wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

MyMemory (Bab 7) Ting. 4

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Mengapakah Asia Tenggara Menjadi tumpuan pedagang?

a)

Keramahan penduduk

b)

Bebas bencana alam

c)

Pusat penyebaran agama

d)

Kekayaan sumber alam

2.

Apakah bukti Asia Tenggara mempunyai lokasi yang strategik?


I. Berhampiran Lautan Hindi

II. Dihubungi oleh Selat Melaka

III. Terletak di antara China dan India

IV. Bebas daripada tiupan angin monsun

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

3.

Apakah hujah yang membuktikan bahawa penyebaran Islam ke Asia Tenggara melalui Semenanjung Tanah Arab?

a)

Berlaku penghijrahan pedagang Arab ke Asia Tenggara

b)

Terdapat perkampungan pedagang Arab di Asia Tenggara

c)

Penemuan Batu Bersurat Terengganu di Kuala Sungai Tersat

d)

Terdapat persamaan unsur seni bina Arab dengan seni bina tempatan

4.

Kewujudan perkampungan Islam bernama Ta Shih di Sumatera Utara pada tahun 650 Masihi membuktikan

a)

peranan pedagang Arab

b)

kedatangan Islam dari China

c)

pengislaman pemerintah terawal

d)

kedudukan Sumatera yang strategik

5.

Apakah yang berkaitan dengan tokoh yang berikut?


  • S.Q Fatimi
  • Snouck Hurgronje
a)

Merupakan pengembara terkenal

b)

Memperkenalkan pentadbiran Barat

c)

Menterjemahkan hasil kesusasteraan

d)

Mengemukakan teori kedatangan Islam

6.

Apakah peranan pedagang Islam di Asia Tenggara?

a)

Mengetuai pentadbiran

b)

Membuka perkampungan

c)

Menterjemah hasil karya sastera

d)

Mendirikan institusi pendidikan formal

7.

Apakah sifat pedagang Islam sehingga menarik minat penduduk tempatan memeluk Islam?

a)

Jujur

b)

Bersatu hati

c)

Bijak berniaga

d)

Setia kepada pemerintah

8.

Bagaimanakah Kesultanan Melayu Melaka meluaskan jajahan takluknya?

a)

Mempunyai hasil bumi yang banyak

b)

Memiliki tentera laut yang besar

c)

Kepadatan penduduk yang tinggi

d)

Menyebarkan dakwah Islamiah

9.

Gerakan dakwah Islamiah yang dijalankan oleh Wali Songo tertumpu di

a)

Istana raja

b)

Sekolah pondok

c)

Masjid Agung Demak

d)

Kediaman Wali Songo

10.

Senarai berikut berkaitan penyebaran Islam di Asia Tenggara.


  • Dayah
  • Pondok


Apakah persamaan tempat tersebut?

a)

Kawasan ibadat

b)

Institusi pendidikan

c)

Tempat tinggal ulama

d)

Pusat pentadbiran kerajaan

11.

Mengapakah pemerintah kerajaan Islam tidak dapat menjalankan sepenuhnya undang - undang syariah?

a)

Tidak mendapat sokongan rakyat

b)

Penentangan daripada golongan bangsawan

c)

Terikat dengan undang - undang adat

d)

Terpengaruh dengan undang - undang Barat

12.

Apakah pengaruh Islam dalam aspek tulisan?

a)

Pengenalan tulisan jawi

b)

Penggunaan tulisan rumi

c)

Pengajaran bahasa Arab

d)

Pengaruh tulisan Sanskrit

13.

Apakah maksud ad-din dalam Islam?

a)

Kehidupan moden

b)

Cara hidup yang lengkap

c)

Persamaan taraf sesama manusia

d)

Meninggalkan unsur - unsur animisme

14.

Apakah tindakan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam dalam mengukuhkan ekonomi Islam di Acheh?

a)

Memperkenalkan baitulmal

b)

Memansuhkan cukai perdagangan

c)

Melantik pedagang Islam sebagai syahbandar

d)

Memaksa golobgan kaya membayar zakat harta

15.

Apakah sifat masyarakat Asia Tenggara yang membolehkan dakwah Islamiah disebarkan dengan aman tanpa konflik?

a)

Prejudis

b)

Bersikap terbuka

c)

Memiliki sifat mahmudah

d)

Mementingkan perpaduan