wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENGAJIAN AM

Total questions: 20

Worksheet time: 27mins

Name
Class
Date
1.

Yang manakah pernyataan yang benar tentang konsep negara berdaulat.


I. Mempunyai hubungan diplomatik dengan kuasa luar.

II. Suatu kelompok yang mendiami sesebuah wilayah

III. Sebuah wilayah yang mempunyai institusi pemerintahan yang berkesan

IV. Negara yang mempunyai identitinya sendiri seperti ideologi, bendera dan jata sendiri

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

2.

Yang manakah benar tentang sistem kerajaan persekutuan seperti yang diamalkan oleh Malaysia?

I. Kerajaan pusat mempunyai segala kuasa pemerintahan

II. Kerajaan negeri mempunyai kuasa pentadbiran yang kurang

III. Setiap peringkat kerajaan mempunyai kuasa yang diperuntukkan

IV. Setiap peringkat kerajaan memiliki kuasa autonomi perundangan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

3.

Yang manakah bidang kuasa bersama antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri?


I. Pertanian dan perhutanan

II.Perkapalan dan perikanan

III. Perparitan dan pengairan

IV. Perlindungan binatang dan hidupan liar

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

4.

Yang manakah benar tentang Ahli Dewan Undangan Negeri di Semenanjung Malaysia?


I. Dalam tempoh yang sama boleh menjadi Ahli Dewan Negara

II. Tempoh sah memegang jawatan tertakluk pada tempoh kematangan parlimen

III. Keahlian seseorang ahli melalui pemilihan atau pelantikan.

IV. Dalam masa yang sama boleh menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

5.

Yang manakah benar tentang ahli Suruhanjaya Pilihan Raya?

a)

Dilantik dalam kalangan ahli Dewan Rakyat

b)

Tempoh perjawatan adalah lima tahun

c)

Berfungsi menentukan calon yang bertanding dalam pilihan raya

d)

Dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.

6.

Alasan yang manakah membolehkan seseorang calon yang bertanding kerusi Dewan Rakyat membuat petisyen pilihan raya?

a)

Disyaki melakukan amalan rasuah

b)

Tidak patuh peruntukan undang-undang pilihan raya

c)

Tidak menghantar penyata perbelanjaan pilihan raya

d)

Bukan pemastautin kawasan parlimen yang ditandingi

7.

Yang manakah benar tentang kerajaan Malaysia?

a)

Yang diPertuan Agong adalah Ketua Kerajaan

b)

Kuasa eksekutif dilaksanakan oleh kabinet

c)

Parlimen bersidang dalam tempoh 5 tahun selepas pilihan raya umum

d)

Parlimen berfungsi sebagai badan yang menjalankan kuasa pentadbiran

8.

Antara berikut yang manakah perbezaan bidang kuasa Mahkamah Persekutuan dengan mahkamah lain ?

a)

Mendengar bidang kuasa sivil dan jenayah mahkamah di bawahnya

b)

Menyelesaikan kekeliruan yang berkaitan dengan soal perlembagaan

c)

Menyelesaikan pertikaian antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri

d)

Mempunyai kuasa menyemak keputusan yang dibuat oleh mahkamah di bawahnya

9.

Antara berikut yang manakah benar tentang Timbalan Yang di-Pertuan Agong?

a)

Menjalankan tanggungjawab dan menikmati segala keistimewaan sebagaimana yang diperuntukkan oleh jawatan Yang di-Pertuan Agong

b)

Menjadi Yang di-Pertuan Agong secara automatik apabila Yang di-Pertuan Agong mangkat

c)

Memegang sementara jawatan Yang di-Pertuan Agong jika jawatan Yang di-Pertuan Agong dikosongkan selama 2 minggu.

d)

Dilantik oleh Majlis Raja-raja atas nasihat Yang di-Pertuan Agong

10.

Yang manakah kes jenayah yang dibicarakan di Mahkamah Syariah?

a)

Perbuatan Rasuah

b)

Perbuatan minum arak

c)

Pengambilan anak angkat

d)

Pembahagian harta pusaka

11.

Apakah kes sivil yang dibicarakan di Mahkamah Syariah?

a)

khalwat

b)

ajaran sesat

c)

pembahagian atau tuntutan harta sepencarian

d)

tidak berpuasa di bulan Ramadhan

12.

Yang manakah benar mengenai Dewan Rakyat?

a)

Ketua setiausaha negara merupakan setiausaha dewan rakyat

b)

ahli dewan rakyat boleh mewakili dua kawasan dewan rakyat

c)

yang dipertua dewan rakyat mesti dipilih dalam kalangan ahli dewan rakyat

d)

Rang undang-undang perbekalan dikemukakan dan dimulakan di dewan rakyat.

13.

Apakah tugas kabinet?

a)

Melantik setiausaha politik

b)

merancang dasar pembangunan negara

c)

meluluskan anggaran perbelanjaan tahunan

d)

membuat pindaan perlembagaan persekutuan

14.

Projek yang dibina oleh Majlis Daerah hendaklah diluluskan oleh..

a)

Majlis kewangan negara

b)

Dewan Undangan Negeri

c)

Majlis mesyuarat kerajaan negeri

d)

majlis negara bagi kerajaan tempatan

15.

1) Bayaran sewa kuarters guru

2) Bayaran denda kerana kesalahan lalu lintas

Penerimaan bayaran di atas dikategorikan sebagai..

a)

hasil bukan cukai

b)

terimaan bukan hasil

c)

bayaran perkhidmatan

d)

hasil wilayah persekutuan

16.

Dasar sesebuah negeri di semenanjung Malaysia diluluskan oleh?

a)

Dewan undangan negeri

b)

Jawatankuasa Tindakan negeri

c)

Majlis mesyuarat kerajaan negeri

d)

Pejabat setiausaha kerajaan negeri

17.

· Merancang dasar kewangan dan belanjawan negara

· Menyusun semula syarikat-syarikat diperbadankan

milik Menteri Kewangan

Pernyataan di atas merujuk kepada?

a)

Bank Negara

b)

Kementerian Kewangan

c)

Perbendaharaan

d)

Jabatan Perdana Menteri

18.

Yang manakah tujuan penubuhan Perbadanan Awam di Malaysia?


I. Merangsang pertumbuhan produktiviti negara secara lebih komprehensif

II. Melibatkan sektor swasta dalam bidang yang tidak diceburi oleh badan kerajaan

III. Menggerakkan pembangunan sosioekonomi secara yang lebih cekap dan berkesan

IV. Melibatkan secara terus agensi dan badan kerajaan dalam pembangunan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

19.

Yang di-Pertuan Agong hendaklah berunding dengan Majlis Raja-Raja apabila baginda ingin melantik

a)

Ketua Hakim Negara

b)

Ketua Polis Negara

c)

Peguam Negara

d)

Akauntan Negara

20.

Kuasa pelaksanaan dasar sesebuah negeri di Semenanjung Malaysia terletak pada

a)

Majlis Tindakan Negeri

b)

Dewan Undangan Negeri

c)

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri

d)

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri