wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bahasa Melayu (Peribahasa)

Total questions: 15

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

dua orang yang bersaudara tidak dapat dipisahkan oleh perselisihan

a)

air dicencang tiada putus

b)

seperti anjing dengan kucing

c)

seperti kacang melupakan kulit

d)

bagai isi dengan kuku

2.
Jelaskan maksud peribahasa, "Bagai buluh ditarik songsang"?
a)
Seseorang yang mendapat harta pusaka yang banyak, tidak tahu menggunakan harta itu.
b)
Orang yang mendapat sesuatu barang yang disukai akan bersifat tamak dan tidak akan memberikan barang itu kepada orang lain.
c)
Orang yang tidak mahu mengikut perubahan masa, pada hal keadaan di sekelilingnya telah berubah.
d)
Menunjukkan kesukaran mempengaruhi seseorang atau sesuatu kumpulan mengikut seperti yang dikehendaki.
3.
Nyatakan peribahasa yang berkaitan gambar berikut?
a)
Malas berdayung, perahu hanyut.
b)
Biduk lalu, kiambang bertaut.
c)
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
d)
Seperti mencurah air ke daun keladi.
4.
Berikan peribahasa yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan peribahasa berikut:-
"Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran"
a)
Ibarat mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan.
b)
Burung terbang dipipiskan lada
c)
 Ikan lagi di laut, lada garam sudah di sengkalan.
d)
Rusa masih di hutan, kancah sudah dijerang
5.
Nyatakan peribahasa yang berkaitan gambar berikut:-
a)
Bagaimana acuan begitulah kuihnya
b)
Bagaimana tepuk, begitulah tarinya
c)
Kalau tak pandai menari, jangan salahkan lantai yang tak rata
d)
Bagaimana contoh begitulah gubahannya
6.
Jelaskan maksud peribahasa  berikut:-
Ular menyusur akar, tidak akan hilang bisanya
a)
Makin kaya (berilmu) makin sombong
b)
Orang besar atau mulia tidak akan hilang atau jatuh martabatnya.apabila merendah diri
c)
Makin banyak ilmu atau makin tinggi pangkat makin merendah diri.
d)
Orang yang jahat, jika bergaul dengan orang yang baik-baik tidak akan berubah tabiatnya.
7.

Nyatakan peribahasa yang sesuai dengan gambar berikut:-

a)

Bagai enau dalam belukar

b)

seperti pungguk rindukan bulan

c)

Murai dicabut ekor

d)

Merpati dua sejoli

8.

Hadiah motosikal daripada ayahnya itu sangat menggembirakan Hanif kerana dia telah lama berhasrat untuk memiliki motosikalnya sendiri.

a)

Bersatu teguh bercerai roboh

b)

Diberi betis hendak paha

c)

Orang mengantuk disorongkan bantal

d)

Hari tidak selamanya panas

9.
tidak pernah bercerai, sangat cocok 
a)
bagai aur dengan tebing 
b)
bagai dakwat dengan kertas
c)
seperti anjing dengan kucing 
d)
seperti pahat dengan penukul 
10.
pendiam tetapi berfikir atau banyak pengetahuan
a)
ringan mulut 
b)
kata putus 
c)
diam-diam ubi 
d)
jaga mulut
11.

Maksud peribahasa " seperti harimau menyembunyikan kukunya" ialah....

a)

mengajar orang yang lebih pandai

b)

seseorang yang mengambil kesempatan

c)

menyembunyikan kelebihan yang ada pada diri

d)

tidak tenang, selalu gelisah

12.

Peribahasa yang manakah berkaitan dengan nilai "kerjasama"?

a)

bagai isi dengan kuku

b)

bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing

c)

bagai melepaskan batuk di tangga

d)

bagai aur dengan tebing

13.

peribahasa yang sesuai dengan gambar ialah...

a)

ada udang disebalik batu

b)

seperti ular kena palu

c)

alah bisa tegal biasa

d)

seperti enau di dalam belukar

14.

Mengeluarkan pendapat setelah keputusan dibuat

a)

rumah siap, pahat masih berbunyi

b)

murai dicabut ekor

c)

sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi

d)

besar pasak daripada tiang

15.

Peribahasa yang sesuai dengan gambar ialah....

a)

ukur baju di badan sendiri

b)

besar periuk besarlah keraknya

c)

ditelan mati emak, diluah mati bapa

d)

bagai ayam berak kapur