Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Air Mata Dalang

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Siapakah yang menegur Pak Yasok kerana masih ingin menjadi tok dalang sehingga membuat Pak Yasok terasa hati.

a)

Mak Esah

b)

Faezah

c)

Nora

d)

Sauki

2.

Faezah percaya patung wayang akan meminta nyawa di akhirat kelak. Kata-kata ini telah membuatkan...

a)

Pak Yasok semakin gigih memahat belulang patung wayang kulit

b)

Ustaz Sauki sekeluarga tidak pulang kerumah

c)

Berlaku pergaduhan antara Sauki dan Faezah

d)

Pak Yasok tersinggung

3.

Apakah pengakhiran kepada watak Ustazah Faezah dalam cerpen Air Mata Dalang?

a)

Ustazah Faezah merajuk selepas bergaduh dengan Pak Yasok

b)

Faezah sedar akan kesilapannya dan memohon maaf kepada Pak Yasok

c)

Pak Yasok telah memarahi Ustazah Faezah kerana menghina pekerjaannya

d)

Ustaz Sauki sekeluarga sudah tidak pulang ke kampung

4.

Nyatakan persoalan yang terdapat dalam cerpen Air Mata Dalang.

a)

Persoalan tentang sikap tidak menghormati orang tua

b)

Persoalan tentang semangat cinta seseorang akan warisan budaya

c)

Persoalan tentang hubungan yang erat antara Pak Yasok dan Mak Esah

d)

Persoalan tentang kecintaan terhadap warisan budaya

5.

Hubungan kekeluargaan yang erat dapat dirasakan apabila anak-anak Pak Yasok tetap pulang ke kampung ketika upacara memperlimau walaupun mereka sibuk dengan pekerjaan masing-masing. Berdasarkan contoh tersebut, nilai apakah yang ingin ditonjolkan?

a)

Nilai bertanggungjawab

b)

Nilai kasih sayang

c)

Nilai cinta akan warisan budaya

d)

Nilai ketaatan

6.

Nyatakan perwatakan Pak Yasok.

a)

Seorang yang pemaaf

b)

Merupakan tok dalang wayang kulit di Kuala Lumpur

c)

Mempunyai lima orang anak

d)

Seorang yang pedendam

7.

Nyatakan sudut pandangan yang digunakan untuk cerpen ini?

a)

Sudut pandangan orang pertama

b)

Sudut pandangan orang ketiga

8.

Seorang yang mempunyai pelbagai bakat dan kemahiran seperti menari dan bermain alat-alat muzik. Watak yang dimaksudkan ialah

a)

Mak Esah

b)

Sulidah

c)

Nora

d)

Faezah

9.

Walaupun Pak Yasok hanya bekerja sebagai Tok Dalang, namun dia masih mampu untuk menanggung isteri dan anak-anaknya. Hasil duit ringgit pekerjaan dalam wayang kulit digunakannya untuk membiayai pengajian anak-anaknya sehingga ke pengajian tinggi dan menjadi orang yang berjaya. Contoh tersebut menunjukkan Pak Yasok seorang yang

a)

bertanggungjawab

b)

penyayang

c)

taat

d)

pemurah

10.

Berikut merupakan pengajaran yang terdapat dalam cerpen tersebut, kecuali...

a)

Kita hendaklah patuh kepada kedua-dua ibu bapa kita

b)

Kita hendaklah mempertahankan warisan budaya peninggalan nenek moyang

c)

Kita hendaklah mendalami ilmu perdalangan

d)

Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap keluarga