wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bahasa Melayu- Kata Ganda

Total questions: 77

Worksheet time: 1hrs 17mins

Name
Class
Date
1.
Air mata Suraya ______________ apabila mendengar berita tentang kematian neneknya.
a)
memancut-mancut
b)
mencurah-curah
c)
menitis-nitis
d)
membuak-buak
2.
Punca kemalangan sering berlaku di kawasan itu adalah disebabkan jalan raya yang ________________
a)
bersilang-silang
b)
bertali-arus
c)
bersimpang-siur
d)
berliku-liku
3.
Keadaan di depan pintu gol pasukan Kedah _______ akibat  daripada asakan  bertubi-tubi pasukan lawan.
a)
haru-biru
b)
kacau-bilau
c)
kucar-kacir
d)
hiruk-pikuk
4.
Intan ________ apabila Kak Zura mengusiknya di hadapan para tetamu
a)
terketar-ketar
b)
tersengih-sengih
c)
terkedu-kedu
d)
tersenyum-senyum
5.
Tulislah ______________ supaya karangan kamu mudah dibaca.
a)
terang-terang
b)
cerah-cerah
c)
mudah-mudah
d)
masak-masak
6.
Adik saya berada dalam ketakutan semasa hujan turun dengan lebat yang disertai kilat  ____________________ .
a)
sambar-menyambar
b)
berdentam-dentum
c)
sabung-menyabung
d)
lintang-pukang
7.
Walaupun keluarganya miskin, _______________ dia tidak menjadi peminta sedekah bagi menyara keluarganya.
a)
seelok-elok
b)
sekali-kali
c)
seolah-olah
d)
seboleh-boleh
8.
Seni silat dan pantun adalah warisan ________________ nenek moyang  orang  Melayu sejak lama dahulu.
a)
masing-masing
b)
suku-sakat
c)
turun-temurun
d)
saki-baki
9.
Pencuri itu __________ untuk melepaskan diri setelah ditangkap oleh pihak polis.

a)
melaung-laung
b)
meraung-raung
c)
meronta-ronta
d)
menarik-narik
10.
Apabila musim kemarau datang, sawah padi menjadi ___________________
a)
bantu-membantu
b)
lintang-pukang
c)
kering-kontang
d)
gelap-gelita
11.
Biliknya menjadi ____________ apabila bekalan elektrik terputus malam tadi.
a)
lintang-pukang
b)
hiruk-pikuk
c)
terang-benderang
d)
gelap gelita
12.
Adik saya suka mengejar ____________ di taman bunga
a)
ayam-ayam
b)
kupu-kupu
c)
lembu-lembu
d)
bunga-bunga
13.
Almarinya rosak dimakan oleh _____________ .
a)
anak-anak
b)
anai-anai
c)
burung-burung
d)
itik-itik
14.
Jiran tetanggu seharusnya saling ___________ .
a)
kasar-mengasari
b)
bantu-membantu
c)
basah-kuyup
d)
huru-hara
15.
Pak Ali meletak _____ di tengah sawahnya untuk menakutkan burung-burung.
a)
anak-anak
b)
ibu-ibu
c)
orang-orang
d)
anai-anai
16.
Malang tidak berbau, dia lupa membawa payung dan hujan turun lebat. Apa dayanya, dia tidak dapat mencari tempat untuk meneduh, bajunya pun __________.
a)
haru-biru
b)
hiruk-pikuk
c)
basah-kuyup
d)
kering-kontang
17.
Anda boleh cuba membela beberapa ekor ikan pelaga atau gapi untuk mengelakkan pembiakan ____________ di takung air
a)
rerama
b)
jejentik
c)
kekuda
d)
pepijat
18.
____________ adalah sejenis serangga yang berada di celah-celah tilam dan bantal.
a)
lelabah
b)
jejentik
c)
rerama
d)
pepijat
19.
Datuk sedang menebas __________ di belakang rumah saya
a)
bukit-bukau
b)
gunung-ganang
c)
semak-samun
d)
kayu-kayan
20.
Selepas mencuci pinggan, emak meletak pinggan di atas ____________ .
a)
sesiku
b)
tetupai
c)
kekuda
d)
pepara
21.
Jurutera itu menggunakan __________ untuk melukis sudut 90 darjah.
a)
kekisi
b)
sesiku
c)
tetupai
d)
kekuda
22.
Pejalan kaki dinasihatkan menggunakan _________________ di jalan raya yang sibuk itu.
a)
jejambat
b)
jejantas
c)
tetiang
d)
pepohon
23.
 __________ adalah alat berkaki tiga untuk menopang papan hitam. Ia juga merujuk kepada kayu untuk menahan bumbung rumah .
a)
kekisi
b)
kekuda
c)
tetupai
d)
sesiku
24.
Ibu menggunakan  ______ yang digilis halus untuk membuat sup tulang yang enak itu
a)
kayu-kayan
b)
beras-petas
c)
sayur-mayur
d)
rempah-ratus
25.
Pakaian pengemis itu  ______ dan badannya berbau busuk  kerana sudah lama dia tidak mandi dan menukar pakaian.
a)
hingar-bingar
b)
comot-momot
c)
kusut-masai
d)
compang-camping
26.
Hati Mak Jemah  ______ dengan tindakan anakknya yang tidak mahu sambung belajar walaupun mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM.
a)
kucar-kacir
b)
pucat-kesi
c)
kacau-bilau
d)
gundah-gulana
27.
Sam dan rakannya pergi ke taman untuk menangkap ______
a)
jejentik
b)
rerama
c)
bebunga
d)
dedaun
28.
Mila membaca buku dengan bertemankan cahaya lampu yang ________________ .
a)
berkelip-kelip
b)
terang-benderang
c)
berbalam-balam
d)
bersinar-sinar
29.
Jalan menuju ke Cameron Highlands  ______ menyebabkan  adik pening dan muntah-muntah .
a)
haru-biru
b)
hiruk-pikuk
c)
lintang-pukang
d)
bengkang-bengkok
30.
Lantai rumah datuk sudah reput akibat dimakan  ______.
a)
burung-burung
b)
tikus-tikus
c)
anai-anai
d)
anak-anak
31.
____________ jelas kedengaran dari tempat berlangsungnya konsert itu
a)
desas-desus
b)
riuh-rendah
c)
sorak-sorai
d)
bengkang-bengkok
32.
Puan Amani _____________ dari rumahnya ke tempat kerja sejauh 25 kilometer pada setiap hari.
a)
lenggang-lenggok
b)
ulang-alik
c)
hiruk-pikuk
d)
lintang-pukang
33.
Bunyi ____________ tin minuman kosong yang terjatuh ke lantai telah membuat ibu terkejut
a)
dentam-dentum
b)
riuh-rendah
c)
kelentang-kelentung
d)
degap-degup
34.
Surat khabar lama itu __________ kerana dicakar kucing peliharaan abang
a)
compang-camping
b)
kusut-masai
c)
koyak-rabak
d)
liang-liuk
35.
Api pelita yang dipasang di luar rumah nenek itu __________
a)
meliang-liuk
b)
lentam-lentum
c)
terumbang-ambing
d)
kempas-kempis
36.
Abang Din _________  katilnya dengan menggunakan sehelai kain.
a)
menggoyang-goyangkan
b)
mengibas-ngibas
c)
mengelap-ngelap
d)
mengusik-ngusik
37.
Beberapa ekor ikan ________ sedang berenang di dalam akuarium yang besar.
a)
lelumba
b)
jejentik
c)
kekura
d)
lelabi
38.
Nenek memasukkan _________ ke dalam bantal dengan cermat.
a)
gegelung
b)
kekabu
c)
bebuli 
d)
kekisi
39.
Puan Ros memasang sepasang ________ mutiara yang sangat cantik buatannya.
a)
otak-otak
b)
olok-olok
c)
bayang-bayang
d)
anting-anting
40.
Semenjak dinaikkan pangkat, Jia Mun _________ pulang ke kampung halamannya.
a)
hampir-hampir
b)
jarang-jarang
c)
jeling-jeling
d)
curi-curi
41.
Badan ayah _________ selepas seharian bekerja mencari rezeki.
a)
wangi-wangi
b)
lenguh-lenguh
c)
pijat-pijat
d)
liat-liat
42.
________ Pak Cik Lajis bersalam dengannya sebelum minta diri masing-masing.
a)
Lelaki
b)
Tetamu
c)
Tetuan
d)
Tetambak
43.
Ayam jantan Xian Hau _________ menandakan hari hampir siang.
a)
berkokok-kokok
b)
berkelip-kelip
c)
berketap-ketap
d)
berdedai-dedai
44.
Banyak bangkai haiwan yang _______ di permukaan air selepas banjir.
a)
terhincut-hincut
b)
terapung-apung
c)
berpusing-pusing
d)
terteleng-teleng
45.
     ____________ adalah sejenis binatang yang suka duduk di celah-celah tilam dan bantal.
a)
Pepijat
b)
Rerama
c)
Jejentik
d)
Pijat-pijat
46.
Datuk saya sedang menebas ________________ di belakang rumah saya.
a)
bukit-bukau
b)
semak-samun
c)
kayu-kayan
d)
gunung-ganang
47.
 Selepas mencuci pinggan, emak meletak pinggan di atas ____________ .
a)
kekayu
b)
rak
c)
pepara
d)
dapur
48.
 Jurutera itu menggunakan _____________ untuk melukis sudut 90 darjah.
a)
pembaris
b)
sesiku
c)
jejari
d)
lelabah
49.
 Pejalan kaki dinasihat menggunakan _________________ di jalan raya yang sibuk itu.
a)
lintasan belang
b)
jambatan
c)
jejambat
d)
jejantas
50.
 ____________ Puan Siti boleh menaip dengan cepat sekali
a)
Jejari
b)
Jari jemari
c)
Tetingkap
d)
Lelabah
51.
Anda boleh cuba membela beberapa ekor ikan pelaga atau gapi untuk mengelakkan pembiakan ____________ di takung air.
a)
pepijat
b)
rerama
c)
jejentik
d)
lelabah
52.
Biliknya menjadi ________________________________ apabila bekalan elektrik terputus.
a)
gelap-gelita
b)
terang benderang
c)
sangat gelap
d)
malap
53.
Apabila musim kemarau datang, sawah padi menjadi ____________________________.
a)
orang-orang
b)
kering-kontang
c)
kering
d)
basah
54.
Adik saya suka mengejar _____________________________ di taman bunga.
a)
anai-anai
b)
pijat-pijat
c)
rama-rama
d)
labah-labah
55.
Almarinya rosak dimakan oleh __________________________________.
a)
pijat-pijat
b)
anai-anai
c)
rama-rama
d)
tikus-tikus
56.
Jiran tetangga seharusnya saling __________________________________ .
a)
bantu-membantu
b)
menolong
c)
bantu
d)
bekerjasama
57.
Pak Ali meletak ______________________________ di tengah sawahnya untuk menakutkan burung-burung.
a)
burung hantu
b)
rerama
c)
pepatung
d)
orang-orang
58.
 Emak masak ________________________ yang enak untuk saudara-mara yang datang dari Kuala Lumpur.
a)
buah-buahan
b)
lauk-pauk
c)
sayur-sayuran
d)
buah-buah
59.
Keadaan di dalam kelas menjadi _______________________________ setiap kali guru tidak ada di dalam kelas.
a)
lintang-pukang
b)
huru-hara
c)
bising
d)
gelap-gelita
60.

Petani memasang ______ di tengah sawah untuk menakutkan burung.

a)

kisi-kisi

b)

orang-orang

c)

tupai-tupai

d)

layang-layang

61.

Pawagam menjadi ___________ setelah lampu dipasang menandakan filem telah selesai ditayangkan.

a)

riuh-rendah

b)

gelap-gelita

c)

porak-peranda

d)

terang-benderang

62.

Baju Molly __________ kerana terkena warna air ketika aktiviti mewarna.

a)

comot-momot

b)

koyak-rabak

c)

serba-serbih

d)

compang-camping

63.

Ideanya telah ditolak _________ oleh majikannya.

a)

hidup-hidup

b)

bulat-bulat

c)

betul-betul

d)

terang-benderang

64.

Julie suka makan sup ______ ikan.

a)

dedaun

b)

kekabu

c)

bebola

d)

jejari

65.

Keluarga Encik Zain seronok ___________ di kawasan air terjun yang popular itu.

a)

ulang-alik

b)

lalu-lalang

c)

mundar-mandir

d)

mandi-manda

66.

Ada sebuah busut __________ di bawah pokok ketapang itu.

a)

jentik-jentik

b)

pijat-pijat

c)

anai-anai

d)

kura-kura

67.

Rancangan itu dilakukan secara __________ sehingga tiada sesiapa pun yang mengetahuinya.

a)

lambat-laun

b)

sorok-sorok

c)

senyap-senyap

d)

sayup-sayup

68.

Rambut budak lelaki itu kelihatan __________ kerana tidak disisir.

a)

kusut-masai

b)

serba-serbih

c)

comot-momot

d)

compang-camping

69.

Polis telah __________ tembakan dengan perompak dalam insiden rompakan kedai emas kelmarin.

a)

bertukar-tukar

b)

berhujah-hujah

c)

berbalas-balas

d)

berganti-ganti

70.

Aiman lari __________ melarikan diri apabila dikejar seekor anjing liar.

a)

riuh-rendah

b)

lintang-pukang

c)

kumat-kamit

d)

lalu-lalang

71.

Keadaan menjadi _________ apabila sebuah pesawat merempuh bangunan pencakar langit itu.

a)

haru-biru

b)

keluh-kesah

c)

kusut-masai

d)

tunggang-langgang

72.

Bantal yang berisi __________ amat lembut sekali.

a)

dedaun

b)

kekabu

c)

bebola

d)

bebiri

73.

Pak Mail menyapu __________ kering yang gugur dari pohon manggis itu.

a)

dedaun

b)

kekabu

c)

bebiri

d)

bebola

74.

Mereka ketawa ___________ apabila menonton filem komedi lakonan Tan Sri P. Ramlee.

a)

teresak-esak

b)

terkebil-kebil

c)

terbahak-bahak

d)

tergelak-gelak

75.

Adik berjalan __________ ke sekolah kerana kakinya terseliuh akibat terjatuh dari tangga semalam.

a)

terkial-kial

b)

terhuyung-hayang

c)

tersekat-sekat

d)

terhincut-hincut

76.

Dedaun kelapa __________ ditiup angin sepoi–sepoi bahasa.

a)

meliang-liuk

b)

berkibar-kibar

c)

berolak-alik

d)

mundar-mandir

77.

Kilang simen itu mengeluarkan __________ asap ke udara.

a)

bergumpal-gumpal

b)

berketul-ketul

c)

berkepul-kepul

d)

bersimpul-simpul