wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pengurusan dan Persiapan Perkhemahan

Total questions: 8

Worksheet time: 4mins

Name
Class
Date
1.

Perkhemahan merupakan salah satu aktiviti penting dalam pasukan unit beruniform. Banyak faedah yang akan diperolehi oleh anak murid atau pelajar melalui sesuatu perkhemahan, di antara ialah tujuan perkhemahan KECUALI:

a)

Berkhemah sebagai cara ibadat

b)

Berkhemah sebagai cara pendidikan

c)

Berkhemah untuk merapatkan hubungan kekeluargaan

d)

Berkhemah untuk menyelesaikan masalah peribadi

2.

Terdapat pelbagai jenis perkhemahan yang dijalankan oleh pihak-pihak yang tertentu. Antara yang berikut bukannya jenis perkhemahan yang dipraktikkan.

a)

Perkhemahan ringkas

b)

Perkhemahan kumpulan

c)

Perkhemahan saling ganti

d)

Perkhemahan secara besar-besaran

3.

Berikut ialah alatan individu yang perlu dibawa ke perkhemahan:

a)

Kayu pancang khemah

b)

Lampu picit dan wisel

c)

Wayar sambung elektrik

d)

Peti Pertolongan Cemas

4.

Penting untuk melihat tapak perkhemahan untuk memastikan tempat dipilih bersesuaian dan selamat untuk diadakan aktiviti perkhemahan, berikut adalah perkara yang perlu diambil kira, KECUALI:

a)

Berhampiran dengan pantai

b)

Kemudahan asas yang mencukupi

c)

Mempunyai ciri-ciri keselamatan yang terjamin

d)

Mudah berhubung dengan pihak polis dan hospital

5.

Khemah jenis ini sesuai digunakan di kawasan tanah rendah. Khemah ini memberikan kitaran udara yang baik di tempat-tempat yang agak panas. Jenis khemah ini ialah……

a)

Dome tent

b)

Igloo tent

c)

Bell tent

d)

A tent

6.

Peserta yang menyertai perkhemahan ini akan berasa seronok. Mereka dapat mengalih suasana dari bilik darjah kepada suasana yang lebih luas dan terbuka lapang serta bebas daripada segala halangan dan masalah proses pembelajaran secara formal. Perkhemahan ini bertujuan……

a)

Rekreasi

b)

Berorientasi Sosial

c)

Menghargai Alam Semula Jadi

d)

Membuka Mata Perihal Kesihatan

7.

Surat-surat kebenaran perlu disediakan untuk semua aktiviti perkhemahan di sekolah. Antara surat kebenaran yang berikut perlu diperolehi oleh setiap individu sebelum dibenarkan untuk mengikut aktiviti perkhemahan.

a)

Surat kebenaran Jabatan Pendidikan Negeri

b)

Surat kebenaran pihak polis

c)

Surat kebenaran ibu bapa

d)

Surat kebenaran hospital

8.

Kemudahan asas peribadi untuk perkhemahan biasa bergantung kepada jenis dan bilangan hari perkhemahan. Adalah diingatkan bahawa segala peralatan yang dibawa oleh anak murid hendaklah ………. daripada berat badan kerana beratan ini adalah sesuai dipikul pada jarak yang jauh.

a)

1/2

b)

1/3

c)

1/4

d)

1/5