wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bahasa Melayu - Penjodoh Bilangan (Cikgu Abdullah)

Total questions: 20

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Ayah membeli se______________ kereta terpakai untuk abang.

a)

biji

b)

buah

c)

ketul

d)

batang

2.

Di hujung kampung itu terdapat se______________ sungai yang jernih airnya.

a)

batang

b)

buah

c)

laras

d)

pasang

3.

Puan Farhana membeli se______________ anting-anting untuk anak perempuannya.

a)

butir

b)

helai

c)

pasang

d)

batang

4.

Encik Ahmad membeli tiga ______________ buah durian dengan harga RM50.

a)

buah

b)

ulas

c)

butir

d)

biji

5.

Farah Husna sedang minum se______________ air kosong kerana dia berasa dahaga.

a)

gelas

b)

cangkir

c)

cawan

d)

bekas

6.

Puan Juriah membeli se_____________ pisang di gerai itu.

a)

tandan

b)

sikat

c)

jambak

d)

biji

7.

Pelukis itu melukis beberapa ______________ bunga mawar di atas se______________ kertas.

a)

jambak .......... keping

b)

kuntum ......... papan

c)

kuntum ......... helai

d)

jambak ......... naskah

8.

Di tengah padang itu ada se_____________ lembu sedang meragut rumput.

a)

pasukan

b)

gerombolan

c)

kawan

d)

ikat

9.

Di tebing sungai itu ada beberapa ____________ buluh kuning yang hidup subur.

a)

potong

b)

rumpun

c)

kaki

d)

ikat

10.

Emak memasukkan se_____________ garam ke dalam makanan yang dimasaknya.

a)

genggam

b)

botol

c)

cubit

d)

tangan

11.

Puan Suhaila memotong sayur dengan menggunakan se_____________ pisau yang tajam.

a)

batang

b)

laras

c)

keping

d)

bilah

12.

Se____________ budak lelaki sedang berdiri di bawah se___________ pokok yang rendang.

a)

kawan.......pohon

b)

orang......batang

c)

murid......batang

d)

ekor......pohon

13.

Di hadapan kedai buku itu ada dua _____________ kereta.

a)

biji

b)

butir

c)

bentuk

d)

buah

14.

Cik Olivia membeli tiga _____________ baju kurung dari butik itu.

a)

helai

b)

pasang

c)

lembar

d)

bidang

15.

Dalam kotak itu ada se_____________ kapak yang tajam.

a)

batang

b)

keping

c)

bilah

d)

ketul

16.

Abang saya membeli sepuluh _____________ sate di pasar malam.

a)

batang

b)

lidi

c)

ketul

d)

cucuk

17.

Adik saya hanya makan tiga ______________ durian sahaja.

a)

ulas

b)

biji

c)

buah

d)

ketul

18.

Se____________ pengganas komunis telah ditumpaskan oleh tentera.

a)

kawan

b)

gerombolan

c)

pasukan

d)

kumpulan

19.

Beberapa ______________ pensel dan se_______________ buku latihan kepunyaan Hannah telah hilang pagi tadi.

a)

puntung.......helai

b)

batang.......buah

c)

ikat.....buah

d)

batang.....helai

20.

Dua ________________ meja dalam kelas 4 Sayang telah rosak.

a)

pasang

b)

biji

c)

ketul

d)

buah