wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Latihan Bahasa Melayu UPSR 3

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Guru Besar mengucapkan syabas kepada pemenang dalam acara berbalas pantun. ________ menyampaikan sijil kepada semua peserta.

a)

Dia

b)

baginda

c)

Beliau

d)

Kamu

2.

Tuan Rozman menyampaikan ___________ tentang panduan kecemasan kebakaran kepada murid-murid.

a)

khutbah

b)

taklimat

c)

rencana

d)

kata-kata

3.

Muqri memasukkan beberapa _________ cecair ke dalam tabung uji untuk membuat uji kaji di makmal sains sekolahnya.

a)

titip

b)

ketul

c)

titis

d)

cebis

4.

Suasana kawasan perkelahan itu menjadi _____________ dengan suara para pengunjung.

a)

gegak-gempita

b)

susup-sasap

c)

olang-oleng

d)

hingar-bingar

5.

Pak Adam __________ rambut pelanggannya menggunakan sebilah gunting yang tajam.

a)

memangkah

b)

menghiris

c)

memangkas

d)

mencaras

6.

Bukit Tinggi merupakan sebuah kawasan ____________ yang terkenal.

a)

berangin

b)

perangin

c)

anginan

d)

peranginan

7.

Semua penonton __________ menyaksikan lawak jenaka oleh pelawak terkenal

a)

ketawa

b)

sangsi

c)

gulana

d)

terpaku

8.

Sekumpulan ___________ dari sebuah universiti tempatan mengadakan program gotong-royong di kampung kami selama seminggu.

a)

maharani

b)

mahasiswi

c)

maharaja

d)

mahawangsa

9.

“Gunting straw ini dengan berhati-hati agar tidak berlaku kesilapan,” _____ Atiqah kepada rakan-rakannya.

a)

ujar

b)

sergah

c)

tanya

d)

jerkah

10.

Ibu menyuruh Mustakim mengirim kad jemputan perkahwinan _________ saudara mereka yang tinggal di Sandakan, Sabah.

a)

pada

b)

ke

c)

kepada

d)

daripada

11.

“_______ bermain di tepi kolam itu kerana airnya dalam dan bahaya,” tegah Tok Udin kepada cucu-cucunya.

a)

Ayuh

b)

Mari

c)

Usah

d)

Elok

12.

Suara pasukan nasyid yang _______ dan harmoni itu telah berjaya memukau para penonton.

a)

lemak

b)

lunak

c)

parau

d)

garau

13.

“Ini bukan pensel saya,” kata Zakwan kepada Fatih.


Pilih ayat yang sama maksudnya dengan ayat di atas.

a)

Zakwan mengatakan bahawa pensel itu miliknya.

b)

Fatih memberitahu Zakwan bahawa itu penselnya.

c)

Zakwan memberi tahu Fatih bahawa pensel itu bukan miliknya.

14.

Pilih ayat yang betul

a)

Anak anjing itu mengiau pada setiap malam.

b)

Farhani menatang semangkuk laksa.

c)

Sebunga di atas meja itu kepunyaan kakak.

15.

Pilih ayat yang salah

a)

Bukit itu betul amat tinggi sekali.

b)

Bukit itu tinggi nian.

c)

Tinggi sungguh bukit itu.

16.

Pilih ayat yang betul

a)

Harimau kumbang itu mati tertetak.

b)

Buah kepala jatuh bergelimpang di tanah.

c)

Ramai murid-murid berbaris di kantin.

17.

Pilih ayat yang salah

a)

Satu dari buku-buku itu milik saya.

b)

kakak lebih cantik daripada saya.

c)

kain itu dibuat daripada benang.

18.

Pilih ayat yang betul

a)

Buah mempelam muda itu manis sekali.

b)

Ibu memasukan garam kerana kari itu masam.

c)

Dia hanya tersenyum apabila dipuji.

19.

Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

a)

Dia berlari sangat pantas.

b)

Petang itu sungguh pantas kerana tidak hujan.

c)

kami menyapu pantas untuk aktiviti drama.

20.

Pilih ayat yang betul.

a)

Buku laporan tahunan itu sangat tebal.

b)

Kakak memakan dua buku kuih.

c)

Abang tidak hadir sekolah kerana buku jarinya bengkak.