wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Di Sebalik Dinara Tingkatan 4

Total questions: 13

Worksheet time: 4mins

Name
Class
Date
1.

Novel Di Sebalik Dinara berkisarkan

a)

Seorang gadis genius bernama Faris

b)

Seorang gadis genius bernama Farisha

c)

Seorang gadis yang pendendam terhadap abangnya

2.

Aqram merupakan pekerja di sebuah syarikat besar bernama soft lab. Farisha mula mengenali Aqram...

a)

dalam penerbangan ke Johor Bahru untuk menyertai kursus

b)

semasa bekerja di Soft Lab milik Dr Maxi

c)

semasa di hospital

d)

dalam penerbangan mereka dari Nusa Jaya ke Kuala Lumpur

3.

Dr Maxi merupakan

a)

seorang penyelidik di Soft Lab yang mengetuai projek untuk membangunkan Sistem Dina.

b)

seorang penyelidik di Soft Lab yang mengetuai projek untuk membangunkan Sistem Dinara.

c)

kawan serumah Farisha

d)

seorang kanak-kanak terencat akal yang dicipta semula oleh Karl 30 tahun yang lalu.

4.

Perwatakan Farisha seperti berikut kecuali..

a)

Seorang yang Bijak. Farisha ialah jurutera keselamatan sistem komputer yang berjaya melepasi sistem keselamatan Bank Sapurba.

b)

Seorang yang tabah. Farisha tabah menghadapi kenyataan bahawa dia ialah anak angkat kepada keluarga Azraai.

c)

Seorang yang mempunyai belas kasihan. Farisha merayu kepada Dr Maxi agar membetulkan ingatan Shida.

5.

Rosman merupakan rakan kongsi Farisha di syarikat Secured Shell Sdn. Bhd serta mengendalikan kerja syarikat di Senawang.

a)

Betul

b)

Salah

6.

Dr Maxi merancang strategi dengan menawarkan Aqram dan Farisha RM1.5 juta serta RM40 ribu kepada Shida demi memastikan projek Dinara berjaya.

a)

Betul

b)

Salah

7.

Shida berjaya menyelongkar rahsia Dinara. Shida mendapati bahawa nama Medina tidak tercatat dalam senarai kumpulan yang membangunkan Dinara walaupu projek itu ialah usaha sama Medina dengan Karl.

a)

Betul

b)

Salah

8.

Berikut merupakan contoh peristiwa bagi nilai kasih sayang yang terdapat dalam novel Di Sebalik Dinara kecuali..

a)

Azraai menyayangi Farisha apabila dia memasang interkom dan retinal scanner di rumah sewa Farisha dan Shida. Dia mahu melindungi keselamatan Farisha setelag berlaku kejadian bunuh berhampiran dengan rumah sewa Farisha.

b)

Azraai yang mengetahui bahawa Farisha hanyalah anak angkat keluarganya tetap melayani Farisha seperti adik kandung dan cuba melindungi Farisha.

c)

Azraai menghubungi Rosman untuk mendapatkan pertolongan untuk menyelamatkan Farisha.

d)

Farisha amemaafkan kesalahan Medina dan Rosman yang menjadikannya mangsa untuk mencapai keinginan mereka sehingga dia menjadi anak angkat orang lain selama 26 tahun.

9.

Aqram dan Khairul Anwar sangat patuh kepada arahan ketuanya iaitu Dr Maxi dan Karl walaupun kerap dimaki hamun oleh Karl.Namun mereka tidak sanggup meneruskan misi mencari Farisha untuk menyelamatkan Dinara walaupun banyak rintangannya.

a)

Betul

b)

Salah

10.

Rosman dan Farisha saling bekerjasama untuk membangunkan syarikat kongsi mereka iaitu Secured Shell. Mereka juga bekerjasama untuk menjalankan projek mini yang ditawarkan oleh Soft Lab.

a)

Betul

b)

Salah

11.

Tema novel Di Sebalik Dinara ialah

a)

Ketabahan seorang wanita menghadapi pelbagai rintangan hidup.

b)

keberanian seorang anggota tentera dalam mempertahankan tanah air.

c)

ketaksuban seseorang terhadap teknologi hingga menghilangkan sifat kemanusiaan.

12.

"Pagi itu hati Shida meronta-ronta ingin kembali membaca kisah medina"


Nyatakan gaya bahasa yang sesuai dengan penyataan di atas.

a)

Simile

b)

Hiperbola

c)

Metafora

d)

Responsi

13.

Farisha merupakan gadis berusia 26 tahun, bekerja sebagai jurutera keselamatan sistem. Dia dan Rosman bekerjasama menubuhkan syarikat Secured Shell Sdn Bhd. Farisha juga merupakan anak tidak sah taraf hasil hubungan Karl dengan Medina dan dijaga oleh keluarga Rosman sejak kecil lagi.

a)

Betul

b)

Salah