wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SAINS T1 KSSM 2019

Total questions: 50

Worksheet time: 25mins

Name
Class
Date
1.

Namakan radas.

a)

Pipet

b)

Buret

c)

Picagari

d)

Termometer

2.

Apakah fungsi buret?

a)

Menyukat isipadu cecair dengan tepat

b)

Menyukat isipadu cecair yang tetap

c)

Menyukat jisim bahan

d)

Mengumpul gas

3.

Antara A, B, C, D yang manakah simbol bagi bahan radioaktif?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

4.

Apakah unit SI bagi jisim?

a)

kilogram

b)

newton

c)

ampere

d)

meter

5.

Namakan radas untuk menyukat panjang.

a)

Termometer

b)

Neraca digital

c)

Ammeter analog

d)

Tolok skru mikrometer

6.

Dalam sel haiwan, apakah fungsi membran plasma?

a)

Menjana tenaga

b)

Mengekalkan bentuk sel

c)

Mengawal pergerakan bahan masuk dan keluar

d)

Memerangkap cahaya matahari

7.

Kesemua berikut adalah organisma unisel kecuali ...

a)

Klamidomonas

b)

Hidra

c)

Euglena

d)

Paramesium

8.

Apakah fungsi sel saraf?

a)

Mengecut dan mengendur untuk menghasilkan pergerakan

b)

Melindungi badan daripada jangkitan penyakit

c)

Membawa maklumat dalam bentuk sinaps

d)

Mengangkut oksigen ke seluruh badan

9.

Pilih organisasi sel yang betul.

a)

Tisu > Sel > Organ > Sistem

b)

Sel > Tisu > Organ > Sistem

c)

Sel > Organ > Tisu > Sistem

d)

Tisu > Organ > Sel > Sistem

10.

Duodenum merupakan organ yang terlibat dalam sistem T. Apakah sistem T?

a)

Sistem perkumuhan

b)

Sistem respirasi

c)

Sistem pencernaan

d)

Sistem pembiakan

11.

Antara bahan berikut, yang manakah tidak diperlukan dalam fotosintesis?

a)

Oksigen

b)

Karbon dioksida

c)

Klorofil

d)

Air

12.

Pernyataan yang manakah benar tentang respirasi?

a)

Proses yang menyerap tenaga

b)

Memerlukan karbon dioksida dan air

c)

Berlaku dalam kloroplas

d)

Tidak memerlukan cahaya

13.

Kesemua yang berikut adalah mekanisme untuk menurunkan suhu badan ke julat normal iaitu 37C, kecuali ...

a)

Salur darah mengembang

b)

Bulu roma mendatar dan mencondong ke kulit

c)

Otot rangka tidak dirangsang & badan tidak menggigil

d)

Kelenjar peluh tidak dirangsang

14.

Apakah yang berlaku semasa aktiviti cergas?

a)

Kadar pernafasan meningkat

b)

Kadar denyutan jantung menurun

c)

Respirasi sel menurun

d)

Karbon dioksida yang disingkirkan sedikit

15.

Apakah organ yang terlibat dalam perkumuhan?

a)

Peparu

b)

GInjal

c)

Pankreas

d)

Duodenum

16.

Berikut merupakan pembiakan aseks kecuali ...

a)

Pertunasan

b)

Penjanaan semula

c)

Belahan dedua

d)

Persenyawaan dalam

17.

Organisma manakah yang menjalankan pembiakan seks?

a)

Tapak sulaiman

b)

Yis

c)

Cacing

d)

Paku pakis

18.

Namakan jenis pembiakan bagi lumut.

a)

Pembentukan spora

b)

Pertunasan

c)

Pembiakan vegetatif

d)

Penjanaan semula

19.

Apakah fungsi skrotum dalam struktur pembiakan lelaki?

a)

Memindahkan sperma ke dalam faraj perempuan

b)

Menyalurkan sperma ke uretra

c)

Melindungi dan mengekalkan suhu testis

d)

Merembeskan bendalir yang mengandungi nutrien

20.

Apakah struktur yang menghasilkan ovum dalam sistem pembiakan betina?

a)

Uterus

b)

Ovari

c)

Tiub fallopio

d)

Faraj

21.

Apakah maksud ovulasi?

a)

Pembebasan ovum matang

b)

Percantuman sperma dan ovum menghasilkan zigot

c)

Pelekatan zigot di dinding uterus

d)

Pembahagian zigot berulang kali menghasilkan embrio

22.

Apakah fungsi plasenta dan tali pusat?

a)

Menyerap hentakan dan gegaran untuk mencegah kecederaan fetus

b)

Menyalurkan nutrien dan oksigen untuk fetus

c)

Membentuk pundi dan mengandungi bendalir amnion

d)

Membebaskan ovum matang

23.

Pilih nutrien yang betul yang diperlukan untuk ibu mengandung.

a)

Protein untuk pembentukan hemoglobin

b)

Asid folik untuk perkembangan sistem saraf fetus

c)

Kalsium untuk membekalkan tenaga

d)

Besi untuk pembentukan tulang dan gigi

24.

Antara kaedah pencegahan kehamilan yang berikut, yang manakah menghalang pengovulan?

a)

Alat kontraseptif dalam uterus (IUCD)

b)

Kondom

c)

Spermisid

d)

Pil pencegah hamil

25.

Antara beikut, yang manakah struktur pembiakan jantan bagi bunga?

a)

Anter

b)

Stigma

c)

Stil

d)

Ranggi

26.

Apakah fungsi mikropil dalam biji benih?

a)

Membenarkan air dan udara masuk

b)

Melindungi biji benih dan embrio

c)

Tempat biji benih melekat pada buah

d)

Menyimpan dan membekalkan makanan

27.

Keadaan manakah yang tidak diperlukan untuk percambahan biji benih?

a)

Air

b)

Udara

c)

Suhu

d)

Cahaya

28.

Pembiakan vegetatif tidak melibatkan ...

a)

Batang

b)

Daun

c)

Biji benih

d)

Akar

29.

Antara berikut yang manakah bukan jirim?

a)

Bunyi

b)

Tanah

c)

Mineral

d)

Udara

30.

Pilih pernyataan yang tidak benar tentang jirim

a)

Kesemua jirim memenuhi ruang

b)

Kesemua jirim mempunyai jisim

c)

Kesemua jirim boleh dimampatkan

d)

Kesemua jrim mempunyai isipadu

31.

Y ialah proses pergerakan zarah-zarah dari kawasan berkepekatan tinggi ke kawasan berkepekatan rendah. Apakah Y?

a)

Resapan

b)

Serapan

c)

Pemejalwapan

d)

Kondensasi

32.

Proses yang manakah menyerap haba?

a)

Peleburan

b)

Penyejatan

c)

Pembekuan

d)

Kondensasi

33.

Perubahan yang manakah benar tentang kondensasi?

a)

Gas kepada cecair

b)

Pepejal kepada gas

c)

Cecair kepada gas

d)

Pepejal kepada cecair

34.

Apakah cas bagi neutron?

a)

Tidak bercas

b)

Cas positif

c)

Cas negatif

35.

Kumpulan manakah adalah logam?

a)

Klorin, natrium, merkuri

b)

Ferum, silikon, kalium

c)

Helium, ferum, zink

d)

Kalsium, aluminium, merkuri

36.

Yang manakah tidak benar bagi ciri bukan logam?

a)

Permukaan berkilau

b)

Takat lebur tinggi

c)

Takat didih rendah

d)

Boleh ditempa

37.

Berikut merupakan gas kecuali . . .

a)

Helium

b)

Nitrogen

c)

Argon

d)

Silikon

38.

Apakah kaedah untuk mengasingkan komponen-komponen dalam air?

a)

Elektrolisis

b)

Penyulingan

c)

Kromatografi

d)

Pengapungan

39.

Udara adalah . . .

a)

Sebatian

b)

Unsur

c)

Campuran

d)

Logam

40.

Apakah komposisi karbon dioksida dalam atmosfera?

a)

78%

b)

0.03%

c)

21%

d)

0.97%

41.

Apakah gas yang diperlukan untuk fotosintesis?

a)

Oksigen

b)

Karbon dioksida

c)

Nitrogen

d)

Hidrogen

42.

Kesemua gas berikut merupakan gas rumah hijau kecuali . . .

a)

Karbon dioksida dan karbon monoksida

b)

Karbon monoksida dan metana

c)

Metana dan karbon dioksida

d)

Benzena dan metana

43.

Tiga syarat yang diperlukan untuk pembakaran ialah . . .

a)

Haba, oksigen, bahan api

b)

Oksigen, cahaya, haba

c)

Bahan api, haba, cahaya

d)

Nitrogen, cahaya, oksigen

44.

Apakah bahan yang tidak menyebabkan hujan asid?

a)

Sulfur dioksida

b)

Nitrogen monoksida

c)

Karbon dioksida

d)

Klorofluorokarbon

45.

Apakah alat yang tidak mengaplikasikan konsep pantulan cahaya?

a)

Kaleidoskop

b)

Periskop

c)

Stetoskop

d)

Teleskop pantulan

46.

Antara berikut yang manakah bukan sifat cahaya?

a)

Cahaya bergerak lurus

b)

Cahaya boleh dipantulkan

c)

Cahaya boleh dibiaskan

d)

Cahaya bergerak pelahan

47.

Antara berikut yang manakah bukan aplikasi pembiasan cahaya?

a)

Cahaya putih terbentuk daripada gabungan 7 warna

b)

Ikan di kolam kelihatan lebih dekat daripada kedalaman sebenar

c)

Kolam renang kelihatan lebih dalam daripada kedalaman sebenar

d)

Langit kelihatan biru semasa tengah hari

48.

Antara berikut yang manakah warna sekunder?

a)

Merah

b)

Kuning

c)

Hijau

d)

Biru

49.

Lapisan atmosfera yang manakah paling panas?

a)

Troposfera

b)

Mesosfera

c)

Termosfera

d)

Eksosfera

50.

Proses geomorfik berikut di luar kerak Bumi kecuali . . .

a)

Luluhawa

b)

Pengenapan

c)

Perolakan mantel

d)

Hakisan