wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

HUBUNGAN ETNIK BAB 1 - Kesepaduan dalam Kepelbagaian

Total questions: 15

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Konsep etnik merujuk kepada suatu kumpulan manusia yang dicirikan oleh .......

a)

perbezaan geografi

b)

persamaan ideologi

c)

perbezaan budaya

d)

penumpuan genetik

2.

Pergerakan masyarakat plural dalam zaman Kesultanan Melayu Melaka (KMM) terbentuk secara semula jadi dengan interaksi orang tempatan dan pedagang2 asing melalui proses....

a)

Asimilasi

b)

Akomodasi

c)

Asimilasi dan Amalgamasi

d)

Asimilasi dan Akomodasi

3.

Pemisahan aspek budaya, ras, agama, kelas sosial, dasar, adat resam, penempatan, pekerjaan dan pendidikan merujuk kepada konsep

a)

Asimilasi

b)

Segregasi

c)

Akulturasi

d)

Amalgamasi

4.

Etnik A melakukan diskriminasi berdasarkan perbezaan kulit dan ciri-ciri fizikal biologikal merujuk kepada ...

a)

Ras

b)

Etnisiti

c)

Rasisme

d)

Etnosentrisme

5.

Formula A + B + C = A merupakan gambaran proses

a)

segregasi

b)

asimilasi

c)

akulturasi

d)

amalgamasi

6.

Di antara pernyataan di bawah ini merupakan cabaran-cabaran dalam hubungan etnik KECUALI

a)

Rasisme

b)

Etnosentrisme

c)

Etnisiti

d)

Prejudis

7.

X = Proses menyatupadukan masyarakat membentuk satu identiti dan ideologi bersama.


Apakah X?

a)

Perpaduan

b)

Perlembagaan

c)

Rukun Negara

d)

Identiti Kebangsaan

8.

Era bagi perpaduan penduduk di Malaysia terbahagi kepada 3, iaitu:

a)

Era kesepaduan sosial, era pembangunan, era konflik

b)

Era konflik, era tegang tapi stabil, era kesepaduan sosial

c)

Era tegang tapi stabil, era konflik, era kesefahaman masyarakat

d)

Era konflik, era kesefahaman masyarakat, era tegang tapi stabil

9.

Antara berikut yang manakah contoh bagi segregasi?

a)

Penduduk di Malaysia dibezakan mengikut negeri kelahiran

b)

Wujud kampung khas mengikut ekonomi dan pendapatan penduduk

c)

Manusia dan haiwan dipisahkan antara satu sama lain

d)

Pemerintah di Afrika Selatan mengamalkan Dasar Apartheid

10.

Apakah contoh yang betul bagi tahap hubungan kaum bersifat akomodasi?

a)

Amir memakai baju melayu manakala Muthu memakai dhoti sewaktu pesta budaya di pejabat

b)

Lee Chong Wei memakan chicken chop di sebuah restoran

c)

Kanang anak Langkau berjuang menentang komunis

d)

Makanan di restoran Mamak disediakan dalam pelbagai jenis dan rasa

11.

Apakah yang boleh difahami daripada kalimah Prasangka atau Prejudis?

a)

Perasaan stress yang melampau sehingga memberi kesan kepada orang lain dalam kehidupan

b)

Kehidupan yang tidak tenang dan selalu merasakan ada kuasa asing mempengaruhi setiap keputusan

c)

Perasaan syak yang menebal dilakukan melalui pengamatan terhadap pemilikan akaun media sosial

d)

Suatu tanggapan yang bersifat negatif (buruk sangka) dari sekelompok etnik terhadap sesuatu etnik yang lain tanpa usul periksa

12.

Pergerakan masyarakat plural dalam zaman KMM terbentuk secara semula jadi dengan interaksi orang tempatan dan pedagang2 asing melalui proses....

a)

Asimilasi

b)

Akomodasi

c)

Asimilasi dan Amalgamasi

d)

Asimilasi dan Akomodasi

13.

Z = Ukuran perbezaan antara kelompok mengikut ciri fizikal seseorang


Apakah yang dimaksudkan dengan Z?

a)

Pluralistik

b)

Ras

c)

Etnocentrisme

d)

Stereotaip

14.

Layanan Buruk Yang Diberikan Kepada Seseorang Besasarkan Keahlian Sesuatu Kumpulan Etnik.

a)

Diskriminasi

b)

Prejudis

c)

Stereotaip

d)

Kasih Sayang

15.

Dari segi Budaya, masyarakat Baba Dan Nyonya di Melaka telah mengalami proses ................. dengan masyarakat tempatan.

a)

Amalgamasi

b)

Asimilasi

c)

Pluralisme

d)

Akomodasi