Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ BULAN BAHASA MELAYU

Total questions: 15

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud ada bakat ?

a)

sudah tentu dapat

b)

mempunyai kebolehan

c)

bersemangat

d)

gembira

2.

Kita seharusnya pandai ____________ orang tua.

a)

dalam tangan

b)

hati waja

c)

ambil hati

d)

air muka

3.

Kulit puteri raja itu .................................

a)

lembut bagai sutera

b)

kecil macam kuman

c)

segak bak putera

d)

kuat macam Badang.

4.

Apakah maksud perumpamaan "seperti melepaskan batuk di tangga"?

a)

membuat sesuatu kerja dengan pantas

b)

gelisah dan tidak tentu arah

c)

kerjasama yang erat

d)

melakukan sesuatu kerja dengan tidak bersungguh

5.

Zulfa _____________ ketika Muallim Haikal mengajar.

a)

buah hati

b)

mandi peluh

c)

pasang telinga

d)

anak emas

6.

__________ Qayyum berubah apabila mendapat nombor satu dalam Ujian Bahasa Arab.

a)

Air muka

b)

Titik peluh

c)

Bulat hati

d)

Anak emas

7.

Semua peserta nasyid mestilah bersikap _________________ untuk menang dalam pertandingan itu.

a)

seperti katak di bawah tempurung

b)

seperti lipas kudung

c)

seperti cacing kepanasan

d)

bagai aur dengan tebing

8.

Padang Sriti Tahfiz Al-Fateh ..........................................

a)

masam seperti cuka

b)

luas bak lautan

c)

gebu seperti salji

d)

manis umpama madu

9.

Qawiem _____________ apabila menang dalam pertandingan baybelade.

a)

cari jalan

b)

mandi peluh

c)

buah hati

d)

besar hati

10.

" Saya tidak suka makan ubat ini kerana rasanya .................., Wekkk!" kata Walee Fitri.

a)

manis umpama madu

b)

pedih bak sembilu

c)

kecil macam kuman

d)

pahit macam hempedu

11.

Afiq Darwisy berasa gembira apabila mendapat wang hasil _____________________ nya menjual kereta kertas ciptaannya.

a)

titik peluh

b)

mandi peluh

c)

mandi kerbau

d)

air muka

12.

Mursyid yang ....................... itu tidak mengambil masa yang lama untuk memahami pelajaran yang sedang diajar.

a)

ada hati

b)

ambil hati

c)

terang hati

d)

besar hati

13.

Marissa merupakan ____________ Cikgu Siti kerana dia rajin dan cemerlang dalam pelajaran.

a)

anak jantan

b)

anak kandung

c)

anak kapal

d)

anak emas

14.

Apakah maksud simpulan bahasa " buah hati"?

a)

buah- buahan

b)

sakit hati

c)

orang yang dibenci

d)

orang yang disayangi

15.

Cantik laksana bidadari ialah.......

a)

perumpamaan

b)

simpulan bahasa

c)

bandingan semacam

d)

peribahasa