wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Peribahasa Darjah 6 (1)

Total questions: 60

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

Tanggang tidak mengenang budi ibu bapanya yang telah membesarkannya.

a)

air dicencang tiada putus

b)

bagai anjing dengan kucing

c)

seperti kacang lupakan kulit

d)

seperti pahat dengan penukul

2.

Jamal dengan mudahnya lepas tangan apabila projek yang dibuatnya tidak berhasil.

a)

tidak tahu-menahu

b)

tidak suka bekerjasama

c)

tidak mahu mengambil tahu

d)

tidak suka membuat sesuatu

3.

Siti asyik memikirkan tentang cara-cara yang berbeza untuk menyelesaikan soalan Matematik itu.

a)

ada akal

b)

ambil berat

c)

memerah otak

d)

diam-diam ubi

4.

Perbuatan budak-budak yang melepak sepanjang hari itu tidak ubah bagai menghitung bulu kambing.

a)

melakukan sesuatu yang sukar

b)

mengerjakan sesuatu yang sia-sia

c)

mengerjakan sesuatu secara tidak teratur

d)

melakukan sesuatu secara sembarangan

5.

Siti seorang penyanyi yang sangat berkebolehan.

a)

ada hati

b)

ada akal

c)

ada jalan

d)

ada bakat

6.

Johan membawa buah-buahan sebagai hadiah semasa melawat nenek di hospital.

a)

ambil hati

b)

murah hati

c)

tanda mata

d)

buah tangan

7.

Ibu bapa Hanna kagum dengan sifatnya yang tahan hati berhadapan dengan masalah

a)

sabar

b)

tabah

c)

tekun

d)

gigih

8.

Dania sering dipuji atas kepintarannya.

a)

tahan uji

b)

tajam hati

c)

panjang akal

d)

tajam ingatan

9.

Ibu berasa kecewa apabila Kamal datang melawatnya tanpa membawa apa-apa.

a)

putih hati

b)

tahan hati

c)

tangan kosong

d)

mengorak langkah

10.

Budak itu menolong orang emas itu dengan putih hati.

a)

ikhlas

b)

tabah

c)

sabar

d)

berani

11.

Anak-anak Puan Tan tidak ubah seperti anjing dengan kucing.

a)

dua orang yang suka berlaga

b)

dua orang yang asyik bergaduh

c)

dua orang yang sering bertumbuk

d)

dua orang yang sering bertengkar

12.

Puan Hamidah terpaksa membawa nasib ke Johor setelah dipecat.

a)

pergi bercuti di luar negara

b)

mencari duit di luar negara

c)

mencari penghidupan di tempat lain

d)

mendapatkan pekerjaan di negara lain

13.

Hazil yang keras hati itu langsung tidak mengendahkan amaran Cikgu Jamilah agar berhenti berbual.

a)

sangat jahat

b)

sangat degil

c)

sangat biadab

d)

sangat berlagak

14.

Laila terpaksa ikat perut kerana dia ingin membeli mainan idamannya.

a)

kurangkan makan kerana hendak berjimat

b)

kurangkan belanja sebab hendak berjimat

c)

kurangkan makan kerana hendak langsing

d)

kurangkan makan kerana tidak boleh habis

15.

Aminah berani mati untuk mendapatkan pekerjaan idamannya.

a)

amat berani

b)

amat cekap

c)

sangat tekad

d)

sangat tegas

16.

Pelajar-pelajar yang mendapat markah yang cemerlang selalunya diam-diam ubi.

a)

diam sebab tidak tahu

b)

diam kerana terlalu malu

c)

diam tetapi tidak cepat lupa

d)

diam tetapi banyak pengetahuan

17.

Pegawai polis itu ditangkap kerana didapati menerima rasuah.

a)

kata putus

b)

berani mati

c)

makan suap

d)

banting tulang

18.

Abang Hadi selalu menyebelahi adik bongsunya apabila adik-beradiknya bertengkar.

a)

anak emas

b)

ambil berat

c)

berat sebelah

d)

campur tangan

19.

Murid-murid sekolah itu semuanya mempunyai peribadi yang baik dan berperangai mulia.

a)

ada hati

b)

baik budi

c)

hati emas

d)

murah hati

20.

Cikgu Jamal berusaha mengambil tahu tentang keadaan anak-anak muridnya yang tidak hadir ke sekolah.

a)

baik budi

b)

ambil berat

c)

berat sebelah

d)

campur tangan

21.

Gandingan Kamil dan Hanis di atas pentas bagai dakwat dengan kertas.

a)

sangat rapat

b)

sangat secocok

c)

tidak akan terpisah

d)

tidak boleh berjauhan

22.

Hubungan Mila dan adikknya tidak dapat dipisahkan oleh perselisihan faham yang berlaku di antara mereka.

a)

bagai isi dengan kuku

b)

bagai aur dengan tebing

c)

air dicencang tiada putus

d)

seperti pahat dengan penukul

23.

Pekerja buruh itu bekerja keras dengan bermati-matian untuk mendapat pendapatan.

a)

berani mati

b)

lapang dada

c)

perah tenaga

d)

banting tulang

24.

Kumpulan kami telah mencapai kata putus untuk membuat projek tentang kitar semula.

a)

ketentuan pertama

b)

ketentuan kumpulan

c)

keputusan rundingan

d)

keputusan seorang ketua

25.

Junaidi terpaksa menjadi orang tengah apabila dua sahabatnya bertengkar.

a)

orang pertama mengalah

b)

suka memberikan bantuan

c)

pendamai antara dua pihak

d)

mudah menyatakan pendapat

26.

Encik Haris dinaikkan pangkat kerana dia rajin bekerja.

a)

lurus akal

b)

jaga mulut

c)

ringan mulut

d)

ringan tulang

27.

Adik-beradik harus saling memberi dan bersefahaman.

a)

jaga mulut

b)

tolak ansur

c)

jalan tengah

d)

orang tengah

28.

Kita harus berhati-hati apabil bercakap dengan orang yang lebih dewasa.

a)

ikat perut

b)

jaga mulut

c)

makan suap

d)

ringan mulut

29.

Puan Tan harus cari jalan untuk melangsaikan hutangnya.

a)

berikhtiar

b)

masuk capur

c)

ada cara selesaikan masalah

d)

berikhtiar mengatasi masalah

30.

Pekerja-pekerja kilang itu seperti lipas kudung sepanjang hari.

a)

berkejar-kejaran

b)

asyik berlari-lari

c)

selalu malas bekerja

d)

selalu sibuk bekerja

31.

Lapang dada Tina apabila kucingnya yang hilang telah diketemui.

a)

berasa senang

b)

berasa ghairah

c)

berasa gembira

d)

berasa tidak sabar

32.

Penduduk kampung itu hidup saling bekerjasama.

a)

bagai aur dengan tebing

b)

seperti anjing dengan kucing

c)

seperti pahat dengan penukul

d)

bagai menghitung bulu kambing

33.

Murid baharu itu senang diajak berbual kerana dia peramah.

a)

jaga mulut

b)

murah hati

c)

ringan mulut

d)

panjang akal

34.

Wani tersinggung apabila kawan-kawannya mentertawakan usahanya menari.

a)

ada hati

b)

ambil hati

c)

besar hati

d)

berat sebelah

35.

Kanak-kanak tidak sepatutnya masuk campur urusan orang-orang tua.

a)

hidung tinggi

b)

berat sebelah

c)

campur tangan

d)

membawa nasib

36.

Kairul yang muka tembok itu tidak serik dimarahi guru-gurunya.

a)

sombong

b)

sangat degil

c)

sangat tekad

d)

tidak tahu malu

37.

Saniah dan jirannya bagai isi dengan kuku sejak mereka kecil lagi.

a)

sangat rapat

b)

sangat tekad

c)

sangat secocok

d)

tidak boleh bercarai

38.

Kaanak-kanak kecil selalunya lebih lurus akal berbanding remaja-remaja.

a)

jujur

b)

ikhlas

c)

sombong

d)

sangat degil

39.

Lisa ada akal untuk membuat poster bagi projeknya.

a)

berkebolehan

b)

memiliki idea

c)

memiliki cadangan

d)

mendapat inspirasi

40.

Sukarelawan-sukarelawan itu semuanya berhati emas.

a)

amat adil

b)

amat bangga

c)

sangat baik hati

d)

sangat disayangi

41.

Andi ada keinginan untuk menjadi seorang pemain bola sepak yang terkenal suatu hari nanti.

a)

ada hati

b)

ada jalan

c)

cari jalan

d)

ada bakat

42.

Ibu mempunyai cara untuk menyelesaikan kerjanya dengan lebih cepat lagi.

a)

ada hati

b)

ada akal

c)

ada jalan

d)

ambil berat

43.

Fitri anak emas ibu dan bapanya.

a)

orang yang terlalu dimanja

b)

orang yang sangat disayangi

c)

orang yang sangat dipelihara

d)

orang yang berperangai mulia

44.

Cikgu sangat berbesar hati dengan pencapaian murid-muridnya.

a)

perasaan malu

b)

perasaan segan

c)

perasaan teruja

d)

perasaan bangga

45.

Murni tidak suka berkawan dengan Rina yang hidung tinggi itu.

a)

degil

b)

bodoh

c)

sombong

d)

suka menipu

46.

Ayah sentiasa mengambil jalan tengah apabila Siti dan adiknya berselisihan faham.

a)

tidak tahu hendak buat apa

b)

tidak memihak kepada sesiapa

c)

tidak boleh melebihkan yang tua

d)

tidak menunjukkan perasaan tidak adil

47.

Danish yang sangat murah hati itu selalu menderma semasa pergi ke masjid.

a)

suka memberikan duit

b)

suka memberikan bantuan

c)

suka mengagihkan bantuan

d)

suka memberikan sokongan

48.

Cikgu Ghazali bersyukur murid-muridnya cepat menerima pelajaran yang diajarnya.

a)

tajam akal

b)

panjang akal

c)

tajam ingatan

d)

memerah otak

49.

Kamarul memberikan tanda mata kepada kawan baiknya yang hendak berpindah sekolah.

a)

hadiah yang selalu diberikan

b)

hadiah yang dibeli dari luar negara

c)

hadiah yang diberikan sebagai rasuah

d)

hadiah yang diberikan sebagai kenangan

50.

Telefon bimbit yang pada mulanya tidak boleh berbunyi akhirnya rosak sama sekali apabila Ayah cuba membaikinya.

a)

seperti garam jatuh di air

b)

bagai tikus membaiki labu

c)

bagai menghitung bulu kambing

d)

seperti katak di bawah tempurung

51.

Nadim yang bijaksana itu sering dipuji penduduk kampung.

a)

ada akal

b)

tajam akal

c)

panjang akal

d)

tajam ingatan

52.

Haji Salleh bertungkus-lumus menyelesaikan kerjanya yang tertunggak.

a)

berani mati

b)

makan suap

c)

perah tenaga

d)

mengorak langkah

53.

Mujurlah Farid cepat mengerti nasihat yang diberikan oleh ibunya, kalau tidak mesti dia akan dimarahi lagi.

a)

seperti lipas kudung

b)

seperti garam jatuh di air

c)

seperti kacang lupakan kulit

d)

seperti katak di bawah tempurung

54.

Hamdan berikhtiar untuk mengumpulkan dana bagi rumah kebajikan itu.

a)

cari jalan

b)

banting tulang

c)

memerah otak

d)

mengorak langkah

55.

Mujurlah Siti sentiasa ingat apa yang berlaku di sekitarnya kerana dia telah dipanggil untuk menjadi saksi sebuah kemalangan.

a)

tahan uji

b)

tahan hati

c)

tajam hati

d)

tajam ingatan

56.

Mak Munah menerima kedatangan cucu-cucunya dengan sukacita.

a)

murah hati

b)

memerah otak

c)

tangan terbuka

d)

tulang belakang

57.

Kumpulan itu terpaksa berpecah setelah Amri, tulang belakang mereka, ditimpa kemalangan.

a)

orang yang memberi sumber

b)

orang yang dianggap sangat kuat

c)

orang yang dilantik sebagai ketua

d)

orang yang dianggap tempat berlindung

58.

"Janganlah jadi seperti katak di bawah tempurung," pesan Cikgu Ali kepada murid-muridnya.

a)

terhad penglibatan dalam aktiviti

b)

terhad pengetahuan atau pengalaman

c)

tidak ada pengetahuan tentang luar negara

d)

tidak cukup pandai kerana tidak keluar rumah

59.

Lukman berani diuji kebaikannya apabila disuruh membuat kerja sukarela di luar negara.

a)

putih hati

b)

tahan uji

c)

tahan hati

d)

tajam hati

60.

Jamal dan Kais bantu-membantu satu sama lain untuk menyelesaikan projek yang diberikan guru Sains mereka.

a)

bagai aur dengan tebing

b)

seperti garam jatuh di air

c)

bagai dakwat dengan kertas

d)

seperti pahat dengan penukul