Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Perlembagaan Malaysia & Hubungan Etnik

Total questions: 26

Worksheet time: 26mins

Name
Class
Date
1.

Apakah konsep umum 'perlembagaan'

a)

Dokumen yang mengandungi himpunan undang-undang dasar tentang prinsip-prinsip asas

b)

Dokumen yang mengandungi himpunan undang-undang dasar tentang prinsip-prinsip asas yang dianggap penting untuk pemerintahan dan pentadbiran sesebuah negara

c)

Himpunan undang-undang dasar tentang prinsip-prinsip asas yang penting

d)

Himpunan undang-undang dasar tentang prinsip-prinsip asas yang penting untuk pemerintahan dan pentadbiran sesebuah negara

2.

Berikut adalah ciri-ciri umum perlembagaan KECUALI _____________________.

a)

Bertulis

b)

Kukuh

c)

Prinsip-prinsip asas (Fundamental)

d)

Kedudukan tertinggi

3.

"Undang-undang tertinggi dalam negara. Peraturan/undang-undang yang digubal tidak boleh bertentangan atau melampaui bidang kuasa yg diperuntukkan oleh perlembagaan" adalah menunjukkan ciri?

a)

Kukuh

b)

Perlembagan

c)

Prinsip-prinsip asas (Fundamental)

d)

Kedudukan tertinggi (Supreme)

4.

Antara berikut, yang manakah menunjukkan peranan perlembagaan?

a)

Memelihara keamanan

b)

Menetapkan peraturan bagi memberi kebebasan pergerakan atau rakyat dan kerajaan

c)

Menjadi garis panduan untuk menyelesaikan sesuatu pertikaian yang timbul

d)

Memperuntukkan hak-hak tertentu kepada sesuatu warganegara dalam konteks perhubungan kaum

5.

Adat resam dan tradisi merupakan kumpulan jenis perlembagaan?

a)

Perlembagaan adat

b)

Perlembagaan bertulis

c)

Perlembagaan tidak bertulis

d)

Perlembagaan Persekutuan

6.

Susun sejarah perkembangan Perlembagaan Persekutuan di Malaysia mengikut aturan yang betul;

i. Malayan Union

ii. Persekutuan Tanah Melayu

iii. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu

iv. Perlembagaan Persekutuan Malaysia

a)

i,ii,iii,iv

b)

ii,iv,i,iii

c)

i,iii,ii,iv

d)

i,ii,iv,iii

7.

Apakah tujuan penubuhan Suruhanjaya Reid?

a)

Memelihara keamanan dan kestabilan politik

b)

Menetapkan peraturan bagi mengawal pergerakan atau kebebasan rakyat dan kerajaan

c)

Memperuntukkan hak-hak tertentu kepada setiap warganegara dalam konteks perhubungan kaum

d)

Menggubal satu perlembagaan baharu bagi Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka

8.

Antara berikut, manakah intipati memorandum Parti Perikatan yang dikenali sebagai 'Pakatan Murni'?

a)

Mengiktiraf hak kaum bukan Melayu untuk menjadi warganegara berasaskan prinsip Jus Soli

b)

Memperuntukan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) sebagai Ketua Negara

c)

Menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan

d)

Ketua Kerajaan ialah Perdana Menteri

9.

Suruhanjaya Reid merangka perlembagaan berpandukan syarat-syarat berikut KECUALI ____________________.

a)

Membentuk sebuah negara persekutuan dengan kerajaan pusat yang kukuh.

b)

Memelihara kedudukan istimewa orang Melayu serta hak-hak yg sah bagi kaum lain.

c)

Mengekalkan hak dan kedudukan Raja-raja Melayu sbg pemerintah berperlembagaan di negeri masing-masing.

d)

Mengiktiraf kaum bukan Melayu menjadi warganegara berasaskan prinsip Jus Soli.

10.

Berikut adalah Perkara yang dipinda dalam Perlembagaan Persekutuan selepas Persekutuan Tanah Melayu ditukar kepada Malaysia KECUALI _____________________.

a)

Pengurusan bekalan air

b)

Kes rogol

c)

Pemisahan Singapura

d)

Bahasa Kebangsaan

11.

Undang-undang bertulis adalah sumber undang-undang di Malaysia. Berikut merupakan Undang-undang Bertulis di Malaysia KECUALI ...

a)

Undang-undang Islam

b)

Perlembagaan Persekutuan

c)

Keputusan-keputusan mahkamah

d)

Enakmen/ Ordinan

12.

Antara berikut yang manakah BENAR mengenai intipati Perlembagaan Tanah Melayu yang dipersetujui dalam rundingan kemerdekaan.

a)

Ketua Negara adalah Perdana Menteri.

b)

Agama Islam dan agama lain adalah agama Persekutuan.

c)

Bahasa Melayu adalah salah satu bahasa rasmi Perlembagaan Persekutuan

d)

Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan

13.

Tujuan utama Perlembagaan Malaysia adalah untuk menjaga keamanan dan kestabilan negara yang membawa maksud ...

I. Kebebasan individu biarpun terjamin tetapi dibatasi dengan undang-undang.

II. Hak Kebebasan Asasi dinikmati oleh semua rakyat.

III. Memelihara kepentingan minoriti dan majoriti.

IV. Setiap warganegara perlu akur dengan kedaulatan undang-undang.

a)

I dan II

b)

I, II dan III

c)

I, II dan IV

d)

I, II, III dan IV

14.

Kontrak sosial merujuk kepada pernyataan berikut KECUALI

a)

Persetujuan untuk hidup saling berdampingan dan menghormati satu sama lain.

b)

Permuafakatan di antara pemimpin-pemimpin daripada pelbagai etnik.

c)

Menekankan tentang hak-hak keistimewaan semua kaum.

d)

Diwakili oleh parti-parti politik seperti UMNO, MCA dan MIC.

15.

Manakah antara berikut adalah asas kepada pembentukan dan penggubalan Perlembagaan Persekutuan Malaysia 1963?

a)

Laporan Suruhanjaya Reid

b)

Perlembagaan Kesatuan Malaya

c)

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957

d)

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948

16.

Berapakah jumlah perkara yang terdapat di dalam Perlembagaan Malaysia?

a)

181

b)

183

c)

161

d)

182

17.
Siapakah yang berkuasa mengesahkan sesuatu pindaan perlembagaan?
a)
Jemaah Menteri
b)
2/3 Ahli Parlimen
c)
Ahli Dewan Rakyat
d)
Yang di-Pertuan Agong
18.

Ciri utama perlembagaan sesebuah negara ialah

a)

Bersifat fleksibel

b)

undang-undang yang tertinggi

c)

undang-undang umum negara

d)

mengandungi semua undang-undang

19.

Keunikan Perlembagaan Persekutuan berbanding perlembagaan negara lain ialah

a)

mengekalkan unsur-unsur tradisi negara

b)

kerangsa asas sistem pemerintahan

c)

aspirasi pelan induk pembangunan negara

d)

menyentuh bidang kuasa eksekutif, legislatif dan kehakiman

20.

Apakah perlembagaan bertulis paling awal dihasilkan di Tanah Melayu?

a)

Prasasti Terengganu

b)

Hukum Kanun Melaka

c)

Perlembagaan Terengganu

d)

Perlembagaan Negeri Johor

21.

Kedudukan agama Islam dalam Perlembagaan Persekutuan boleh dikenal pasti dalam pernyataan di bawah sebagai ...


I. Islam adalah agama persekutuan

II. Agama lain boleh disebarkan dalam kalangan orang Islam

III. Agama lain bebas diamalkan di mana-mana bahagian persekutuan

IV. Setiap agama berhak menubuh dan menyelenggara institusi agama masing-masing.

a)

I, II dan III sahaja

b)

I, III dan IV sahaja

c)

II, III dan IV sahaja

d)

I, II, III dan IV

22.

Ciri-ciri Perlembagaan Persekutuan adalah seperti berikut:


I. mempunyai ketua negara iaitu sultan sebagai Raja Berpelembagaan

II. mempunyai ketua kerajaan yang dilantik iaitu Perdana Menteri Malaysia

III. perlembagaan yang memperuntukkan Islam sebagai agama Persekutuan

IV. Perlembagaan memperuntukkan ketertinggian perlembagaan dan kebebasan undang-undang

a)

I, II dan III sahaja

b)

I, III dan IV sahaja

c)

II, III dan IV sahaja

d)

I, II, III dan IV

23.
Tujuan utama Perlembagaan Malaysia adalah untuk menjaga keamanan dan kestabilan negara yang membawa maksud ...
 I.  sekatan-sekatan yang membataskan kebebasan individu.
II.  pindaan terhadap Perlembagaan tidak boleh dibuat dengan sewenang -wenangnya.
III.  rakyat mendapat jaminan undang-undang serta tiada diskriminasi dalam  perlembagaan.
IV.  perubahan pemimpin selepas pilihan raya tidak mengubah corak pemerintahan
a)
I dan II
b)
I, II dan III
c)
I, II dan IV
d)
I, II, III dan IV
24.
Apakah tujuan Suruhanjaya Perlembagaan Reid ditubuhkan?
a)
Untuk merangka dan meneliti Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
b)
Untuk memperkenalkan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
c)
Untuk menyentuh bidang kuasa kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri serta semua badan- badan berkepentingan
d)
Untuk mengkaji semula syor perlembagaan 
25.
Suruhanjaya Reid diketuai oleh?
a)
Lord William Reid, Sir Chandler Jennings, Sir William McKell, Tuan B.S. Malik dan Tuan Abdul Hamid
b)
Lord William Reid, Sir Ivor Jennings, Sir Harry McKell, Tuan B.S. Malik dan Tuan Abdul Hamid
c)
Lord William Reid, Sir Ivor Jennings, Sir William McKell, Tuan B.S. Maroof dan Tuan Abdul Hamid
d)
Lord William Reid, Sir Ivor Jennings, Sir William McKell, Tuan B.S. Malik dan Tuan Abdul Hamid
26.
Berikut merupakan tujuan Perlembagaan diwujudkan KECUALI:
a)
Mewujudkan pemerintahan yang adil
b)
Menjaga keamanan dan kestabilan negara
c)
Mengelakkan penyalahgunaan kuasa serta mengawal pergerakan kerajaan dan rakyat
d)
Mengkaji semula rang undang- undang yang telah dibuat