wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Berikut merujuk kepada maksud tema, kecuali?

a)

Persoalan utama

b)

Idea utama

c)

Idea pokok

d)

Perkara kecil dalam sesuatu karya

2.

Setelah anda pelajari berkenaan persoalan, persoalan merujuk kepada _____?

a)

Dikesan setelah sesuatu karya itu selesai dibaca.

b)

Perkara-perkara kecil dalam sesuatu karya yang ada hubungannya dengan tema.

c)

Persoalan hanya ada satu dalkam sesebuah karya.

d)

Idea utama dalam sesebuah karya.

3.

Drama Berkhidmat untuk Negara mengisahkan .......

a)

Hakim, cucu Pak Kaduk yang berusaha menuntu balik tanah datuknya yang dirampas oleh raja.

b)

Mel yang berhasrat untuk menetap di ibu kota tetapi dihalang oleh bondanya.

c)

Mas dan rakan-rakan melancong ke Turki.

d)

Aiman yang tidak mahu mengikuti program PLKN.

4.

Aiman berusaha untuk memujuk ayahnya, Khir Ghazali supaya dia ..........

a)

Aiman dipilih menyertai PLKN.

b)

Aiman dipilih menyertai lawatan ke Turki.

c)

Aiman dikecualikan daripada menyertai PLKN tetapi gagal.

d)

Aiman dikecualikan daripada mengikuti lawatan ke Turki.

5.

Apakah tema bagi drama Berkhidmat untuk Negara?

a)

Keengganan seorang remaja menyertai PLKN kerana bakal menggugat keselesaannya

b)

Pengalaman seorang pelancong yang suka melancong.

c)

Kesungguhan seorang anak muda menceburi bidang pertanian dan keusahawanan.

d)

Kepahlawanan seorang Laksamana yang mempertahankan negara daripada ancaman musuh dan anasir luar.

6.

Berikut merupakan persoalan yang terdapat dalam drama Berkhidmat untuk Negara, kecuali

a)

Persoalan kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak

b)

Persoalan tanggungjawab masyarakat terhadap golongan remaja

c)

Persoalan kegigihan anak muda mengusahakan penternakan ayam.

d)

Persoalan ketegasan ibu bapa mendidik anak-anak

7.

Manakah contoh persoalan tanggungjawab seorang guru memberi pendedahan tentang PLKN kepada murid-murid

a)

Contohnya, Khir Ghazali sangat menyayangi Aiman dan mahu Aiman menyertai PLKN supaya tidak terlibat dengan perkara yang tidak berfaedah.

b)

Contohnya, Cikgu Dahari bertanggungjawab memberi pendedahan tentang Program Latihan Khidmat Negara dan kebaikan jika menyertai PLKN kepada para pelajarnya

c)

Contohnya, Aiman tidak menghormati Nek Siah sebagai orang yang lebih tua.

d)

Ziman berjaya membina sikap berdikari dan jati diri dalam hidupnya setelah mengikuti program PLKN.

8.

Contohnya, sebagai Bapa, Khir Ghazali tidak menurut kehendak Aiman malah Khir Ghazali bertegas supaya Aiman tetap menyertai PLKN.


Contoh tersebut merupakan contoh bagi persoalan _______

a)

Persoalan kesedaran tentang kepentingan menyertai PLKN

b)

Persoalan kebijaksanaan menggunakan strategi untuk menewaskan musuh.

c)

Persoalan sikap peniaga yang tidak bertanggungjawab.

d)

Persoalan ketegasan ibu bapa mendidik anak-anak

9.

Berikan contoh yang sesuai bagi persoalan kesedaran tentang kepentingan menyertai PLKN

a)

Contohnya, Aiman sedar akan sikap negatif dan tanggapannya yang salah terhadap pelaksanaan PLKN setelah membaca berita tentang PLKN di laman sesawang.

b)

Contohnya, bonda meminta anaknya melengkapkan diri dengan ilmu agama dengan baik.

c)

Contohnya, kijang terpaksa dibunuh agar kulitnya dapat dijadikan jaket.

d)

Contohnya, Ibu Lili sering menasihati Lili dengan suara yang lemah lembut.

10.

Contohnya, Khir Ghazali sangat menyayangi Aiman dan mahu Aiman menyertai PLKN supaya tidak terlibat dengan perkara yang tidak berfaedah.


Kenal pasti persoalan yang sesuai

a)

Persoalan ketegasan ibu bapa mendidik anak-anak

b)

Persoalan kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak

c)

Persoalan sikap peniaga yang tidak bertanggungjawab.

d)

Persoalan kesedaran tentang kepentingan menyertai PLKN