WorksheetsQUiz jeng jeng jeng
Total questions: 20
Worksheet time: 40mins
"Cikgu mahu .......................... lakukan yang terbaik dalam perlawanan hoki esok," kata Cikgu Lisa kepada para peserta.
kita
kalian
awak
mereka
“Ampun tuanku, pada pendapat _____________ elok tuanku berangkat sekarang,” kata Hang Tuah kepada Sultan Melaka.
patik
tuanku
hamba
baginda
Kita mestilah _____________ buah-buahan dan sayur-sayuran yang baik dan segar.
pilih
pilihan
dipilih
memilih
“Baju kurung ini pemberian _____________ arwah ibu saya,” kata Farah kepada Munah.
dari
daripada
untuk
kepada
Encik Faiz _____________ oleh majikannya kerana cuai semasa bekerja.
dipuji
dimarahi
dibelai
diketuai
“Sudah _____________ ayah saya menderita sakit kencing manis,” kata Munir kepada Iqman.
sekalian
berkali-kali
bertahun-tahun
berliku-liku
“_____________kah tujuan kamu datang ke sini?” tanya Pak Munawer kepada Dina.
Ada
Apa
Siapa
Bagaimana
Nurul bingkas bangun dari kerusi _____________ namanya dipanggil oleh Cikgu Nisa.
jika
hingga
sejak
apabila
Sekumpulan budak jahat segera _____________ apabila mereka melihat dua orang anggota Rela membuat rondaan.
lapik perut
angkat kaki
buah mulut
angkat tangan
1. “Encik Zahir, telefon bimbit yang dibeli ini bukan tulen,” kata pegawai polis tersebut. Pilih perkataan sinonim bagi tulen.
unik
benar
asli
istimewa
Sazali berundur perlahan-lahan ketika berdepan dengan siamang tunggal itu di dalam hutan. Pilih perkataan antonim bagi berundur.
pindah
pusing
jalan
mara
Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberikan. Encik Jamali ialah guru besar sekolah saya.
Di manakah Encik Jamali tinggal?
Siapakah yang kenal Encik Jamali?
Siapakah Encik Jamali?
Adakah kamu mengenali Encik Jamali?
Pilih ayat yang betul.
Akar yang sihat akan dapat melahirkan idea-idea yang bernas.
Biarpun Jasmin berada di luar negara, namun dia tidak lupa akan asal usulnya.
Hisyam hampir tersungkur kerana kakinya tersadung bungkusan plastik sampah.
“Janganlah kamu bertindak seperti orang hilang ingatan,” kata pakcik kepada Hani.
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
Krisna memakai seluar pendek dengan baju singlet.
Pendek kata, semua perbelanjaan rumah ditanggung olehnya.
Semakin pendek umur, semakin uzur.
Ayah menggunakan sebilah parang pendek untuk memangkas dahan pokok rambutan.
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
Puan Aina meminta Ali menjemur kasut sekolahnya yang basah.
“Ali, mari kita jemur kasut sekolah yang basah ini,” kata ibu kepada Ali.
“Ali, sila jemur kasut sekolah kamu yang basah itu,” kata Puan Aina kepada Ali.
“Kasut sekolah Ali yang basah ini akan ibu jemurkan nanti,” kata Puan Aina.
“Ibu, tolong jemurkan kasut sekolah yang basah ini,” kata Ali kepada ibunya.
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
Layang-layang yang baru dibuat oleh Ali terputus apabila angin bertiup kencang.
Layang-layang Ali terbang tinggi apabila angin kencang
Layang-layang Ali bertiup dibawa angin kencang.
Angin yang bertiup kencang menyebabkan layang-layang yang baru dibuat oleh Ali terputus
Angin yang baru bertiup menyebabkan layang-layang Ali terputus.
Apakah yang dimaksudkan dengan duit kopi ?
Duit poket
Duit belanja
Rasuah
Duit PIBG
Berikan makna ayam tambatan ?
Ayam goreng mekdi
Orang harapan
Pejuang negara
Penjinak haiwan
Apakah yang dimaksudkan dengan berpaling tadah ?
Tidak setia
memusingkan muka
sakit muka
suka bersukan
apakah yang dimaksudkan dengan cakar ayam ?
penjinak ayam
sakit kuku dan tangan
pemakan ayam
Tulisan yang buruk
