NEW
Font size
WorksheetsUJIAN PENGAJIAN ISLAM (260719)
Total questions: 25
Worksheet time: 13mins
"Pengabdian diri kepada Allah s.w.t. dengan perasaan seolah-olah ia melihat-Nya dan jika ia tiada perasaan melihat kepada-Nya, maka hendaklah ia berasa bahawa Allah s.w.t. melihatnya"
Pernyataan tersebut adalah merujuk kepada ______________.
Iman
Islam
Akhlak
Ihsan
Antara berikut yang manakah TIDAK BENAR tentang akidah?
berkaitan dengan mentauhidkan Allah.
Bermaksud apa yang dilakukan oleh seseorang kepada tuannya.
berasal daripada perkataan ‘aqada’ yang bermaksud ikatan atau simpulan tali.
bermaksud membenarkan dalam hati secara yakin tanpa sebarang keraguan dan syak.
Tauhid boleh dibahagikan kepada _______________ bahagian.
satu
dua
tiga
empat
Syariah terbahagi kepada _______________.
Ibadat, munakahat, muqasah, jinayat
Ibadat, munakahat, muamalat, jinayat
Ibadat, munakahat, muamalat, jua’lah
Ibadat, mudharabah, muamalat, jinayat
Berikut merupakan tujuan syariat KECUALI _______________.
Maslahah Diat
Maslahah Hajiyat
Maslahah Dharuriyat
Maslahah Tahsiniyat
Hifz al-Din merujuk kepada _______________.
menjaga harta
menjaga kesucian agama
memelihara kewarasan akal
memelihara keselamatan jiwa
Berikut merupakan ciri-ciri dan keistimewaan Islam KECUALI _______________.
realistik
seimbang
kebebasan
tetap dan berkembang
Menetapkan peraturan dan perundangan merujuk kepada hak _______________.
alam
Allah
manusia
kerajaan
Jihad terdiri daripada _______________.
agung dan kecil
agung dan besar
kecil dan khusus
besar dan umum
Berikut merupakan cara berjihad terhadap golongan munafik KECUALI _______________.
Memulaukan dan meminggirkan mereka
Jangan memberi pertolongan dan mendampingi mereka
Menghalang mereka daripada menjawat jawatan penting
Sentiasa mencurigai mereka dan tidak mempercayai kata-kata mereka
Tamadun Islam berbeza dengan tamadun Barat kerana tamadun Islam
i. menekankan konsep kerohanian.
ii. menekankan konsep kesepaduan ilmu.
iii. mengasingkan ilmu intelek dan ilmu wahyu.
iv. menerapkan konsep pemikiran realistik semata-mata.
i dan ii sahaja
ii dan iii sahaja
i dan iii sahaja
semua di atas
Ciri-ciri tamadun terdiri daripada _______________.
i. Wujud sistem perundangan
ii. Wujud peningkatan kualiti dalam kehidupan
iii.Wujud penempatan masyarakat disesuatu kawasan bagi membentuk kota atau bandar
iv.Wujud sistem organisasi dan sosial yang baik serta sistematik dalam pentadbiran dan ekonomi
i dan ii sahaja
ii dan iii sahaja
i dan iii sahaja
semua di atas
Antara keistimewaan al-Quran adalah _______________.
i. Fleksibel
ii. Melayan tabiat semulajadi manusia
iii. Mementingkan kesejahteraan hidup
iv. kandungannya boleh diubah mengikut kesesuaian dan kehendak masyarakat
i dan ii sahaja
ii dan iii sahaja
i, ii dan iii sahaja
semua di atas
Berikut merupakan keunikan tamadun Islam KECUALI _______________.
i. bersifat terbuka dan bertoleransi
ii. sangat mementingkan kebendaan
iii. berkembang dalam persekitaran bandar
iv. sangat banyak mengambil unsur kebudayaan luar
i dan ii sahaja
ii dan iii sahaja
ii dan iv sahaja
iii dan iv sahaja
Faktor kejayaan tamadun Islam adalah _______________.
i. kestabilan politik
ii. peranan para sarjana
iii. penubuhan institusi ilmu
iv. peranan bahasa Arab sebagai bahasa utama dunia
i dan ii sahaja
i, ii dan iii sahaja
ii, iii dan iv sahaja
semua di atas
Faktor kejatuhan tamadun Islam adalah _______________.
i. Serangan tentera Eropah
ii. Serangan tentera Monggol
iii. Perkembangan pesat bidang sains dan teknologi
iv. Sikap pemimpin yang terlalu mementingkan hal-hal politik dan kedudukan
i dan ii sahaja
ii dan iii sahaja
ii dan iv sahaja
ii, iii dan iv sahaja
Padanan manakah yang betul bagi tokoh ini?
Ibnu Sina → bidang sejarah dan sosiologi
Al-Khawarizmi → terkenal dalam bidang akhlak
Ibnu Khaldun → ahli falsafah dan doktor perubatan
Al-Biruni → ahli falsafah, matematik, geografi, fizik dan astronomi.
Prinsip kesenian dalam Islam _______________.
i. Melibatkan muzik dan seni bina yang diambil daripada Eropah dan Afrika
ii. Kesenian menghubungkan manusia dengan tuhan, alam sekitar dan sesama manusia.
iii. Mementingkan persoalan akhlak dan kebenaran menyentuh aspek estetika, kemanusiaan dan moral
iv. Mengangkat martabat insan dengan tidak meninggalkan nilai kemanusiaan dan nilai persekitaran sejagat.
i dan ii sahaja
ii dan iii sahaja
ii, iii dan iv sahaja
semua di atas
Antara tulisan khat yang terkenal adalah _______________.
i. Kufi
ii. Farisi
iii. Thuluth
iv. Nasakh
i dan ii sahaja
ii dan iii sahaja
i, ii dan iv sahaja
semua di atas
Ciri-ciri ahli muzik menurut Islam adalah _______________.
i. Membina batasan aurat dan akhlak
ii. Tempat penglibatan mestilah bersesuaian dengan mesej Islam
iii. Mengakibat kesan yang baik dari segi perlakuan dan perbuatan
iv. Memahami matlamat dan tujuan untuk mendapat keredhaan Allah
i dan ii sahaja
ii dan iii sahaja
i, iii dan iv sahaja
semua di atas
Keluarga nuklear terdiri daripada _______________.
i. isteri
ii. suami
iii. anak-anak
iv. datuk nenek
i dan ii sahaja
i, ii dan iii sahaja
i, ii dan iv sahaja
semua di atas
Tujuan perkahwinan dalam Islam adalah _______________.
i. mendapatkan zuriat
ii. meramaikan umat Islam
iii. gandaan pahala dan berkat
iv. membendung perbuatan maksiat
i dan ii sahaja
i, ii dan iii sahaja
i, iii dan iv sahaja
semua di atas
Padanan hukum perkahwinan yang betul dalam Islam adalah _______________.
i. Haram : perkahwinan kerana ingin membalas dendam
ii. Sunat : seseorang yang mengidap penyakit seperti AIDS
iii. Harus : seseorang ingin berkahwin dan berusaha mendapatkan jodoh
iv. Wajib : seseorang yang mempunyai kemampuan untuk berkahwin dan ingin mengelakkan daripada perkara munkar
i dan ii sahaja
i, ii dan iii sahaja
i, iii dan iv sahaja
semua di atas
Hukum haram kekal dalam undang-undang keluarga Islam disebabkan _______________.
i. keturunan
ii. isteri orang
iii. penyusuan
iv. perkahwinan
i dan ii sahaja
i, ii dan iii sahaja
i, iii dan iv sahaja
semua di atas
Pengertian yang betul dalam tatacara perkahwinan dalam Islam adalah _______________.
i. memilih calon → memilih pasangan yang sesuai
ii. thalak → membubarkan ikatan perkahwinan
iii. iddah → tempoh masa isteri yang diceraikan oleh suami yang bergantung kepada masa sucinya
iv. khuluk → penceraian yang berlaku apabila suami membuat taklik iaitu suami melafazkan cerai dengan mengaitkan perbuatan atau perkataan
i dan ii sahaja
i, ii dan iii sahaja
i, ii dan iv sahaja
semua di atas
