wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Unsur kumpulan 18- Jadual Berkala Unsur

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Gas Helium digunakan untuk mengisi belon pengiklanan kerana sifatnya yang lengai. Mengapakah gas Helium bersifat lengai?

a)

Ia mempunyai ketumpatan yang rendah.

b)

Ia wujud sebagai monoatom.

c)

Ia berada dalam kumpulan 18 dalam Jadual Berkala Unsur.

d)

Ia telah mencapai susunan elektron yang stabil.

2.

Antara yang berikut, yang manakah benar tentang unsur-unsur dalam Jadual Berkala Unsur?

a)

Unsur - unsur Kumpulan 18 mempunyai takat lebur dan takat didih yang rendah.

b)

Sifat kelogaman bertambah apabila merentassi kala dari kiri ke kanan.

c)

Unsur kumpulan 18 wujud sebagai dwiatom.

d)

Unsur-unsur dalam kumpulan yang sama mempunyai sifat fizik yang sama.

3.

Apabila menuruni Kumpulan 18,

a)

kereaktifan berkurang.

b)

ketumpatan bertambah

c)

saiz atom berkurang

d)

takat didih berkurang

4.

Unsur yang manakah terletak dalam Kumpulan 18 Jadual Berkala.

a)

Nitrogen

b)

Bromin

c)

Argon

d)

Hidrogen

5.

Antara berikut yang manakah merupakan nombor proton gas adi?

a)

4

b)

8

c)

18

d)

20

6.

Antara yang berikut yang manakah digunakan sebagai mentol elektrik?

a)

Udara

b)

Hidrogen

c)

Helium

d)

Argon

7.

Antara yang berikut yang manakah digunakan dalam lampu flash kamera?

a)

Neon

b)

Argon

c)

Kripton

d)

Xenon

8.

Antara unsur di bawah yang manakah mencapai susunan duplet?

a)

Neon

b)

Xenon

c)

Argon

d)

Helium

9.

Jika unsur P mempunyai susunan elektron 2.8.8. Berapakah bilangan petala bagi unsur P ?

a)

2

b)

3

c)

8

d)

18

10.

Jika unsur Q mempunyai 2 petala dan bilangan elektron valens ialah 8. Berapakah nombor proton unsur Q?

a)

2

b)

6

c)

8

d)

10