wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Latihan Bahasa Melayu UPSR 7

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Semasa berada di kampung, Azlee telah belajar cara-cara menganyam __________ mengkuang daripada neneknya

a)

songket

b)

tikar

c)

ketupat

d)

batik

2.

Sekolah kami dikunjungi oleh sekumpulan mahasiswa dan mahasiswi dari sebuah ________ luar negara.

a)

sekolah

b)

prasekolah

c)

universiti

d)

maktab

3.

Pasangan pengantin baharu itu diiringi oleh ___________ pemain kompang.

a)

sebaris

b)

segerombolan

c)

seangkatan

d)

sepasukan

4.

Sejak ___________ kecil lagi Madihah diasuh tentang nilai kesopanan oleh ibu bapanya.

a)

dari

b)

daripada

c)

pada

d)

oleh

5.

Datuk Azreez ialah ketua pengarah di sebuah syarikat korporat, _______ sangat disenangi oleh kaki tangannya.

a)

dia

b)

beliau

c)

baginda

d)

kalian

6.

“Jika tiada __________ masalah, projek membaik pulih bangunan sekolah ini akan siap pada bulan hadapan,” kata Encik Jamean kepada guru besar.

a)

mana-mana

b)

siapa-siapa

c)

apa-apa

d)

mana-mana

7.

Pak Fazreez ___________ kambingnya keluar dari kandang untuk diberi makan.

a)

menghumban

b)

menghela

c)

mengikat

d)

menggalas

8.

Pesawat ke Brunie ________ berlepas pada pukul 9:00 pagi tadi.

a)

telah

b)

akan

c)

sedang

d)

belum

9.

Ibu _________ ikan yang baru disiang itu dengan asam untuk membuang bau hanyir.

a)

melamar

b)

menguli

c)

melumur

d)

meramas

10.

Mustakim diminta _________ mengirim kad jemputan perkahwinan itu kepada saudara mereka yang tinggal di Sandakan, Sabah.

a)

seraya

b)

lalu

c)

untuk

d)

sementara

11.

Dari tadi lagi Encik Hamid mundar-mandir di __________ pintu bilik pembedahan itu.

a)

hadapan

b)

penjuru

c)

atas

d)

bawah

12.

Walaupun hanya mendapat tempat __________ dalam pertandingan bahas itu, namun mereka tetap berpuas hati.

a)

dua

b)

berdua

c)

kedua

d)

berdua-dua

13.

Angin Monsun Timur Laut dijangka bertiup ________ dari bulan Mac hingga bulan Mei.

a)

laju

b)

pantas

c)

deras

d)

kencang

14.

Pilih ayat yang betul.


A. Puan Kamariah tergesa-gesa lantaran dia terlewat ke tempat kerja.

B. Hujan agak lebat, lantaran banjir kilat pun berlaku.

a)

A sahaja

b)

B sahaja

c)

A dan B

d)

Semua Salah

15.

Pilih ayat yang betul


A. Aiman bersandar di sofa, lantaran dia tertidur.

B. Wanita bertudung ungu itu lantaran kakak saya.

a)

A sahaja

b)

B sahaja

c)

A dan B

d)

semua salah

16.

Perkataan kelaziman boleh digantikan dengan ________.

a)

kebiasaan

b)

jarang-jarang

c)

tidak pasti

d)

semalam

17.

Saiful merupakan murid yang tertinggi sekali di dalam kelasnya.

a)

BETUL

b)

SALAH

18.

Jambatan Pulau Pinang ialah jambatan terpanjang di Asia.

a)

BETUL

b)

SALAH

19.

Suara penyanyi itu sangat merdu sekali.

a)

BETUL

b)

SALAH

20.

Harimau itu mengaum kerana kelaparan.

a)

betul

b)

salah