wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Mahkamah Khas

Total questions: 18

Worksheet time: 9mins

Name
Class
Date
1.

Antara Mahkamah Bumiputera di Sarawak berikut, Mahkamah manakah yang mempunyai bidang kuasa asal?


I Mahkamah Ketua Kampung

II Mahkamah Daerah Bumiputera

III Mahkamah Bumiputera Residen

IV Mahkamah Penghulu Bumiputera

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

2.

Pernyataan berikut adalah tidak benar mengenai Mahkamah Bumiputera di Sabah KECUALI

a)

Mahkamah Bumiputera di Sabah terdiri daripada Mahkamah Bumiputera, Mahkamah Pegawai Daerah dan Mahkamah Rayuan Bumiputera.

b)

Mahkamah Pegawai Daerah boleh menjatuhkan hukuman penjara melebihi 2 tahun.

c)

Kesemua Mahkamah Bumiputera di Sabah mempunyai bidang kuasa asal.

d)

Majistret Kelas 1 bertindak sebagai Hakim perbicaraan

3.

Pilih pernyataan yang benar mengenai Mahkamah Ketua Bumiputera di Sarawak

a)

Mempunyai bidang kuasa memutus rayuan

b)

Personel Mahkamah ini terdiri daripada Majistret dan dua orang pengapit

c)

Membicarakan kes sivil yang mana nilai tuntutannya tidak melebihi RM 2000.00

d)

Boleh menjatuhkan hukuman penjara tidak melebihi 6 bulan dan denda tidak melebihi RM100.00

4.

Mahkamah Perusahaan terletak di bawah bidang kuasa

a)

Menteri Buruh

b)

Menteri Sumber Manusia

c)

Jabatan Perdana Menteri

d)

Menteri Perusahaan Awam

5.

Penyataan berikut adalah tidak benar mengenai Mahkamah Perusahaan KECUALI

a)

presiden dan para panel dilantik oleh Perdana Menteri atas nasihat Menteri Sumber Manusia

b)

ditubuhkan di bawah Akta Perhubungan Perusahaan 1967

c)

perbicaraan kes adalah disidangi oleh Majistret Kelas 1

d)

rayuan boleh dibuat di Mahkamah Rayuan

6.

Mahkamah manakah yang tidak boleh dihadiri oleh orang awam ?

a)

Mahkamah Sesyen

b)

Mahkamah Juvenil

c)

Mahkamah Syariah

d)

Mahkamah Penghulu

7.

Siapakah antara berikut boleh didakwa di Mahkamah Tentera


I Askar simpanan

II Askar-askar wataniah

III Orang awam yang ditahan di dalam kawasan tentera

IV Orang awam yang digajikan dalam operasi tentera

a)

I, II dan III

b)

II, III dan IV

c)

I, II dan IV

d)

I, III dan IV

8.

Antara berikut, pegawai tentera manakah yang boleh didakwa di Mahkamah Tinggi Tentera?


I Koperal

II Leftenan

III Staf Sarjan

IV Lans Koperal

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

9.

Pernyataan berikut adalah salah mengenai Mahkamah Rendah Tentera KECUALI

a)

membicarakan pegawai tentera yang berpangkat Leftenan dan ke bawah

b)

membicarakan pegawai tentera yang pangkatnya di bawah Staf Sarjan

c)

membicarakan pegawai tentera Islam yang ditangkap berkhalwat

d)

Yang Dipertuanya berpangkat Leftenan Kolonel

10.

Makhamah yang menimbang tara dengan segera pertikaian antara majikan dengan kesatuan sekerja ialah

a)

Mahkamah Buruh

b)

Mahkamah Sesyen

c)

Mahkamah Perusahaan

d)

Tribunan Tuntutan Pekerja

11.
  • Encik M didapati meninggal dunia
  • Tiada hukuman dijatuhkan
  • Tiada pendakwaan dibuat oleh Mahkamah tersebut


Mahkamah yang mendegar kes di atas ialah

a)

Mahkamah Majistret

b)

Mahkamah Koroner

c)

Mahkamah Sesyen

d)

Mahkamah Tinggi

12.

Yang manakah antara berikut menjadikan ahli dalam Mahkamah Khas Raja-Raja


I Peguam Negara

II Ketua Hakim Negara

III Hakim-hakim Besar Mahkamah Tinggi

IV Dua orang hakim lain yang pernah menjadi hakim di

Mahkamah Persekutuan atau Mahkamah Tinggi

a)

I, II dan III

b)

II, III dan IV

c)

I, III dan IV

d)

I, II, III dan IV

13.

Semua Mahkamah berikut merupakan Mahkamah Khas KECUALI

a)

Mahkamah Juvenil

b)

Mahkamah Syariah

c)

Mahkamah Penghulu

d)

Mahkamah Bumiputera

14.

Antara yang berikut, yang manakah tidak benar tentang Mahkamah Kanak-kanak.

a)

Mahkamah Kanak-kanak wujud di setiap negeri

b)

Perbicaraan di Mahkamah Kanak-kanak dijalankan secara tertutup

c)

Mahkamah Kanak-kanak boleh membebaskan pesalah dengan ikat jamin

d)

Keputusan Mahkamah Kanak-kanak tidak boleh dirayu di Mahkamah Tinggi

15.

Mahkamah ini terdiri daripada Mahkamah Bumiputera, Mahkamah Pegawai Daerah dan Mahkamah Rayuab Bumuputer


Mahkamah yang dimaksudkan di atas ialah

a)

Mahkamah Sesyen

b)

Mahkamah Tentera

c)

Mahkamah Bumiputera Sarawak

d)

Mahkamah Bumiputera Sabah

16.

Antara yang berikut, yang manakah tugas utama Mahkamah Perusahaan?

a)

Menyelesaikan pertikaian antara pekerja awam dengan kerajaan

b)

Menyelesaikan pertikaian antara pekerja swasta dengan kerajaan

c)

Menyelesaikan pertikaian antara pekerja dengan majikan di sektor swasta

d)

Menyelesaikan pertikaian antara majikan dengan majikan

17.

Mahkamah ini mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan semua kesalahan yang dilakukan oleh pesalah yang berumur di bawah 18 tahun, melainkan kesalahan yang dikenakan hukuman bunuh.


Pernyataan di atas adalah berkaitan dengan

a)

Mahkamah Seysen

b)

Mahkamah Kanak-Kanak

c)

Mahkamah Majistret

d)

Mahkamah Bumiputera

18.

Antara yang berikut, yang manakah benar tentang Mahkamah Khas yang membicarakan raja-raja?


I Peguam Negara dan Perdana Menteri ialah anggota

mahkamah itu

II Mahkamah Khas tidak berkuasa untuk membicarakan

YDPA

III Segala aduan dan dakwaan terhadap raja mesti

mendapat persetujuan Peguam Negara terlebih dahulu

IV Sekiranya raja dipenjarakan satu hari, baginda akan

hilang takhta negeri baginda

a)

I dan III

b)

I dan IV

c)

II dan IV

d)

III dan IV