekorkan

c)

mengekorkan

d)

berekor

11.

Fatimah dan ibunya _______ bakul dan beg plastik yang berisi ikan dan syur-sayuran.

a)

menyeret

b)

menyandang

c)

menjinjing

d)

memikul

12.

“__________ cantik sekali pemandangan di sepanjang Sungai Kinta pada waktu malam,” kata Syantia kepada rakan-rakannya.

a)

Nian

b)

Sungguh

c)

Benar

d)

Sekali

13.

Zakwan berasa __________ kerana terlalu banyak makan makanan yang bercampur dengan lada hitam.

a)

pedar

b)

panas

c)

pedas

d)

tawar

14.

Puan Zurina meminta saya menutup pintu keretanya __________ agar pintu kereta tersebut tidak rosak.

a)

elok-elok

b)

diam-diam

c)

jaga-jaga

d)

senyap-senyap

15.

Jantung Aina __________ semasa menunggu keputusan pertandingan pidato peringkat negeri yang akan diumumkan oleh juruacara majlis.

a)

berdemnyut-denyut

b)

bergetar-getar

c)

berdegup-degap

d)

bergerak-gerak

16.

Puan Syahindah duduk __________ sambil menganyam ketupat.

a)

bersila

b)

bertelut

c)

berlunjur

d)

bercangkung

17.

Mak Lijah __________ bawang terlebih dahulu sebelum memasukkan sayur ke dalam masakannya.bal

a)

menyambal

b)

menumis

c)

merendang

d)

membakar

18.

__________ masakan Mak Lijah sangat menyelerakan.

a)

Bauan

b)

haruman

c)

aroma

d)

wangian

19.

Peniaga itu sedang menghitung keuntungan yang diperolehnya pada hari itu.


Sinonim menghitung

a)

mengumpul

b)

membilang

c)

mengira

d)

mencampur

20.

Shamila ialah murid yang pintar dan dia selalu mendapat markah yang tinggi dalam ujian.


Antonim pintar

a)

bijak

b)

bestari

c)

juara

d)

dungu

21.

Pemuda yang dibebaskan dari penjara itu berazam akan memulakan penghidupan baru tanpa menoleh sejarah silamnya.


Pilih peribahasa yang sesuai bagi ayat di atas.

a)

Beri betis hendak peha

b)

Belum duduk sudah berlunjur

c)

Bumi mana tidak ditimpa hujan

d)

Buang yang keruh ambil yang jernih

22.

Pilih jawapan yang paling sesuai bagi soalan yang diberikan.


Cikgu Zambri bertanya kepada Amirul, “Sudahkah kamu siapkan kerja sekolah yang saya berikan semalam?”

a)

Sudah tentu saya akan menyiapkannya.

b)

Sudah, saya sudah menyiapkannya semalam.

c)

Ya, saya belum dapat menyiapkan kerja sekolah itu.

d)

Kerja sekolah yang cikgu berikan semalam amat mudah.

23.

Pilih soalan yang paling sesuai bagi jawapan yang diberikan.


Kertas dan tin ialah barangan yang boleh dikitar semula.

a)

Benarkah kertas dan tin dapat dikitar semula?

b)

Mengapakah kertas dan tin perlu dikitar semula?

c)

Bagaimanakah cara untuk mengitar semula kertas dan tin?

d)

Apakah contoh barangan yang dapat dikitar semula?

24.

Perkataan bergaris betul atau salah?


Fikiran Pak Jamal kacau apabila mengenangkan kemiskinan keluarganya.

a)

betul

b)

salah

25.

Perkataanbergaris betul atau salah?


Dia pulang dari pekan dengan tangan kacau.

a)

betul

b)

salah

26.

Perkataan bergaris betul atau salah?


Makanan yang dibeli oleh Yusof telah luput tarikhnya.

a)

betul

b)

salah

27.

Perkataan bergaris betul atau salah


Sampah sarap itu telah luput daripada pandangan setelah kerja-kerja pembersihan dijalankan oleh pekerja Majlis Perbandaran Taiping.

a)

salah

b)

betul

28.

Pilih ayat yang betul.

a)

Beburung itu beterbangan di udara.

b)

Sampah-sarap itu dikutip oleh murid-murid sebaik sahaja tamat aktiviti.

29.

Pilih ayat yang betul

a)

Jalan raya di Bandaraya Ipoh lengang pada hari perayaan.

b)

Di hari minggu kami bersenam di Padang Sultan Sulaiman.

30.

Pilih ayat yang betul

a)

Bunga raya merupakan bunga yang terpaling amat cantik sekali di dunia.

b)

Pak Cik Sahak memangkas rimbunan semak itu menggunakan sebilah gunting.