wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz TMK Tahun 5 (Mengenal Internet)

Total questions: 25

Worksheet time: 27mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang dimaksudkan dengan rangkaian komputer?

a)

Sebuah komputer dan sebuah peranti berkaitan yang disambungkan untuk tujuan capaian maklumat, komunikasi dan perkongsian sumber.

b)

Sekumpulan komputer dan peranti berkaitan yang disambungkan antara satu sama lain untuk tujuan capaian maklumat, komunikasi dan perkongsian sumber.

c)

Sekumpulan komputer dan peranti berkaitan yang disambungkan antara satu sama lain untuk tujuan capaian maklumat dan komunikasi.

d)

Sekumpulan komputer dan peranti berkaitan yang disambungkan antara satu sama lain untuk tujuan capaian maklumat dan perkongsian sumber.

2.

Apakah jenis medium rangkaian komputer?

a)

rangkaian berwayar

b)

rangkaian tanpa wayar

c)

rangkaian beberapa jenis wayar

d)

rangkaian berwayar dan rangkaian tanpa wayar

3.

Pilih padanan yang betul bagi menerangkan gambar rajah di atas.


(Pilih dua jawapan)

a)

A : rangkaian tanpa wayar

b)

B : rangkaian berwayar

c)

A : rangkaian berwayar

d)

B : rangkaian tanpa wayar

4.

Rangkaian berwayar ialah rangkaian unit-unit dalam kumpulan atau sistem yang berhubungan antara satu sama lain dengan menggunakan kabel rangkaian.

Antara berikut, yang manakah adalah contoh kabel rangkaian?


i) kabel sepaksi

ii) kabel gentian optik

iii) kabel pasangan terpiuh bertebat

iv) kabel pasangan terpiuh tidak bertebat

a)

i dan ii

b)

i dan iv

c)

i, ii dan iii

d)

i, ii, iii dan iv

5.

Nyatakan kegunaan rangkaian yang anda ketahui.


i) capaian maklumat

ii) perkongsian sumber

iii) berkomunikasi

a)

A. i dan ii

b)

B. i dan iii

c)

C. ii dan iii

d)

D. i, ii dan iii

6.

Murid-murid sedang menyiapkan tugasan mereka dengan menggunakan aplikasi dalam talian melalui rangkaian.

Nyatakan kegunaan rangkaian berdasarkan pernyataan di atas.

a)

capaian maklumat

b)

perkongsian sumber

c)

berkomunikasi

7.

Dollah menghubungi rakannya untuk bertanyakan khabar secara atas talian.

Nyatakan kegunaan rangkaian di atas.

a)

capaian maklumat

b)

berkomunikasi

c)

perkongsian sumber

8.

Berdasarkan gambar di atas, nyatakan nama bagi peranti komunikasi tersebut.

a)

Penyesuai rangkaian tanpa wayar

b)

Modem

c)

Titik capaian tanpa wayar

d)

Penghala

9.

Berdasarkan gambar di atas, nyatakan nama bagi peranti komunikasi tersebut.

a)

Titik capaian tanpa wayar

b)

Penyesuai rangkaian tanpa wayar

c)

Penghala

d)

Modem

10.

Berdasarkan gambar di atas, apakah nama peranti komunikasi tersebut?

a)

Penyesuai rangkaian tanpa wayar

b)

Penghala

c)

Titik capaian tanpa wayar

d)

Modem

11.

Gambar di atas merupakan peranti hab yang berfungsi menyambungkan beberapa komputer dan peranti dalam satu rangkaian kawasan setempat (LAN).

Pilih pernyataan di bawah yang benar mengenai peranti di atas.

a)

Berupaya menyemak data yang diterima, menentukan alat penerima dan alat penghantar data serta menghantar data dengan tepat.

b)

Mempunyai port rangkaian di mana data yang tiba di suatu port rangkaian akan disalin ke port rangkaian yang lain supaya semua peranti terima data tersebut

c)

Menukarkan isyarat komputer berbentuk digital ke isyarat berbentuk analog dan sebaliknya untuk membolehkan sambungan ke Internet melalui talian telefon

12.

Peranti di atas merupakan salah satu peranti komunikasi dalam rangkaian komputer. Apakah fungsi peranti di atas?

a)

Berupaya menyemak data yang diterima, menentukan alat penerima dan alat penghantar data serta menghantar data dengan tepat.

b)

Mempunyai port rangkaian di mana data yang tiba di suatu port rangkaian akan disalin ke port rangkaian yang lain supaya semua peranti terima data tersebut

c)

Menukarkan isyarat komputer berbentuk digital ke isyarat berbentuk analog dan sebaliknya untuk membolehkan sambungan ke Internet melalui talian telefon

13.

Peranti di atas mempunyai fungsi yang sama seperti hab.

Pilih pernyataan yang tepat bagi peranti di atas.

a)

Berupaya menyemak data yang diterima, menentukan alat penerima dan alat penghantar data serta menghantar data dengan tepat.

b)

Mempunyai port rangkaian di mana data yang tiba di suatu port rangkaian akan disalin ke port rangkaian yang lain supaya semua peranti terima data tersebut

c)

Menukarkan isyarat komputer berbentuk digital ke isyarat berbentuk analog dan sebaliknya untuk membolehkan sambungan ke Internet melalui talian telefon

14.

Peta alir di atas menunjukkan aliran data dari peranti penghantar ke peranti penerima.

Manakah pasangan yang berikut adalah kurang tepat?

a)

Peranti Penerima : Komputer, pencetak rangkaian, telefon pintar

b)

Peranti Penghantar : Telefon pintar, kamera litar tertutup, komputer

c)

Media Penghantaran : Gelombang radio, komputer

15.

Apakah yang anda faham mengenai Internet?

a)

Internet merupakan gabungan rangkaian komputer di Malaysia

b)

Internet merupakan gabungan rangkaian komputer di Asia

c)

Internet merupakan gabungan rangkaian komputer seluruh dunia

16.

Akses ke Internet memerlukan pengguna melanggan perkhidmatan Internet melalui pembekal perkhidmatan Internet.

Internet adalah singkatan bagi perkataan.....

a)

International work

b)

Internet working

c)

Internetwork

d)

International working

17.

Peta minda di atas menunjukkan senarai perkhidmatan Internet.

Pilih padanan perkhidmatan dan fungsinya yang tidak betul.

a)

E-mel : penghantaran mesej berbentuk mel daripada satu penghantar kepada satu atau lebih penerima dalam rangkaian

b)

Jaringan Sejagat (WWW) : membolehkan akses kepada dokumen hiperteks, audio dan video dalam Internet dengan menggunakan pelayar web

c)

Telefoni Internet : melakukan panggilan telefon atau memfakskan dokumen dengan menggunakan rangkaian Internet

d)

Protokol Pindah Fail (FTP) : menyimpan fail antara komputer melalui rangkaian

18.

Rajah di atas merupakan search engines ataupun enjin gelintar. Google, Yahoo! dan Bing adalah yang selalu digunakan.

Carian maklumat yang lebih tepat boleh dilakukan dengan....


i) Pencarian Boolean

ii) Pencarian berfrasa

iii) Pencarian berasaskan simbol

a)

A. i dan ii

b)

B. i dan iii

c)

C. ii dan iii

d)

D. i, ii dan iii

19.

Sila baca dan fahamkan. Anda diberi masa 3 minit untuk membacanya. (Boleh rujuk buku teks muka surat 26)


Tandakan kotak ya sekiranya anda sudah membacanya.

a)

Ya, saya sudah baca.

b)

Tidak, saya belum baca.

c)

Tidak, saya malas baca. (Penumbuk mau :P )

20.

Laman web ialah dokumen elektronik dalam Jaringan Sejagat yang mengandungi teks, grafik, imej, bunyi, video dan pautan ke dokumen atau tapak web lain.

Nyatakan jenis laman web di atas.

a)

Laman web peribadi

b)

Laman web komersial

c)

Laman web organisasi

d)

Laman web berita

21.

Apakah jenis laman web di atas?

a)

Laman web peribadi

b)

Laman web komersial

c)

Laman web organisasi

d)

Laman web berita

22.

Laman ini memaparkan peristiwa, sukan, cuaca dan kewangan. Apakah jenis laman web di atas?

a)

Laman web peribadi

b)

Laman web komersial

c)

Laman web organisasi

d)

Laman web berita

23.

Internet mempunyai kebaikan dan keburukan jika disalahgunakan. Antara keburukan Internet ialah:


i) terdapat lambakan maklumat

ii) maklumat yang tidak tepat dan tidak sahih

iii) penyebaran fitnah, hasutan dan bahan lucah

iv) terdedah kepada gangguan maklumat dan serangan perisian hasad

a)

A. i,ii dan iv

b)

B. i,iii dan iv

c)

C. i,ii dan iii

d)

D. i,ii,iii dan iv

24.

Tindakan di bawah mendatangkan kesan buruk kepada individu yang menyalahgunakan Internet kecuali...

a)

A. Jenny menggunakan Internet untuk menceritakan kisah hidupnya

b)

B. Kakak Joni berkongsi maklumat peribadi dengan ramai orang dalam laman web sosial

c)

C. Abang Janna menggunakan masa terluang dengan menonton video dalam talian

d)

D. Jelena menggunakan perkhidmatan e-dagang untuk membeli barang keperluan

25.

Setiap pernyataan di bawah menerangkan ciri-ciri blog kecuali...

a)

satu laman web sosial yang membolehkan pengguna menulis dan menyimpan catatan secara elektronik

b)

blog hanya dapat dibaca oleh mereka yang menggunakan komputer

c)

mengandungi artikel dan grafik

d)

direkodkan masa dalam format paparan jurnal