wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH TING 4 BAB 4

Total questions: 80

Worksheet time: 39mins

Name
Class
Date
1.

Masyarakat Arab Jahiliah mengamalkan sistem Kabilah dengan semangat assabiah.


Apakah yang dimaksudkan dengan semangat assabiah?

a)

Sifat sayangkan ahli keluarga

b)

Perasaan kesukuan yang menebal

c)

Semangat bantu-membantu antara ahli

d)

Wujud kerjasama yang erat antara suku

2.

Sistem kabilah berjaya menanamkan semangat kesukuan yang menebal di kalangan ahlnya semasa Zaman Jahiliah.


Bagaimanakah sistem kabilah berjaya memupuk semangat tersebut di kalangan ahli?

a)

Terikat dengan peraturan yang ditetapkan oleh kabilahnya

b)

Berpeluang mendapat ganjaran yang besar jika setia

c)

Mementingkan semangat persaudaraan antara kabilah

d)

Mengenakan hukuman bunuh kepada ahli yang keluar kabilah

3.

Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. mengakhiri zaman kegelapan masyarakat Arab.

Mengapakah kelahiran nabi atau rasul penting ketika itu?

a)

Memberi petunjuk kehidupan

b)

Membina semula Empangan Maarib

c)

Meningkatkan hak dan status wanita

d)

Menjadi ketua kabilah kaum Quraisy

4.

• Abdul Manaf

• Qusai

• Hashim

• Abdul Muttalib


Tokoh yang disenaraikan di atas merupakan

a)

bapa saudara Nabi Muhammad s.a..w. yang memelihara baginda

b)

sahabat Nabi Muhammad s.a.w. yang membantu dalam penyebaran Islam

c)

keluarga Nabi Muhammad s.a.w. yang pernah memimpin kota Makkah

d)

orang Quraisy yang menentang ajaran Islam dengan hebatnya

5.

Mengapakah Nabi Muhammad s.a.w. digelar ‘al- Amin’?

a)

Pemaaf dan pengampun

b)

Suka membantu golongan miskin

c)

Bersifat amanah dan dipercayai

d)

Bergaul dengan semua orang

6.

Perletakan semula Hajar Aswad ke tempat asalnya oleh Nabi Muhammad s.a.w. menunjukkan kebijaksanaan dan kepimpinan baginda dalam menangani masalah yang timbul.


Apakah kesan daripada tindakan baginda itu?

a)

Mengukuhkan perpaduan masyarakat Makkah

b)

Masyarakat Makkah menerima ajaran Islam

c)

Makkah menjadi tempat pertemuan penyair

d)

Masjidil Haram mula diasaskan

7.

Surah al-Alaq ayat 1-5 memerintahkan umat Islam supaya membaca. Mengapakah membaca diwajibkan kepada umat Islam?

a)

Menjadi asas pembentukan tamadun manusia

b)

Menyaingi pencapaian tamadun Rom dan Yunani

c)

Menamatkan kehidupan Jahiliah masyarakat Arab

d)

Membolehkan masyarakat Arab membaca al-Quran

8.

Mengapakah perisytiharan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai Rasulullah melalui surah al-Muddasir memberi rahmat kepada semua umat?

a)

Menyeru manusia supaya menunaikan haji di Makkah

b)

Mewajibkan ajaran Islam disampaikan kepada manusia

c)

Menggalakkan manusia mencari rezeki dengan perniagaan

d)

Mewajibkan sembahyang fardu lima waktu kepada umat Islam

9.

Nabi Muhammad s.a.w. menerima wahyu kedua daripada Allah di Makkah.


Antara berikut manakah perintah wahyu tersebut kepada baginda?

a)

Membasmi kejahilan

b)

Menyebarkan ilmu pengetahuan untuk membina kemajuan

c)

Menyebarkan ajaran Islam termasuk memperluaskan ajaran al-Quran

d)

Mewujudkan kerjasama dengan orang bukan Islam

10.

- Uthman bin Affan

- Zubair bin Awam

- Al-Arqam bin Abu Arqam


Apakah kaitan tokoh di atas dengan dakwah Islamiah di Makkah?

a)

Membantu Nabi s.a.w. berlindung di Gua Hirak

b)

Memberi sokongan awal kepada Nabi Muhammad s.a.w.

c)

Menolong Nabi s.a.w. melakukan Hijrah di Habsyah

d)

Memberi modal kepada perjuangan Nabi Muhammad s.a.w.

11.
  • Berlaku selama 40 tahun
  • Peperangan antara kaum atau kabilah


Apakah nama peperangan tersebut?

a)

Perang Maarib

b)

Perang al-Basus

c)

Perang Bani Bakar

d)

Perang Bani Taghib

12.

Agama ini berasaskan ajaran Nabi Ibrahim a.s.


Apakah agama tersebut?

a)

Hanif

b)

Samawi

c)

Wathani

d)

Animisme

13.

Apakah peranan syeikh dalam sesebuah kabilah?

a)

Wakil tuhan

b)

Ketua kabilah

c)

Pemimpin agama

d)

Penasihat agama

14.

Golongan berikut berkai dengan golongan masyarakat Arab Zaman Jahiliah.


Golongan X - Tinggal di kawasan gurun dan pedalaman


Apakah X?

a)

al-Riddah

b)

Hadari

c)

Badwi

d)

Sufi

15.

Mengapakah Siti Khadijah digelar sebagai sebgai al-thaharah?

a)

Melahirkan cahaya mata

b)

Sangat taat kepada suami

c)

Memiliki sifat-sifat berani dan cekal

d)

Menjauhi perkara yang bertentangan dengan Islam

16.

Apakah yang akan berlaku sekiranya semangat assabiah dibenarkan berkembang di negara kita?

a)

Perpaduan rakyat runtuh

b)

Masyarakat hilang petunjuk

c)

Ekonomi berkembang pesat

d)

Rakyat tidak berpengetahuan

17.

Perkembangan tamadun Islam tidak bergantung

kepada potensi lembah sungai seperti tamadun lain.


Keadaan ini berlaku kerana …..

a)

kekuatan angkatan tentera.

b)

penggunaan konsep dewa-raja.

c)

pembinaan monumen dan kota pertahanan.

d)

kemantapan pemikiran dan ajaran agama.

18.

Mengapakah keruntuhan Empangan Maarib dianggap simbolik kepada gambaran masyarakat Jahiliah di Tanah Arab?

a)

kegagalan mewarisi kepentingan ilmu

b)

kesibukan dalam urusan perdagangan

c)

kelalaian membaiki empangan

d)

perebutan dalam menguasai empangan

19.

Apakah faktor utama yang menyebabkan masyarakat Zaman Jahiliah gagal membina semula Empangan Maarib yang telah pecah?

a)

Kehidupan mereka tidak bersatu

b)

tiada kemahiran yang mencukupi

c)

terlalu sibuk dengan perdagangan

d)

gagal membiayai kos pembinaan yang tinggi

20.

Kegiatan ekonomi bagi masyarakat Jahiliah mementingkan keuntungan dan kekayaan semata-mata.


Apakah kesan daripada situasi ini?

a)

Amalan riba tidak dibenarkan

b)

Masalah kemiskinan dapat diatasi

c)

Ramai golongan Quraisy menjadi kaya

d)

Rompakan tidak menjadi satu kesalahan

21.

Jahiliah berasal dari bahasa Arab yang bermaksud

a)

Bodoh

b)

Sombong

c)

Puak

d)

Semangat kesukuan

22.

Zaman Jahiliah bermula pada 300 S.M bila runtuhnya empangan Maarib di

a)

Arab Saudi

b)

Iran

c)

Yaman

d)

Iraq

23.

Jangka masa zaman jahiliah selama?

a)

310

b)

300

c)

333

d)

309

24.

Arab Badwi tinggal di kawasan?

a)

Gurun

b)

Persisiran pantai

25.

Siapakah yang mengetuai sesebuah kabilah?

a)

Syeikh

b)

Ketua

c)

Khalifah

d)

Sultan

26.

Kabilah bermaksud

a)

Puak

b)

Rombongan perniagaan

27.

Kafilah ialah

a)

Rombongan perniagaan

b)

Puak/suku

28.

Peperangan yang berlaku pada zaman jahiliah antara Bani Bakar dan Bani Taghlib.

a)

Al Basus

b)

Yamamah

c)

Uhud

d)

Badar

29.

Peperangan al Basus berlangsung selama?

a)

10 tahun

b)

20 tahun

c)

30 tahun

d)

40 tahun

30.

Agama wathani menyembah?

a)

Allah

b)

Berhala

c)

Alam

d)

Laut

31.

Agama Samawi merujuk kepada agama?

a)

Yahudi

b)

Islam

c)

Berhala

d)

Animisme

32.

Masyarakat Arab Jahiliah percaya roh orang mati akan menjadi?

a)

Burung

b)

Kuda

c)

Cipan

d)

Rama rama

33.

Agama Hanif di bawa oleh?

a)

Nabi Muhammad

b)

Nabi Yusuf

c)

Nabi Yahya

d)

Nabi Ibrahim

34.

Lelaki sempurna zaman Jahiliah dapat dicapai dengan cara?

a)

Minum arak

b)

Badan sasa

c)

Kacak

d)

Jadi pemimpin

35.

Bayi perempuan di tanam hidup hidup kerana dianggap?

a)

Jatuhkan maruah keluarga

b)

Jatuhkan kelas keluarga

c)

Bawa nasib baik

d)

Bawa rezeki

36.

Nabi Muhammad dilahirkan pada?

a)

20 April 570M

b)

20 Mei 570M

37.

Selepas datuk baginda meningga dunia, baginda di jaga oleh?

a)

Abdul Muttalib

b)

Abu Talib

c)

Ali bin Abu Talib

d)

Abu Lahab

38.

Kerasulan Nabi Muhammad telah diramal seorang pendeta Nasrani bernama?

a)

Buhaira

b)

Bukhari

c)

Abu jahal

d)

Abu Lahab

39.

Nabi muhammad berkahwin dengan Siti Khadijah pada usia?

a)

21

b)

22

c)

23

d)

25

40.

Zaman Jahiliah berakhir apabila turunnya wahyu pertama iaitu surah?

a)

Al Alaq

b)

Al iqra'

c)

Al Muddasir

d)

Al Hijr

41.

Wahyu pertama diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad melalui malaikat?

a)

Riduan

b)

Malik

c)

Izrael

d)

Jibril

42.

Wahyu pertama diturunkan pada 17 Ramadhan bersamaan

a)

6 ogos 610M

b)

7 ogod 610M

43.

Nabi Muhammad dilantik secara rasmi menjadi Rasullullah menerusi Surah

a)

Al Alaq

b)

Al Muddasir

c)

Al Hijr

d)

Al Anfal

44.

Dakwah secara sulit selama 3 tahun dilakukan baginda selepas turunnya surah?

a)

Al alaq

b)

Al Muddasir

c)

Al hijr

d)

Al anfal

45.

Dakwah secara terbuka selama 10 tahun dilakukan oleh baginda selepas turunnya surah

a)

Al hijr 94

b)

Al alaq

c)

Al muddasir

d)

Al hijr 95

46.

Siapakah yang pertama beriman kepada agama Islam?

a)

Ali bin Abu Talib

b)

Zaid bin Harithah

c)

Abu Bakar al Siddiq

d)

Siti Khadijah al Khuwailid

47.

Nabi Muhammad dilantik menjadi rasul pada usia?

a)

40 tahun

b)

25 tahun

c)

55 tahun

d)

63 tahun

48.

Apakah kepentingan surah al Alaq?

a)

Membaca

b)

Menulis

c)

Menghafal

d)

Berdakwah

49.

Ceramah dakwah secara terbuka dilakukan Baginda di Bukit

a)

Safa

b)

Marwah

c)

Uhud

d)

Badar

50.

Siapakah yang paling lantang menentang dakwah baginda?

a)

Abu Jahal

b)

Abu Lahab

c)

Abu Bakar

d)

Abu Hisyam

51.

Dakwah secara sulit dilakukan di rumah?

a)

Al Arqam

b)

Ali Bin Abu Thalib

52.

Majlis ceramah dakwah secara terbuka di adakan di rumah?

a)

Ali Bin Abu Thalib

b)

Abu Thalib

c)

Abu Bakar

d)

Al Arqam

53.

Siapakah nama sahabat yang diseksa oleh Abu Lahab sehingga buta?

a)

Zunainah

b)

Bilal

c)

Yassir

d)

Amir Fuhairah

54.

Pemimpin Arab Quraisy memujuk Nabi Muhammad meninggalkan dakwah dengan menawarkan perkara berikut KECUALI?

a)

Wanita cantik

b)

Kedudukan

c)

Harta

d)

Tanah ladang tammar

55.

Berikut bentuk pemulauan terhadap keluarga baginda KECUALI?

a)

Tidak benarkan keluar rumah

b)

Tidak berjual beli

c)

Tidak beri pertolongan

d)

Tidak berkahwin dengan keluarga baginda

56.

Apakah gelaran untuk Siti Khadijah?

a)

Al Thaharah

b)

Al siddiq

c)

Al faruq

d)

Al bukhari

57.

Hijrah pertama orang islam dibenarkan baginda ke negara?

a)

Habsyah

b)

Madinah

c)

Syam

d)

Yaman

58.

Mengapa baginda tidak turut serta dalam hijrah pertama?

a)

Menjaga orang Islam di makkah

b)

Strategi

c)

Baginda dikurung

d)

Baginda di tawan

59.

Baginda berdakwah ke Taif bersama _________ tetapi tidak berjaya.

a)

Zaid Bin Harithah

b)

Zaid bin thabit

c)

Ali Bin Abu Thalib

d)

Abu Bakar

60.

Nabi Muhammad berhijrah ke Madinah pada 622M selepas menerima perintah Allah menerusi wahyu?

a)

Surah Al Anfal

b)

Surah Al alaq

c)

Surah Al Muddasir

d)

Surah Al Hijr 94

61.

SPMU 2018

10.Masyarakat Arab pada Zaman Jahiliah sering bergaduh sesama sendiri.


Mengapakah pergaduhan tersebut berlaku?

T4 B4 ms 102 [ P1 B2-B5 ]

a)

A Pertukaran hak menguasai telaga zamzam

b)

B Perebutan hak milik untuk mengawal Kaabah

c)

C Pertelagahan kuasa mengutip cukai

d)

D Pengamalan semangat kesukuan

62.

SPM 2017

7.Mengapakah masyarakat Arab Jahiliah sering diserang oleh Rom dan Parsi ?

T4 B4 ms 102 [ P2 B6 ]

a)

A Mencabuli perjanjian yang telah dimeterai

b)

B Mengamalkan penyembahan berhala

c)

C Hidup berpecah belah

d)

D Tidak jujur dalam perniagaan

63.

SPM 2017

8.Nabi Muhammad SAW telah membenarkan orang Islam Makkah berhijrah ke Habsyah?


Mengapakah baginda membenarkan penghijrahan tersebut?

T4 B4 ms 113 [ P2 B5 ]

a)

A Menjalin hubungan diplomatik

b)

B Mengelakkan penindasan

c)

C Mengadakan rundingan damai

d)

D Memenuhi jemputan pemerintah

64.

SPM 2016

7.Tokoh berikut adalah antara yang terawal memeluk Islam di Makkah.

 Bilal bin Rabah

 Amir bin Fuhairah

Mengapakah mereka tertarik kepada ajaran Islam?

T4 B4 ms 110 [ P3 B3 ]

a)

A Persamaan taraf

b)

B Perubahan status

c)

C Desakan keluarga

d)

D Kebebasan beragama

65.

SPMU 2016

7.Mengapakah masyarakat Arab jahiliah marah dan bermasam muka apabila menerima kelahiran anak perempuan?

T4 B4 ms 101 [ P1 B9 ]

a)

A Harta tergadai

b)

B Hilang jawatan

c)

C Maruah tercabar

d)

D Keluarga terancam

66.

SPMU 2016

8.Bentuk pemulauan terhadap keluarga Nabi Muhammad SAW yang dilakukan oleh orang Quraisy Makkah adalah larangan

T4 B4 ms 112 [ SUDUT MAKLUMAT ]

a)

A mendekati orang ramai

b)

B menjalin hubungan luar

c)

C memasuki kota Makkah

d)

D menjalankan perniagaan

67.

SPMU 2015

7.Surah berikut adalah wahyu kedua yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW yang mengandungi perintah supaya menyebarkan Islam.

Surah al-Muddasir ayat 1 hingga 7


Bagaimanakah Nabi Muhammad SAW melaksanakan perintah tersebut?

T4 B4 ms 109 [ P2 B2 ]

a)

A Mendirikan kerajaan yang berpusat di Makkah

b)

B Mengarahkan sahabat menyampaikan dakwah di Madinah

c)

C Menawarkan kedudukan tinggi kepada kaum bangsawan Quraisy

d)

D Menyampaikan dakwah terhadap keluarga terdekat terlebih dahulu

68.

SPMU 2014

7.Selepas Abu Talib dan Siti Khadijah meninggal dunia, penentangan terhadap penyebaran Islam di Makkah semakin meningkat.


Bagaimanakah Nabi Muhammad SAW menangani penentangan tersebut?

T4 B4 ms 113 [ P2 B6 ]

a)

A Membenarkan orang Islam berhijrah ke Habsyah

b)

B Mengadakan rundingan dengan orang Quraisy

c)

C Mendapatkan bantuan penduduk Madinah

d)

D Mengasingkan diri di dalam Gua Hirak

69.

SPM 2011

7.Mengapakah Nabi Muhammad SAW digelar sebagai al-Amin?

T4 B4 ms 105 [ P4 B2 ]

a)

A Keturunan baginda dihormati

b)

B Memiliki kebijaksanaan

c)

C Berpengalaman luas

d)

D Sentiasa dipercayai

70.

SPM 2005

7.Nabi Muhammad SAW diamanahkan oleh pemimpin Arab Quraisy untuk meletakkan Hajar Aswad ke tempat asalnya.


Apakah kepentingan peristiwa tersebut kepada masyarakat Arab?

T4 B4 ms 106 [ SUDUT MAKLUMAT ]

a)

A Penyebaran Islam di Makkah

b)

B Perbalahan antara kaum dielakkan

c)

C Perkembangan perdagangan di Makkah

d)

D Pelantikan pemimpin dari kalangan orang Islam

71.

SPM 2018

7 Masyarakat Arab Jahiliah mengamalkan Sistem Kabilah.

Apakah kesan amalan sistem tersebut?


I Perang kerap berlaku

II Sistem beraja merosot

III Pengaruh asing lemah

IV Semangat assabiah muncul

a)

A I dan II

b)

B I dan IV

c)

C II dan III

d)

D III dan IV

72.

SPM 2018

8 Dialog berikut mungkin berlaku dalam kalangan pemimpin Quraisy di kota Makkah pada zaman Jahiliah.


Pemimpin A : Nampaknya Muhammad menolak semua tawaran kita

Pemimpin B : Ya, kita mesti bertindak tegas terhadap Muhammad


Berdasarkan dialog di atas, apakah tindakan yang diambil terhadap Nabi Muhammad SAW?

a)

A Merampas harta benda

b)

B Menagkap saudara terdekat

c)

C Memulaukan keluarga baginda

d)

D Mengenakan cukai yang tinggi

73.

Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum. Ciri masyarakat Arab Jahiliah manakah yang harus dielakkan oleh masyarakat kita?

a)

Assabiah

b)

Bersatu padu

c)

Saling membantu

d)

Saling menghormati

74.

Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan pada?

a)

12 Rabiulawal 570 M.

b)

12 Rabiulakhir 570 M

c)

12 Rabiulawal Tahun Gajah

d)

12 Rabiulakhir Tahun Gajah

75.

*Waraqah bin Naufal

*Umaiyah bin Abi Salt


Senarai tersebut merupakan pengikut ajaran agama?

a)

Hanif

b)

Wathani

c)

Samawi

d)

Animisme

76.

Apakah syarat-syarat untuk menjadi seorang syeikh dalam Sistem Kabilah?

a)

Bijak berpidato / Berfikiran matang

b)

Bijak berpidato / Golongan bangsawan

c)

Berfikiran matang/ Beragama Yahuhi

d)

Beragama Yahudi / golongan Bangsawan

77.

Mengapakah sisem kabilah memberikan kesan buruk kepada kehidupan masyarakat Arab Jahiliah?

a)

Perpaduan masyarakat Arab terhakis

b)

Berlaku peperangan dalam kalangan masyarakat

c)

Rampasan dan rompakan punca sumber ekonomi

d)

Tidak dapat berkomunikasi dengan masyarakat luar

78.

Mengapakah gelaran al-thaharah diberikan kepada Khadijah binti Khuwalid?

a)

Bijak menguruskan perniagaan

b)

Sentiasa menjauhi segala maksiat

c)

Berkahwin dengan Nabi Muhammad s.a.w

d)

Pandai mengambil hati Nabi Muhammad s.a.w

79.

Mengapakah Nabi Muhammad s.a.w digelar al-Amin?

a)

Kedudukan yang tinggi dan dihormati

b)

Kebijaksanaan menguruskan perniagaan

c)

Memiliki kewibawaan sebagai pemimpin

d)

Perkataan dan perbuatan sentiasa dipercayai

80.

Surah al-Alaq (Ayat 1-5)

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menjadikan mansia dengan segumpal darah"


Apakah kepentingan surah tersebut?

a)

Berakhirnya Zaman Jahiliah

b)

Pelantikan Nabi Muhammad s.a.w sebagai Rasul

c)

Menyeru masyarakat menghapuskan amalan Jahiliah

d)

Pelantikan Nabi Muhammad s.a.w sebagai pemimpin Makkah