WorksheetsSains Tahun 6 - Gerhana dan Buruj
Total questions: 32
Worksheet time: 32mins
Apakah buruj ini?
Maksud buruj?
Gugusan bintang yang kelihatan membentuk corak tertentu di langit pada waktu pagi.
Bintang yang dapat kelihatan di langit
Gugusan bintang yang kelihatan membentuk corak tertentu di langit pada waktu malam.
Buruj apakah yang menunjukkan arah kiblat bagi umat islam yang hendak bersolat di Asia Tenggara?
Buruj Belantik
Buruj Pari
Buruj Biduk
Buruj Skorpio
Mengapakah buruj-buruj yang dilihat pada pukul 9 malam berbeza daripada buruj-buruj yang dilihat pada 3 pagi?
Kerana Bumi berputar pada paksinya dari barat ke timur
Kerana Bumi mengelilingi matahari
Kerana Bumi berputar pada paksinya dari timur ke barat
Buruj ini adalah buruj yang paling kecil dan paling senang dikenal pasti pada waktu malam. Buruj ini kelihatan di hemisfera selatan. Buruj ini terdiri daripada empat bintang yang tersusun membentuk suatu corak.
Terdapat banyak buruj di langit tetapi Kesatuan Astronomi Antarabangsa (IAU) telah menetapkan terdapat____________ buruj di langit pada waktu malam
66
70
88
100
Mengapakah gerhana bulan hanya berlaku semasa fasa bulan purnama?
Bulan akan berada di antara Matahari dan bumi yang menyebabkan berlakunya gerhana.
Bumi akan berada di antara Matahari dan bulan semasa bulan purnama berlaku.
Adakah planet lain juga mengalami fenomena gerhana?
Ya
Tidak
Nyatakan yang manakah menunjukkan sifat cahaya yang terlibat dalam kejadian gerhana?
Cahaya Matahari boleh dipantulkan oleh Bulan
Cahaya Matahari dibiaskan oleh Bumi
Cahaya bergerak lurus
Cahaya tidak dapat menembusi objek legap
Antara pernyataan berikut, manakah menerangkan tentang gerhana Matahari ?
Terjadi apabila Bulan berada di antara Matahari dan Bumi
Terjadi kerana bayang-bayang Bulan melindungi permukaan Bumi
Terjadi apabila cahaya Matahari memancarkan cahayanya ke Bumi
Terjadi apabila Bumi memantul cahaya Matahari
Apakah prinsip cahaya yang berkaitan dengan kejadian gerhana ?
Cahaya bergerak lurus
Cahaya boleh dibiaskan
Cahaya boleh disebarkan
Cahaya boleh dipantulkan
Rajah menunjukkan peringkat-peringkat bagi satu fenomena. Apakah fenomena ini ?
Kejadian siang dan malam
Gerhana Bulan
Gerhana Matahari
Bulan dilitupi awan tebal
Apakah sifat cahaya yang boleh dikaitkan dalam kejadian gerhana Matahari ?
Cahaya boleh menjadi malap
Cahaya tidak boleh menembusi objek legap
Cahaya bergerak lurus
Cahaya boleh dipantulkan
'Gugusan bintang yang membentuk corak tertentu di langit'. Pernyataan ini merujuk kepada maksud .........
Buruj
Komet
Meteor
Asteroid
Pengetahuan tentang bintang amat perlu bagi pengembara pada masa dahulu.
Apakah Buruj yang menunjukkan ke arah selatan?
Pari
Biduk
Skorpio
Belantik
Sebuah bot nelayan yang berada di tengah lautan pada waktu malam ingin pulang ke pangkalan yang berada di sebelah utara tetapi kompas mereka telah rosak.
Antara yang berikut, cara yang manakah boleh digunakan untuk mencari kedudukan arah yang betul ?
Melihat kedudukan gugusan tujuh bintang yang membentuk corak seperti senduk atau gayung
Melihat kedudukan gugusan empat bintang yang membentuk corak seperti layang-layang
Memerhati fasa-fasa Bulan dengan menggunakan teleskop
Menabur debu pasir untuk mengesan arah tiupan angin
Terdapat dua buruj yang boleh digunakan sebagai petunjuk bagi musim menanam dan musim menuai di hemisfera utara.
Buruj yang manakah boleh dikelaskan berdasarkan maklumat di atas?
Biduk dan Belantik
Belantik dan Pari
Pari dan Skorpio
Biduk dan Skorpio
Antara yang berikut,yang manakah merupakan penggunaan buruj?
Menentukan arah
Menentukan fasa-fasa Bulan
Peringatan kepada petani untuk menunjukkan musim menanam dan menuai.
Panduan untuk membina bentuk bangunan
Antara yang berikut, yang manakah kedudukan Bulan yang betul semasa gerhana Bulan ?
P
Q
R
S
Rajah menunjukkan satu fenomena gerhana.
Apakah yang dialami di kawasan T semasa fenomena ini berlaku?
Bulan kelihatan perang kemerahan dan dikelilingi gegelang cerah
Dilanda ribut salji dan suhu persekitaran berada di bawah takat beku
Keadaan sekitar menjadi semakin cerah dan suhu semakin bertambah
Suhu persekitaran turun beberapa darjah Celcius dan semakin gelap
