wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pra Pre Trial PT3 2019

Total questions: 30

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Apakah nama kitab yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW?

a)

Kitab Injil

b)

Kitab Zabur

c)

Kitab Taurat.

d)

Kitab Al-Quran

2.

Pilih pernyataan yang tidak benar mengenai tugas-tugas malaikat .

a)

Jibrail - menyampaikan wahyu

b)

Israfil-menurunkan hujan

c)

Raqib-mencatat amal baik

d)

Izrail-mencabut nyawa

3.
  • Nabi Musa a.s
  • Nabi Muhammad saw
  • Nabi Ibrahim a.s
  • Nabi Isa
  • X

Siapakah rasul Ulul Azmi yang bertanda X ?

a)

Nabi Zakaria a.s

b)

Nabi Adam a.s

c)

Nabi Nuh a.s

d)

Nabi Hud a.s

4.

Pilih rukun tayyamum.

a)

Niat, menyapu muka dan kedua tangan, tertib.

b)

Membaca basmallah, menipiskan debu, membaca doa selepas wuduk.

c)

Menepuk kedua- dua tangan, menyapu dahi, tertib.

d)

Menyapu debu ke muka, niat dan tertib

5.

Apakah maksud solat sunat rawatib ?

a)

solat sunat yang mengiringi solat fardu dan waktunya mengikut solat fardu

b)

merupakan solat sunat yang didirikan untuk memohon hajat atau ketika berada dalam permasalahan dan kesukaran.

c)

dilakukan selepas seseorang itu melakukan dosa dan kesalahan atau perlanggaran hukum-hukum agama

d)

solat dua rakaat sebaik sahaja memasuki masjid, iaitu sebelum seseorang itu duduk atau melakukan sesuatu yang lain.

6.

Nyatakan maksud najis mukhaffafah.

a)

Air kencing kanak-kanak lelaki berusia kurang dua tahun yang hanya minum susu ibunya sahaja ,

b)

Air kencing kanak-kanak perempuan berusia kurang dua tahun yang hanya minum susu ibunya sahaja .

c)

Najis yang terdiri daripada nanah, tahi ,bangkai dan sebagainya.

d)

Najis anjing dan babi serta keturunan dari keduanya.

7.

Hadis dari segi istilah ialah ______________________

a)

Sumber hukum kedua umat Islam selepas Al-Quran

b)

Rangkaian perawi yang menyampaikan sesuatu matan hadis.

c)

Kalam Allah yang mengandungi hukum-hukum dasar, kata-kata hikmah dan pengajaran kepada manusia.

d)

Sesuatu yang disandarkan kepada Rasulullah samada berbentuk percakapan, perbuatan, pengakuan atau persetujuan dan sifat baginda

8.

· Menunaikan solat sunat tahiyatul masjid

· Mendahulukan kaki kanan ketika masuk ke dalam masjid

· Duduk dengan tertib di dalam masjid


Pernyataan di atas merujuk kepada __________________.

a)

Adab berziarah ke masjid

b)

Adab ketika di dalam majlis

c)

Adab ketika di dalam masjid

d)

Adab ketika mendengar dua khutbah hari Jumaat .

9.

Pilih jawapan yang betul mengenai urutan proses kejadian manusia

a)

Janin - mudghah - nutfah - alaqah

b)

Nutfah - alaqah – mudghah - janin

c)

Alaqah - nutfah - janin - mudghah

d)

Alaqah - janin - mudghah - nutfah

10.

Antara berikut yang manakah bukan adab ketika hendak keluar dari masjid ?

a)

Membaca doa

b)

Memulakan langkah dengan kaki kiri

c)

Memberi salam kepada mereka yang ada

d)

Meninggalkan masjid dalam keadaan marah

11.

Apakah yang dimaksudkan dengan Nun Sakinah?

a)

Hukum bacaannya dua harakat

b)

Nun Sakinah ialah nun yang berbaris. Ia kekal pada bacaan dan tulisan dan juga tetap ada ketika wasal dan waqaf.

c)

Nun Sakinah ialah nun yang berbaris hadapan. Ia kekal pada bacaan dan tulisan dan juga tetap ada ketika wasal dan waqaf.

d)

Nun Sakinah ialah Nun yang tidak berbaris atau dikenali sebagai Nun Mati .

12.

Pilih ejaan VOLVO yang betul mengikut ejaan jawi .

a)

ۏولۏو

b)

وولوو

c)

بولبو

d)

فولفو

13.

Di antara berikut yang manakah bukan air mutlak ?

a)

Air kelapa

b)

Air perigi

c)

Air paip

d)

Air laut

14.

Pilih pernyataan yang menerangkan bukti Allah swt bersifat al -Qawiyyu .

I. Allah swt memberi rezeki kepada sesiapa yang berusaha.

II. Allah swt berkuasa mengazabkan pelaku dosa.

III. Allah swt berkuasa mencipta langit dan bumi.

IV. Allah swt menurunkan hujan dengan sukatan yang tertentu .

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan III

d)

II dan IV

15.

Pilih pernyataan yang betul tentang ibadah wuduk.


I. Hukum wuduk menjadi wajib apabila ingin mengalunkan azan dan iqamah .

II. Hukum wuduk menjadi wajib apabila ingin melaksanakan ibadah solat dan tawaf

III. Hukum wuduk menjadi wajib apabila ingin memegang dan membawa mushaf Al-Quran

IV. Hukum wuduk menjadi wajib apabila berhadas kecil .

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan III

d)

II dan IV

16.

Berikut adalah binatang al-an'am yang wajib dikeluarkan zakat kecuali,

a)

unta

b)

kuda

c)

lembu

d)

kambing

17.

Pilih pernyataan yang tidak benar mengenai peristiwa hijrah.

a)

Ketibaan Rasulullah disambut gembira oleh penduduk Yathrib

b)

Rasulullah saw ditemani oleh Saidina Umar al Khatab

c)

Rasulullah berada di Gua Thur selama 3 hari

d)

Rasululah membina masjid Quba’

18.
  • Beliau dilahirkan di Mekah
  • Gelaran Zu Nurrain kerana berkahwin dengan dua puteri Rasulullah SAW.
  • Terkenal dengan sifat pemurah dan suka membantu orang dalam kesusahan.


Pernyataan di atas merujuk kepada khalifah ________________.

a)

Abu Bakar As Siddiq

b)

Umar bin Al-Khattab

c)

Usman bin Affan

d)

Ali bin Abi Talib

19.

Pernyataan di bawah adalah benar mengenai amanah, kecuali

a)

Menjejaskan iman seseorang .

b)

Diredhai oleh Allah swt

c)

Dihormati oleh masyarakat

d)

Mendapat kepercayaan daripada masyarakat .

20.

Pernyataan di bawah mengenai sifat malu yang dituntut adalah benar kecuali

a)

Malu melanggar perintah Allah swt

b)

Malu melakukan perkara makruh

c)

Malu melakukan perkara maksiat

d)

Malu bertanya dalam kelas

21.

Apakah nama kitab yang diturunkan kepada Nabi Musa a.s?

a)

Taurat

b)

Injil

c)

Al Quran

d)

Zabur

22.

Malaikat yang menurunkan kitab Al-Quran ialah

a)

Jibril

b)

Israfil

c)

Raqib

d)

Izrail

23.

Siapakah antara yang berikut digelar rasul Ulul Azmi?

a)

Nabi Lut a.s

b)

Nabi Musa a.s

c)

Nabi Yunus a.s

d)

Nabi Hud a.s

24.

Di antara berikut, pilih sebab diharuskan tayammum.

a)

Air berada terlalu dekat

b)

Tiada penyakit yang memudaratkan kesihatan.

c)

Dapat menggunakan air kerana tiada penyakit.

d)

Tiada air atau tidak cukup kerana keperluan lain.

25.

Apakah maksud solat sunat tarawih?

a)

Solat sunat yang menghidupkan malam Ramadhan

b)

Solat sunat yang mengiringi solat fardhu

c)

Solat sunat sebagai penutup malam

d)

Solat sunat dilakukan pada malam hari

26.

Antara berikut, manakah yang tepat tentang maksud najis mutawassitah?

a)

Najis pertengahan seperti bulu, darah dan tahi

b)

Kotoran seperti lumpur dan tanah

c)

Najis berat seperti anjing

d)

Najis ringan iaitu air kencing kanak-kanak lelaki berumur kurang 2 tahun hanya minum susu ibu.

27.

Pilih pernyataan yang tidak benar tentang hadis

a)

Hadis dari segi bahasa ialah kata-kata atau percakapan

b)

Hadis merupakan sumber kedua hukum Islam

c)

Sahih Bukhari merupakan salah satu kitab hadis

d)

Hadis mempunyai sanad dan tiada matan

28.

Antara berikut, yang manakah bukan adab keluar masjid

a)

Berzikir

b)

Membaca doa

c)

Memberi salam

d)

Mendahulukan kaki kiri

29.

Apakah solat sunat yang disarankan semasa mula-mula sampai di masjid

a)

Solat sunat hajat

b)

Solat sunat Rawatib

c)

Solat sunat istikharah

d)

Solat sunat tahiyatul masjid

30.

Nun sakinah dan tanwin bertemu dengan huruf ر dan ل


Apakah hukum tajwid berkaitan maklumat di atas ?

a)

Iqlab

b)

Ikhfak Hakiki

c)

Idgham Bila Ghunnah

d)

Idgham Maal Ghunnah