NEW
Font size
WorksheetsLatihan UPSR Bahasa Melayu 12
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
"Tarian yang ___________ persembahkan di hadapan ____________ merupakan tarian istana Melayu zaman silam," kata Norli kepada pemberita.
aku … tuanku
hamba … baginda
patik … tuanku
saya … kamu
Air sungai di kawasan itu menjadi ___________ kerana musim kemarau yang berpanjangan.
keruh
tohor
likat
dalam
Beg yang berat itu tidak ____________ olehnya.
bergalas
menggalas
tergalas
digalas
Terdapat dua _______ pokok kelapa yang ditanam di belakang rumah datuk.
pokok
batang
perdu
ruas
Sejak belakangan ini badannya semakin ____________ kerana hilang selera makan.
kempis
susut
kendur
kedut
Menjelang senja, banyak burung __________ di dahan pokok jejawi.
bertenggek
bertenggong
duduk
berlunjur
____________ menunggu hujan reda, mereka berbual-bual tentang pengalaman masing-masing.
Sebaik
Malahan
Sementara
Semenjak
Cef Hafiy mengambil dua labu bawang putih lalu ditumbuk hingga _______.
hancur
licin
lumat
pecah
Ustaz Aizul Anuar membetulkan songkoknya yang ____________ ke kanan.
lurus
miring
tegak
lekuk
Pelancong dari Amerika begitu teruja melihat ketelitian para nelayan ___________ jala di jeti Pulau Pangkor.
menganyam
menjahit
menenuh
membubul
Pak Cik Haridun __________ air dari sebatang anak sungai lalu menyiram sayur di kebunnya.
menceduk
menimba
mengaut
memuat
Sarven menekan loceng bas apabila ______________ tiba di Taman Seri Pulai.
nyaris
dekat
hampir
jauh
Kerja-kerja _______________ rumah di hujung kampung itu hampir siap.
mengawal selia
menyusuh atur
menambah baik
membaik pulih
Hakim bercerita kepada Shahrul tentang rancangan lawak yang ditontonnya malam tadi.
Perkataan berlawan bagi lawak ialah
jenaka
lelucon
kecinindan
simpati
Pilih ayat yang betul.
Ke mana kamu pergi semalam?
Di mana rumah nenek kamu?
Semalam kamu pergi ke mana?
Rumah nenek kamu di manakah?
Pilih ayat yang betul
Nama Ketua Pengawas sekolah kami adalah Ahmad Saqil.
Pekerjaan Ayah saya adalah ahli perniagaan.
Pengorbanan para tentera adalah untuk negara.
_____________________ Stesen Radio 3 Negeri Perak mengumumkan waktu sudah menghampiri pukul 7:45 pagi.
juruacara
jurujual
juheboh
juruhebah
Keris ialah sejenis senjata pendek Austronesia yang telah digunakan ________ 600 tahun dahulu.
melalui
melebihi
menjauhi
mengenai
Bendera yang dipacakkan itu _____________ ditiup angin.
berkibar
berkobar
bergelombang
bergelumang
Datuk Bentara _______________ di hadapan Sultan Iskandar, lalu dianugerahi darjah kebesaran oleh Tuanku Sultan.
menjunjung titah
merafak sembah
mencemar duli
berangkat tiba
