NEW
Font size
WorksheetsRAJIN SESAMA JIRAN
Total questions: 10
Worksheet time: 8mins
Apakah nilai yang diamalkan oleh penduduk kawasan kejiranan di atas?
A. Toleransi
B. Baik Hati
C. Kerajinan
Apakah kata kunci bagi definisi nilai kerajinan?
A. Bersungguh-sungguh, bersemangat, usaha yang berterusan
B.Berdedikasi, bersemangat, usaha yang berterusan
C. Bersungguh-sungguh, bersemangat, usaha yang gigih
Kamu dan jiran bersungguh-sungguh membersihkan stor di rumah Uncle Joe. Mengapakah kamu dan jiran harus bersikap sedemikian?
A. Supaya jiran memberikan pujian atau ganjaran.
B. Supaya kerja cepat siap.
C. Supaya stor menjadi cantik dan indah.
Kamu dan beberapa orang rakan ditugaskan untuk mengecat balai raya di kawasan kejiranan. Apakah tindakan kamu dan rakan-rakan?
A. Melakukan tugas dengan cepat.
B. Berusaha gigih menyiapkan kerja.
C. Memanggil beberapa orang yang lain untuk menolong.
Kamu berasa malas untuk menghadiri gotong-royong yang akan diadakan pada hari Sabtu di kawasan kejiranan kamu. Apakah kesan tindakan kamu?
A. Gotong-royong akan lambat siap.
B. Penduduk kawasan kejiranan tidak akan ambil kisah.
C. Perbuatan kamu tidak akan disenangi oleh jiran-jiran yang lain.
Apakah yang akan terjadi sekiranya tiada jiran yang rajin datang untuk menolong ketika kenduri tersebut?
A. Tuan rumah merasa kecewa.
B. Hubungan kejiranan menjadi renggang.
C. Banyak kerja tidak akan dapat disiapkan dengan sempurna.
Pada pendapat anda, apakah sikap utama yang diperlukan untuk mencapai kejayaan dalam hidup?
A. Kegigihan
B. Kesungguhan
C. Kerajinan
Yang manakah merupakan kepentingan bersikap rajin sesama jiran semasa sambutan Hari Kebangsaan peringkat kawasan kejiranan?
A. Hubungan yang erat dapat diperkukuh.
B. Jiran akan rasa dihargai.
C. Akan dipuji oleh penduduk kejiranan yang lain.
Sikap rajin perlu ________ dalam diri semua orang.
A. Dihindari
B. Diterapkan
C. Ditepis
Ah Meng mengajak Danish membantu Halim mengutip buah rambutan untuk dijual di pasar malam. Namun begitu, Danish menolak ajakan Ah Meng. Apakah nilai yang tidak diamalkan oleh Danish?
A. Bertanggungjawab
B. Tolong-Menolong
C. Kerajinan
