NEW
Font size
WorksheetsPENGAJIAN MALAYSIA 1
Total questions: 11
Worksheet time: 6mins
Pegawai British yang dilantik sebagai Gabenor Malayan Union apabila diisytiharkan pada 1 April 1946 ialah……….
Sir Harold Mac Michael
Sir Malcom MacDonald
Sir Edward Gent
Sir Henry Gurney
Pegawai British yang diberikan tanggungjawab untuk mendapatkan tanda tangan persetujuan raja-raja Melayu berhubung pembentukan Malayan Union ialah……..
Sir Edward Gent
Sir Cecil Clementi
Sir Gerald Templer
Sir Harold Mac Michael
Sekembalinya ke Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua, British telah mencadangkan pembentukan Malayan Union. Kertas Putih yang mengandungi cadangan ini menerima beberapa tentangan kerana...…….
Kedudukan politik sultan-sultan dijaga
Hak-hak kewarganegaraan telah diperluas dengan syarat yang longgar
Hak-hak istimewa orang melayu terpelihara
Penggabungan negeri-negeri di Tanah Melayu, Singapura dan Sumatera dibawah satu sistem pentadbiran
Akibat daripada penentangan-penentangan Kaum Melayu, rancangan Malayan Union terpaksa dibatalkan. Namun, cadangan rancangan ini memberikan kesan yang penting kepada masyarakat Melayu. Pilih pernyataan tidak benar.
Lahir Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) hasil pimpimam Dato' Onn Jaafar
Berkembangnya sikap terbuka untuk menerima kemasukan warga asing sebagai warganegara
Meningkatkan taraf perpaduan di kalangan masyarakat melayu
Meningkatnya kesedaran untuk memerintah negara sendiri
Malayan Union 1946 mempunyai ciri-ciri berikut KECUALI
kuasa raja-raja melayu dikekalkan
diketuai oleh Gabenor Inggeris
Pengenalan kerakyatan jus soli
Merangkumi 9 buah negeri termasuk Pulau Pinang dan Melaka
Salah satu factor yang menyebabkan orang melayu menentang Malayan Union adalah disebabkan oleh pengenalan kerakyatan jus soli. Maksud jus soli ialah
sesiapa sahaja yang berumur 15 tahun ke atas dan telah tinggal di Tanah Melayu selama 5 tahun layak mendapat kerakyatan
Sesiapa yang lahir selepas Malayan Union akan mendapat kerakyatan Tanah Melayu
Semua rakyat British boleh menjadi warganegara
Orang yang kedua-dua ibubapanya rakyat british
Pegawai British yang bertanggungjawab mengusulkan Malayan Union kepada raja-raja melayu ialah….
Frank Sweetenham
Harold Mac Michael
Andrew Clarke
W.W Duff
Salah satu kesan hasil daripada pengenalan Malayan Union adalah penubuhan UMNO. Pengasas parti UMNO pada masa ini ialah…………...
Tunku Abdul Rahman
Tun Abdul Razak
Dato Onn Jaafar
Dr Burhanuddin
Langkah awal British dalam mententereamkan keadaan dan menyusun pentadbiran baru selepas tamat Perang Dunia Kedua adalah untuk menubuhkan
Malayan Union
Persekutuan Tanah Melayu
Pentadbiran Tentera British
Negeri-negeri Melayu Bersekutu
Antara yang berikut, yang manakah bukan faktor penubuhan Malayan Union 1946?
Membentuk pentadbiran yang seragam di negeri-negeri Melayu
Menukar taraf Tanah Melayu dari naungan menjadi tanah jajahan British
Merancang memberi hak kerakyatan yang sama kepada semua kaum
Melindungi kepentingan ekonomi British dan penduduk setempat
Berikut ialah factor-factor penentangan orang-orang Melayu terhadap Malayan Union kecuali
Perlembagaan Malayan Union digubal tanpa mendapatkan pandangan rakyat Tanah Melayu
Malayan Union diisytiharkan sebagai Tanah Jajahan British
Pemberian kerakyatan longgar
Pemisahan Singapura daripada Tanah Melayu
