wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SISTEM AHLI & PAKATAN MURNI

Total questions: 11

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

SPM 2018

Maklumat berikut berkaitan dengan sistem pentadbiran British.

1951 Sistem Ahli

Apakah manfaat pengenalan sistem tersebut kepada rakyat Tanah Melayu? T5 B5 ms 119 [ P2 B1-B4 ]

a)

Berhak mengawal kewangan

b)

Berkuasa menentukan dasar

c)

Memperkukuh penguasaan politik

d)

Menimba pengalaman mentadbir kerajaan

2.

SPM 2017

Sistem Ahli diperkenalkan oleh British di Tanah Melayu pada tahun 1951.

Sejauh manakah sistem tersebut menepati matlamat British untuk mematuhi proses dekolonisasi. T5 B5 ms 117 [ P1 B1-B3 ]

a)

Kabinet bayangan bebas daripada kawalan kerajaan pusat

b)

Pemimpin tempatan merangka dasar kerajaan

c)

Pengiktirafan terhadap pemerintahan beraja

d)

Penduduk tempatan diberi peluang mentadbir

3.

SPMU 2016

Sistem Ahli diperkenalkan di Tanah Melayu pada tahun 1951. T5 B5 ms 119 [ P1 B4-B5 ]

Bagaimanakah sistem tersebut dapat memperkukuh perpaduan rakyat?

a)

Ahli dipantau oleh suruhanjaya bebas

b)

Undang-undang antiperkauman digubal

c)

Ahli dilantik dalam kalangan pelbagai kaum

d)

Mewajibkan penggunaan bahasa kebangsaan

4.

SPM 2011

1951==>Sistem Ahli diperkenalkan

Mengapakah sistem berikut diperkenalkan oleh British di tanah Melayu? T5 B5 ms 119 [ P1 B2 ]

a)

Merangka perlembagaan baru

b)

Membincangkan syarat kewarganegaraan

c)

Melatih penduduk tempatan berkerajaan sendiri

d)

Melaksanakan pilihan raya umum

5.

SPM 2011

Tokoh berikut telah dilantik memegang portfolio dalam Sistem Ahli pada tahun 1951.

  • Dato Onn Bin Jaafar
  • Dr Lee Tiang Keng
  • Dato E.E.C Thuraisingam

Apakah persamaan tugas mereka dalam sistem tersebut?

T5 B5 ms 118 [ P1 B5-B6 ]

a)

Menasihati raja dalam pentadbiran

b)

Mencadangkan undang-undang

c)

Merangka sistem pendidikan

d)

Memajukan kegiatan ekonomi

6.

SPM 2010

Tokoh berikut memberi sumbangan dalam pentadbiran negara sebelum merdeka.

  • Dato’ Mahmud Mat
  • Dato’ E.E.C Thuraisingam
  • Dr. Lee Tiang Keng

Apakah sumbangan mereka? T5 ms 118 [ JADUAL ]

a)

Menganggotai Sistem Ahli

b)

Menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya

c)

Menganjurkan Konvensyen Kebangsaan

d)

Menjadi Ahli Suruhanjaya Reid

7.

SPM 2008

Apakah kepentingan Sistem Ahli yang diperkenalkan di Tanah Melayu pada tahun 1951? T5 B5 ms 117 [ P1 B1-B2 ]

a)

Mengukuhkan kuasa penjajah

b)

Memelihara hak penduduk peribumi

c)

Melatih pemimpin dalam pentadbiran

d)

Memperakui kuasa pembesar tempatan

8.

SPM 2007

Sistem Ahli – Januari 1951 hingga Jun 1955

Apakah kepentingan pembentukan sistem di atas? T5 B5 ms 119 [ P1 B1-B2 & B3 ]

a)

Memperoleh kerakyatan yang sama

b)

Memulakan proses perpaduan

c)

Melatih berkerajaan sendiri

d)

Mendapatkan sokongan pembesar

9.

Jadual menerangkan perlantikan Ahli dalam Sistem Ahli.

Apakah portfolio bagi O.A Spencer?

a)

Ahli Kesihatan

b)

Ahli Ekonomi

c)

Ahli Pelajaran

d)

Ahli Perumahan dan Kerja Raya

10.

Senarai berikut merujuk kepada wakil penduduk Tanah Melayu

  • E.C.C Thuraisingam
  • Dr. Lee Tiang Keng
  • Dato' Onn bin Jaafar

Mengapakah mereka berunding dengan Sir Henry Gurney di Kuala Lumpur pada bulan Julai 1950?

a)

Menuntut kemerdekaan

b)

Mencadangkan tarikh pilihan raya

c)

Membincangkan masalah perpaduan kaum

d)

Membincangkan pendekatan Sistem Ahli

11.

Siapakah yang melantik anggota dalam Sistem Ahli?

a)

Gabenor Jeneral

b)

Pegawai kerajaan

c)

Raja-Raja Melayu

d)

Pesuruhjaya Tinggi British